5 Tips SponsoredTweets CPC

Sponsored Tweet Opportunity

CPC Opportunity

Salam. Dah lama rasanya saya tak bagi tips buat duit twitter. Hari ni saya nak kongsi lagi tips cara-cara bermain di sponsoredtweets CPC. Sebelum pergi lebih jauh mari kita tengok formula ni:

Pendapatan /Tweet = Harga/Click x Bilangan Click

Simple jer sebenarnya, kalau dapat harga tinggi dan banyak click, lagi banyaklah dapat duit..  ^_^

Jadi tips yang saya kongsi ini adalah untuk menambahkan click dan memilih opportunity yang lebih mahal.

5 Tips bermain Sponsored Tweets CPC

Berikut ialah 5 tips sponsoredtweets CPC yang sempat saya fikirkan dan explore.

1. Pilih keyword untuk harga yang tinggi

Mendapat harga USD0.20/click tentu lebih baik daripada mendapat harga USD0.02/perclick bukan? Jadi pilihlah yang harga tinggi. Advertiser bagi opportunity berdasarkan keyword. Sesetengah keyword kadang-kadang memberi harga yang tinggi mungkin kerana keyword tersebut kompetitif dan sudah tentu dalam budget advertiser.

2. Pilih keyword yang follower suka

Apa guna kalau dapat USD1.00/click sekalipun kalau jumlah click ialah KOSONG? Jadi kategori yang kita pilih mestilah yang relevan dan menarik minat follower kita. Kalau dapat USD0.02/click dengan 100 click tentu lebih elok dari USD0.20/click tapi langsung tiada click.

Secara asasnya keyword yang sesuai berkaitan dengan apa yang kita selalu share di twitter dan apa yang mungkin sekali follower kita suka.

Kalau tweet tu tak serasi dengan follower susah juga, mereka tidak akan click tu satu hal, tetapi kalau mereka unfollow macammana?

3. Pantas bertindak bila dapat job

Okey ini kisah benar! Sekali tu saya ternampak satu job bernilai USD0.30 perclick (paling tinggi pernah saya tengok di sponsoredtweets) , tetapi selepas saya hantar tweet saya, saya dapat message yanga mengatakan advertiser kehabisan budget. Jadi memang kena pantas mengarang tweet.

4. Tweet pada waktu yang sesuai

Ini lagi tips untuk dapat click yang banyak. Jangan sebarang tweet sahaja, tweet pada waktu yang sesuai. Waktu yang sesuai pada saya ialah waktu aktif di twitter dan pada masa sama ramai follower tengah online. Jadi makin ramai lah orang click.

5. Tulis tweet yang mendorong follower untuk click

Yang ini memang memerlukan skill dan research, tweet yang sesuai ialah tweet yang bila orang baca tidak kelihatan seperti iklan. Mereka tau itu iklan tapi mereka tertarik untuk click. Saya pun masih belajar-belajar lagi tentang kaedah menulis tweet macam ni.

Selamat Mencuba sponsoredtweets CPC!

Okay itu sahaja 5 tips sponsoredtweet CPC yang saya boleh kongsi setakat ini. Kesemuanya teknikal tips. Oh! Saya rasa patut juga kongsi satu tips lagi yang bukan sahaja betul untuk program buat duit twitter tetapi betul untuk semua program advertising.

“Anggap advertiser sebagai bussiness partner, dan anggap follower sebagai kawan baik”

Belum join sponsoredtweet? Klik Banner untuk join.

SponsoredTweets referral badge

zuls – [1] Anda ada teknik yang nak dikongsi bersama? Silakan kongsi diruangan komen.

Empat Peringkat Buat Salah

Dalam dua tiga hari yang lepas rasanya saya ada terdengar dalam Radio. Mungkin IKIM atau mungkin Radio lain. Saya lupa..
Namun begitu content nya saya rasa masih saya ingat. Ianya menyentuh kepada 4 peringkat bila kita buat dosa. Saya tak nak guna perkataan Dosa kat sini, tetapi saya guna perkataan ‘Salah’. Bab-bab dosa pahala tak berani saya nak hurai.

Kalau kita buat salah ni rupa-rupanya ada level – levelnya.

  1. Pertama – Bila kita buat salah, kita ada rasa bersalah. Hati kita tak bersetuju dengan kesalahan tersebut. Biasanya pada tahap ini kita akan rasa segan malu atau rasa kesal dengan kesalahan tersebut.
  2. Kedua – Bila dah lama-lama buat sesuatu kesalahan tu , kita akan rasa lali dengan kesalahan tersebut.  Macam-macam alasan yang kita boleh gunakan untuk backup kesalahan kita.
  3. Ketiga – Bila kita dah selalu buat salah dan tak kesah apa yang kita buat tu betul atau tidak kita akan masuk peringkat seterusnya iaitu berbangga dengan kesalahan.
  4. Keempat  - Jika tidak dibendung, akan masuk pada peringkat seterusnya yang lagi bahaya iaitu bukan setakat tak kesah, bukan setakat berbangga malah mengajak orang lain juga untuk sama berbuat salah.

Itulah dia empat tahap yang saya ingat . Bahaya kan?

Kita boleh lihat fenomena ni dimana-mana sahaja, kes ponteng sekolah contohnya, kes meniru dalam peperiksaan, kes zina dan macam-macam kes yang negatif lagi. Memang ada follow pattern ni kan?  Tak lupa sama-sama kita tengok diri sendiri. Tentu ada perkara-perkara negatif yang sudah sampai tahap keempat. Contoh senangnya mengumpat, mencela, membuang masa, menipu dan lain-lain lagi.

Walaupun sudah sampai tahap ke empat tidak bermakna kita tidak akan berjaya menghilangkan sifat negatif tersebut. Tapi secara logiknya, lagi tinggi tahap buat salah tu, lagi susahlah hendak bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Kecualilah jika dikurniakan Hidayah.

zuls – saya bukan ustaz, saya cuma kongsi2 sahaja.

Mangga Online Ads – Best ke?

Mangga Online Ads ?

Saya dah join mangga online ads ni agak lama sebenarnya tapi tak pernah lak letak iklan, sebab waktu join tu waktu beta version. TU pun selepas tengok ada iklan menarik di laman web utusan tahun lepas. Baru-baru ni Mangga Online Ads dah officially launched. Jadi memandangkan saya dah jadi ahli sebelum ni bila launched jer saya pasang terus iklan tu kat blog ni.

Berbaloi ke?

Memandangkan saya dah agak lama join, ada ahli-ahli yang baru join, bertanya…  Berbaloi ke? Sejujurnya saya tidak dapat jawab soalan ini dengan tepat. Kenapa?

  1. Saya cuma join untuk test sahaja, tengok-tengok samaada ok ke tidak. Sekarang ni baru saya letak iklan kat blog ni.
  2. Saya ni blogger tenggelam timbul. Trafik blog ini tak tetap dan tak banyak. Adalah menjadai perkara biasa bagi blog ni mendapat ratusan visitor dalam 2,3 hari kemudian turun sehingga 35 visitor sehari. Kebetulan pula waktu saya letak ads ni, trafik tengah down.

Mungkin untuk menjawab soalan berbaloi atau tak , boleh tanya blogger-blogger yang lagi hebat macam chokilala yang dah dapat RM20.64 dalam akaun ManggaAds beliau.

Advantage ManggaAds

Jadi biarlah saya ceritakan advantage manggaads dari pengamatan saya dulu dan kini. Mungkin anda boleh consider untuk join.

  1. Ianya berdasarkan social  based ads, kalau waktu beta dulu, untuk setiap iklan tu siap boleh rate lagi iklan tersebut. Itu dulu waktu beta, sekarang ni bila tengok ads yang keluar, takde pun tempat untuk rate macam dulu.
  2. Ada income based on impression bukan sahaja per click. Ini adalah satu kelebihan bagi blog yang ada ramai visitor. Saya baru dapat $0.02 sen daripada 301 impression dengan harga 0.07 per 1000 impression. Kalau trafik anda tinggi lagi tinggi lagi tinggi boleh dapat duit.
  3. Iklannya boleh tahan juga sebenarnya. Daripada syarikat cat pun ada, daripada syarikat Fedex pun ada. Kira pengiklan tu pengiklan yang kaya-kaya juga lah.
  4. Mangga Online Ads ni juga bawah utusan, or bawah mangga online, jadi company tu memang boleh dipercayai dan ada reputasi.
  5. Boleh juga menambah rakan blogger ataupun dikenali sebagai partner. Jadi bertambah lah kawan-kawan blogger. Boleh hantar PM dan boleh tulis kata-kata semangat untuk partner2 kita.
  6. Rate bayaran untuk blogger juga diclaim berbaloi dan lebih tinggi daripada program advertising yang lain.
  7. Eh ada juga widget ala-ala google connect, kira boleh lah letak kat blog. Saya pun tak letak lagi ni sebenarnya.

Disadvantage

  1. Kelemahan utama sistem mangga ads ni ialah setakat ni tiada penerangan yang betul-betul lengkap berkenaan manggaAds ni. Jadi agak ramai blogger yang tertanya-tanya. Bila orang tertanya-tanya ni kurang sikitlah trust.
  2. Pada waktu post ini ditulis, saya sedikit rasa kurang senang sebab banyak kali juga mengalami 504 Gateway Timeout, ketika cuba mengakses menu-menu dalam ManggaAds. Namun begitu saya percaya masalah ini cuma temporary.

Mau cuba Mangga Ads?

Jadi anda mau cuba mangga ads? silalah mencuba. Saya lupa nak tuls kat atas tu, saya memang minat kalau ads yang melibatkan social ads seperti adgitize, entrecard dan juga of course Mangga Ads.


Partner Subscriber Widget