Salah satu ukuran penting bagi pengguna twitter ialah following dan follower. Following ialah ialah orang yang kita follow, manakala follower ialah orang yang follow kita.
Apabila kita follow seorang twitterer, tweet twitterer tersebut akan masuk kedalam twitter stream kita. Begitulah juga sebaliknya jika orang follow kita.
Selain istilah follower dan following ada satu lagi istilah: “Friends”. Friends atau dalam bahasa melayunya ialah kawan atau senang cerita ialah orang yang saling follow memfollow. Walaupun begitu dalam realiti, istilah kawan ialah follow memfollow ini tidaklah begitu tepat. Tak semestinya yang tak follow balik itu bukan kawan, tak semestinya yang follow balik itu kawan. Janji conversation itu tetap berlaku.
Kita tengok dia punya
Dia tengok kita punya
Sama-sama tengok tweetnya
Hehe..
Okey, berbalik kepada persoalan antara follower dan kawan ni, sebelum ini saya ada buat satu poll di blog lama pasal Follower atau Kawan ni.
Follower atau kawan mana satu jadi pilihan ?

Poll tersebut disertai oleh 24 orang respondent .. 19 orang pilih kawan, dan 5 orang memilih follower. Saya ucapkan terima kasih kepada para respondan yang baik hati. Jumlah respondannya tak ramai jadi tidaklah poll ini conclusive sangat.
Walaupun begitu undi lebih berpihak kepada berkawan ditwitter.
Komen – komen berikut menarik perhatian saya, saya percaya akan menarik perhatian anda juga.
bg sy la..sy lg suke kawan twitter yg ramai brbanding follower twitter sbb follower ramai pn tp kalau tak kenal takde guna gak..hehehe..so lg bagus ramai kawan twitter la.. [just my 2 cent] – @Mrx_Lonely
a’ah kalau tak kenal takde guna gak ye.. hehe twitter sememangnya best!
Aha.
Incik RestNrilekS pun suka tambah yang twitter yang berkawan sahaja. Incik RnR lebih rela dia tweet tentang pagi itu dia minum kopi ajer (walaupun bunyinya personal) dari dia banyak tweet tentang iklan.
La ni aku ni dah gatal tangan hari tuu dok main tweetlarge sampai terbanyak follower. Aku suka lagi hari tu yang aku cuma ada 100 followers sahaja, sebab hari tuu memang kira close-circle followers : ) - @talrasha2007
Baca tu, jangan cari follower semata-mata untuk iklan, en restnrileks tak suka. Saya cukup tertarik dengan istilah Close Circle follower.
Ohh .. diihighlight pula kelemahan menggunakan sistem , tweetlarge untuk dapat follower. Saya setuju!
Kawan kita ni pula menekankan aspek kualiti vs kuantiti
Memang tak guna kalau kita ramai followers tapi sorang pon tak bagi respon kat tweets kita…
Jadi, aku sokong kawan ramai! yeee…Long live twitterville! –
@zalawajik
ada 1000 follower responsenya kosong nak buat apa kan? Wah.. zulseffort pun nak jadi follower berkualiti jugaklah, baru berguna, dak gitu?
Dalam banyak-banyak komen, ada satu komen sahaja yang kelihatan sedikit kontra.
Walaupun begitu beliau turut bersetuju yang ramai kawan lagi best, tetapi bagi pencari duit melalui twitter macam beliau (dan saya) twitter follower tentulah menjadi keutamaan. Oh! Saya sedang menunggu cek cashout pertama daripada churp-churp.
Ada lagi komen-komen menarik yang tak saya tulis disini, maklumlah kan panjang berjela pulak post ni.
Berkenaan dengan follower atau kawan ni lagi, ada baiknya kalau kita berfikir kembali, apa tujuan kita follow, apa tujuan kita mahu difollow, apa tujuan follower kita follow kita?
Dalam kes bertanya soalan di twitter, tentulah yang dapat lihat soalan tersebut ialah follower mereka, dan yang menjawab juga tentulah follower. Dalam kes ini, siapa yang follow siapa sebenarnya?
———-
zulseffort – Pernah terbaca lebih kurang : Orang yang berjaya bila diberi 2 pilihan yang sama-sama untung , mereka akan pilih kedua-duanya!