Goojje melawan Google?


Pernah dengar pasal isu Google dan China? Pada pertengahan januari Google yang tidak bersetuju dengan polisi censorship kerajaan Cina, mengancam untuk mengangkat kaki dari China.

Jadi apa reaksi China?  China yang terkenal dengan kebolehan mereka meniru produk, kali ini membuat site yang seakan-akan Google.  Goojje namanya. Tengok logo kat sebelah,  hampir sama kan?  Goojje dibuat dengan memenuhi polisi censorship kerajaan China.

Google dalam bahasa cina bermaksud abang sulung , manakala Goojje bermaksud kakak sulung.  Google dah ada adik beradik lain ibu lain bapa.

Mungkin akan ada isu copyright dan patent yang akan menjejaskan operasi Goojje. Namun, isu ini menunjukkan kekuatan negara China. Tentu kawan-kawan tahu yang negara China diramal bakal menjadi satu kuasa besar ekonomi kan?

Oh. Ada cuba search “zulseffort.com” di Goojje.com

Aha! Tengok tu, blog ni diindex di Goojje.  Dalam result tu siap ada nilai Pagerank (PR) lagi.  Google PR atau Goojje PR?

Tadi ada borak-borak dengan kawan-kawan ofis pasal Goojje ni.  Seorang kawan bagi pendapat , “China memanglah  kuat bro, jumlah penduduk kat China pun dah separuh dari planet ni, China dah dikira satu panet lain dah! ”

zulseffort – [1] Ada sesiapa boleh translate tagline yang ada kat bawah logo Goojje?

Aduka Taruna dan #yorais

Pimai – pimai tang tu

#yorais masih lagi berada di twitter ?  Oh! Apa nak jadilah..

Alih-alih elok – elok orang yang hina Almarhum Sultan serah diri, diampunkan begitu sahaja, tanpa ada apa-apa amaran kah? Kerajaan tidak bercadang ambil tindakan?

Bagaimana dengan blogger-blogger lain yang menghina Sultan dan Menghina kalimah Allah?

Begitu contradict…  begitu ironik

Kalau pihak istana negeri Johor yang buat kenyataan untuk ampunkan beliau , logiklah! Tapi .. ?

Sudahlah..!

Entah mengapa, isu blogger hina Sultan ni menyebabkan saya minat untuk menulis pasal politik!

Oh tidak!

Saya tidak mahu terlibat lebih jauh.

Saya cuma part time blogger yang menulis bila ada masa.

Isu ini biarlah blogger – blogger lain  yang tulis..

———————

zulseffort – [1] Ini entry terakhir saya dalam isu hina Sultan dan #yorais

Google sudah indeks Zulseffort.com!

Sebelum ni saya ada bagitau pasal  wordpress blog ni tidak diindex google kan? Sekarang tidak lagi – Pakcik google sudah suka pada blog ni.

Tak percaya? cuba google “site: zulseffort.com”

Blog ni sudah mula menerima traffic dari search engine atau lebih dikenali sebagai organic traffic.  Takdelah ramai sangat yang datang – tapi kira okeylah tu.

Disertakan screenshot dari google analytics.

analytic bukti google sudah index blog

Oh! Ada yang datang cari pasal isu hina Almarhum Sultan.

By the way , blog ni pun belum buat on site optimization lagi.  Banyak lagi yang tak tau pasal wordpress ni.  Jadi kalau ternampak soalan saya di twitter, jangan segan-segan nak jawab tau.

Cara untuk menyelesaikan masalah tempohari ialah dengan cara edit robots.txt file melalui plugin PC Robots.txt, bagi wordpress blog file ini adalah virtual file, agaknya memang kena edit melalui plugin.

—–

zulseffort – [1] Pernah ada orang nasihat, dalam setiap masalah tentu ada ilmu baru untuk dipelajari. Tak sangka dapat belajar pasal robots.txt