10 Perkara Tentang Menyertai Contest Gadget Impian Denaihati

Penyertaan saya dalam contest denaihati telah pun tamat pada 23/2/2012 jam 11:59  malam dimana post penyertaan saya di denaihati.com mendapat sebanyak lebih 5K like, lebih 500 retweet , sedikit Linked In in Share, kira-kira 1500 komen dan dekat dekat 500 google plus. Namun begitu bukan ini semata-mata yang saya dapati. Bukan sekadar dapat markah dan menang (kalau ada rezeki), tetapi lebih daripada itu. Dalam post ini saya senaraikan 10 perkara tentang menyertai contest gadget impian denaihati.

10 Perkara Tentang Menyertai Contest Gadget Impian Denaihati

  1. Walaupun saya bukan peserta popular, blog pun bertrafik rendah, dan kurang  pengaruh sosial berbanding peserta lain, ada juga insan-insan baik hati yang datang menolong dengan bersungguh-sungguh.
  2. Saya mula mengenali linkedin, sayangnya agak terlambat untuk menggunakan linkedin untuk tujuan contest, namun begitu, jika saya ingin menjadi professional blogger di masa hadapan, bergaul dengan professional blogger di linked in adalah satu permulaan yang bagus.
  3. Dapat merasakan yang setiap social network, iaitu facebook, twitter, linkedin dan g+ mempunyai suasana yang berbeza-beza. Kalau difacebook lain caranya, kalau di twitter pula lain caranya, begitu juga linkedin dan g+. Serius, linkedin dan google plus memang sukar difahami suasanaya walaupun dapat rasa perbezaan suasana tersebut.
  4. Walaupun dalam pertandingan kita sering bersaing untuk menang, sebenarnya terdapat banyak ruang untuk bekerjasama dan berkongsi ilmu. Terima kasih kepada contestant yang berkongsi ilmu dengan Zulseffort.com.
  5. Menyertai contest untuk dapat banyak social share memang memenatkan. Memang salute kepada sesiapa yang pernah menang contest sebegini. Tambahan pula bagi yang pernah menyertainya diperingkat antarabangsa. Sekarang betul-betul rasa susahnya.
  6. Saya berjaya beranikan diri mencuba sesuatu yang baru dan yang kita kurang gemar, contohnya adalah seperti berfacebook, saya tidak suka sangat facebook ya, dan menggunakan mailing list aweber. Terus terang cakap memang tak pandai menggunakan tool tersebut, tetapi bak kata orang putih, “buat sajalah!”
  7. Untuk meninggalkan komen bukan perkara yang senang, ramai yang kata tiada idea untuk membuat komen. Saya pun rasa perkara yang sama. Namun begitu nampaknya dengan menyertai contest ini, saya sedikit sebanyak membiasakan diri meninggalkan komen.
  8. Ilmu teknikal dalam blogging tersangatlah penting. Banyak juga terganggu disebabkan theme blog tak support button-button social share. Sedangkan masa sangat berharga.
  9. Blog zulseffort.com mendapat ahli komuniti yang baru dan untuk itu zulseffort dot com merasa sangat bertuah. Sebenarnya blog zulseffort dah banyak kehilangan support disebabkan kurang aktif  dan kurang fokus , contest ini memberi nafas baru kepada zulseffort.com.
  10. Apa yang mencabar dengan contest ini ialah terdapat beberapa perubahan dalam permainan seolah-seolah ianya satu simulasi yang memberi maksud bahawa untuk mencapai sesuatu impian bukan perkara yang senang, malah banyak rintangannya.

Baiklah itu adalah sepuluh perkara tentang menyertai contest gadget impian denaihati. Banyak lagi kalau hendak disenaraikan. Cukuplah sepuluh. Kepada peserta yang lain apa pula 10 perkara tentang menyertai contest denaihati kali ini.


14 thoughts on “10 Perkara Tentang Menyertai Contest Gadget Impian Denaihati

    • eryati, hehe.. sifu saya raja kamil pesan, ada dua kemungkinannya bila buat jualan sama ada ada orang beli atau tiada orang beli, jadi tidak perlu takut. Saya ambil pendekatan sama kali ini. Nanti lain kali jemput join contest denaihati. Contest yang beliau buat memang berguna untuk blogger dan pengguna social media.
      zuls´s last [type] ..Terima Kasih Kepada Yang Menyokong

  1. tahniah ye sbb dah berjaya harungi tempoh seminggu yang mencabar… point yang diperolehi pun boleh tahan byknya… contest ni mmg betul2 beri kesan terutama blogger low profile… kan… contohnya mcm saya ni la… dalam masa beberapa minggu saja dapat ramai teman blogger baru… yg x aktif di ruang sosial tetiba aktif…
    zie fauzi´s last [type] ..Penyelamat Ketika Mabuk Loya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge