[VIDEO] Ribut di Bazar Ramadhan Tg Malim

Semalam saya balik kerja awal atas kebenaran bos, Sampai tanjung Malim dalam pukul 5.30 petang selepas 1 jam Setengah perjalanan. Janji dengan my wife untuk ke pasar Ramadhan Tg Malim. Sampai di rumah, masing-masing sibuk bercerita pasal Ribut kencang di tg Malim.

Ingatkan ribut biasa jer, bila pegi pasar Ramadhan Tg Malim, barulah tahu  teruk rupanya. Dengan tiangnya bengkok, dan ada kain kanvas khemah yang koyak. Ada lebih kurang 3 atau 4 sahaja yang tinggal. Peniaga pasar Ramadhan kebanyakannya membuka gerai di kaki lima bangunan berhampiran dan ada juga yang menggunakan khemah ( payung  penjaja) sendiri. Teruk rupanya. Ingatkan ribut biasa. Patutlah heboh bercerita.

Nasib baiklah ribut berlaku pada lebih kurang pukul 2.30 petang  , 3 petang gitu, saya rasa kalau berlaku pada waktu Bazar Ramadhan, tentu parah. Boleh maut kalau tengokkan kesan daripada ribut tu. Rasanya tiada kemalangan nyawa berlaku. Tapi tak taulah, sebab peniaga-peniaga pun tak heboh bercerita. Untuk mengetahui pasal ribut kuat tak kuat, pagi ni search youtube dah ada orang upload.

Tengoklah angin tuu.. dan tengok pula khemah-khemah yang dilanda ribut. Waktu saya kat pasar Ramadhan tu khemah, khemah yang terbalik tu dah dibetulkan tak seteruk dalam video tu. Balik dari pasar Ramadhan malam tadi heboh lagi kami bercerita pasal pasar ribut tu.

Hari tu kat Jasin sekarang kat Tg Malim pula. Adakah ini bala atau sekadar bencana alam biasa. Wallahu a’lam.

HIDUP SEORANG BLOGGER – Bagaimana dengan Mati? ( @denaihati)

Contest HIDUP SEORANG BLOGGER, seperti yang saya bagitau pada awal post, memang tajuk yang saya minat. Macam-macam boleh ditulis. Kalau bukan ada komitmen lain, setiap hari boleh tulis . Bercerita mengenai HIDUP SEORANG BLOGGER memang seronok. Ianya berkaitan dengan impian, berkaitan dengan kehidupan, tambah pula bila 69 peserta lain turut berkongsi. Tahniah bro denaihati kerana tajuk yang memberi inspirasi.

Bercerita mengenai kehidupan blogger, memang banyak point menarik yang ada. Namun pada post ini, post wajib ke dua, saya cuma ingin berkongsi perkara yang saya rasa sangat penting  untuk panduan saya sendiri dan mungkin juga kepada anda yang membaca post ini.

Menulis mengenai kehidupan blogger memanglah menyeronokkan. Trafik yang tinggi, komen yang banyak, gaya hidup yang sempoi, duit masuk – kan seronok tu. Bila seronok kita mudah tenggelam dalam keseronokan. Ibarat percintaan sesetengah remaja, asyik bercinta , halal haram apa peduli, sampai terlanjur pun ada, dah terlanjur, termengandung pula, dah termengandung, malu pula,  bayi yang tak berdosa pula dibuang begitu sahaja. Eh, Apa yang sampai ke situ pulak si Zul ni??

Sebenarnynya sama sahaja walaupun mungkinlah tak seteruk itu. Dengan blogging pun, seronok nak dapat trafik, lupa halal haram, semua main letak kat blog, terlanjur dalam penulisan, dapat duit blog buat beli makanan. Kalau hidup sebagai blogger lupa halal haram macammana dengan mati?

Pastinya blogger terdedah dengan fitnah.  Kalau dulu mesyuarat tingkap dan tangga, sekarang ini pun ada juga. Post sebagai pemula, komen-komen sebagai “a ah la, betul kau cakap, aku sendiri pun ada nampak dia tu…. “. Kalau hidup membawa fitnah macammana dengan mati? Akhirat nanti bila dituntut cukup ke nak bayar?

Namun begitu apa yang kita buat ada peringkat-peringkatnya, buat dosa pun ada peringkat-peringkatnya, mula-mula konon menegur, kemudian mengata, lepas mengata dihebohkan pula, dah heboh bergaduh pula. Saya ada dengar dalam radio IKIM tempohari berkenaan dengan peringkat-peringkat buat salah. Jadi sebagai blogger kalau ada buat salah , kita berhenti sebelum parah.

Anda semua boleh ulas panjang lebar pasal ni,  saya pasti semua orang sudah tau pasal halal haram, baik buruk. Cukuplah pendek sahaja. Biar pendek asal bermakna.

Menulis berhati-hati,

Tulisan lambang peribadi,

Cermin kepada diri,

Tanda buruk budi,

Tanda elok pekerti.

Bukan ustaz  bukan mufti,

Bukan mengajar  cuma berkongsi ,

Sama menjaga hati sendiri,

Yang hidup pasti mati,

Yang mati akan diadili.

Selamat menyambut hari-hari terkahir Ramadhan kali ini. Semoga kita untung tidak rugi. Sama-sama mencari Redha Ilahi.

* ini adalah scheduled post , ada @denaihatikat topik tu adalah sebagai cara untuk memberitahu beliau di twitter, yang post wajib ini sudah di publish.

Teringin beli perabot jualan murah – Hidup Seorang Blogger

Kadang-kadang dalam hidup ni kita ingin merasa hasil daripada apa yang kita buat. Saya sudah setahun hidup sebagai seorang blogger “jarang-jarang” dan baru sahaja berjinak-jinak dengan program buat duit twitter.

Adalah dapat sikit income dari twitter, dari blog? Ada sebelum ni dengan cara menang contestlah. Sekarang ni Hidup seorang blogger contest pula, kalau menanglah hehe <mimpi jap! haha> . Kalau betul-betul ikut income dari blog mungkin takdelah buat masa ni. Kalau dari twitter Alhamdulillah, adalah rezeki sikit-sikit.

Biasanya duit online memang habis untuk perkara online sahaja, advertising, beli ebook, renew domain di jomhosting dan godaddy, sewa hosting dan perkara-perkara yang berkaitan. Biasanya dapat jer duit saya akan start cari ebook untuk dibeli, start nak test advertising dan sebagainya. Kais pagi makan pagi. Ada rezeki terus beli.

Tengok pada post kak yanmie, terdetik juga kat hati, nak beli benda yang boleh dipegang, boleh diguna pakai, boleh dibawa kemana-mana, boleh di drive dengan bergaya, boleh didiami (haha.. cita-cita harus besar!) , walaupun sekarang ni setakat lepas beli ebook je, dan maintain domain dan hosting je.

* Ah! Zul berhenti !  Balik kepada realiti ..

Target saya sekarang ni tak besar, nak target beli meja, beli rak buku, beli kerusi yang best sikit guna hasil dari blog dan twitter, barulah hidup sebagai blogger dan twitterer lebih bermakna. Beli perabot untuk tempat buat kerja – mesti semangat ! Eh?  Tak lupa juga beli hadiah untuk orang tersayang. Alah perabot bukan yang mahal-mahal pun, yang jualan murah  pun okay. Yang kat NAZA, bangi pun menarik juga. Sebelum ni pernah beli kat cavenzi bukan hasil dari duit twitter atau blog. Sebut pasal jualan murah dengar cerita jualan murah ni SCAM. Nak kena hati-hati juga. Sebut pasal cavenzi banyak orang kata cavenzi ni problem!

* Ini adalah scheduled post, komen akan dijawab bila free :)