Salam Maaf Semua!
Post ini untuk memaklumkan para pelawat blog zulseffort.com yang hosting problem – jadi ada 3 post yang hilang dan komen-komen para pelawat blog zulseffort.com banyak yang hilang.
Post berkaitan email spam, niche blogging dan niche twittering hilang begitu sahaja. Penat tau nak tulis banyak-banyak macam tu.
Kepada pelawat-pelawat blog ni, especially kepada yang meninggalkan komen, betul-betul saya minta maaf.
Ini adalah disebabkan server sepaku fail untuk reset dan terpaksa format server. Untuk backup ke server lain tak boleh, kata mereka - MAHAL. Kami bayar MURAH!
Sejujurnya saya cukup terkilan. Bukan sebab server mereka problem dan mahal atau murah, tapi sebab lain.
Ini kata mereka,
(Kamihanya membuat auto backup 4 kali seminggu kerana mengelakkan server load yang tinggi setiap malam)
Disebabkan kami menjual hosting yang murah adalah mustahil kami untuk membuat backup menggunakan server yang berasingan kerana kosnya adalah sangat tinggi.
Kami memohon maaf kerana semua masalah yang berlaku walaupun kami cuba atasi tetapi tetap juga berlaku.
Saya terkilan sebab:
Sebab 1 : Maklumat tidak cukup lengkap
Tak kesahlah kami bayar murah ke apa. Tapi kurangkanlah loss dari pihak kami. Maklumat dari sepaku memang tak cukup lengkap. Saya ingat kan satu post jer bakal hilang, rupa-rupanya sampai 3 post. Jadi saya dapatlah retrieve post terakhir daripada cache google tadi. Bagitaulah sekali tarikh terakhir backup. Senang sikit. Kalau dah server problem, takkan servis pun nak problem gak.
Sebab 2: Twitter ada, tapi follower dibiarkan
Kan dah ada twitter - maklumkanlah, 140 karakter sahaja bukan susah pun! Saya follow twitter bukan saja-saja. Saya ada hantar soalan ikut twitter pun tidak berbalas.
Sebenarnya saya rasa ini bukan lagi isu murah atau mahal tapi isu ketelusan, dan servis.
——
zulseffort – memang nak tukar hosting baru sekarang ni, ada cadangan? Oh! bagaimana saya nak backup sendiri komen dan post di blog saya? sementara tak tukar hosting lagi ni.
