Group I-Rich 696 Bawah Uptrend diserbu

Berehat sekejap dari perihal duit twitter, ini berita pasal skim cepat kaya. Ada kaitan dengan duit juga.

SUMBER : http://mediakini.com

Tak habis-habis pasal skim cepat kaya. Kali ni group I-rich 696, dengar kata bawah uptrend, betul ke?

Okaylah. Kepada yang main MLM memang mudah terdedah dengan sistem piramid. Ada MLM yang okay ada yang tidak. Kena pandai buat pilihan. Tanya sifu dalam bidang MLM juga.

Ada juga yang kata MLM ni haram disisi agama. Saya? no komen. Setiap kali orang tanya saya, saya cuma cakap, tanyalah ustaz.

Kesian juga kepada ahli yang join group tu. Duit tu entah dapat balik atau tidak.

Saya dulu suka jugak join MLM itu dan ini. Gelang edymium dulu pun saya join. Dapatlah balik modal. Tetapi sekarang ni tak join lagi.  belum ada yang menarik hati. Mungkin sebab saya dah mula tertarik dengan cara cari income tanpa modal di internet. Kalau ada modal pun untuk dilabur kepada ilmu, beli ebook sebagai contohnya.

Kemudian cari niche yang sesuai, bergaul dengan orang yang sama bidang, develop slow-slow biar banyak knowledge dalam bidang tu. Sekurang-kurangnya boleh kongsi ilmu dengan orang lain yang berminat juga. Tapi, yalah develop slow-slow ni lambat lah dapat untung.  tambah pulak kalau main yang tanpa modal. Orang kata “Rom tidak terbina dalam masa sehari”

Kawan-kawan suka tanya , “berapa banyak yang ngko dapat? “ biasnya saya jawab, dapatlah sikit-sikit, lepas hosting dan domain dan dapat beli ebook yang bagus-bagus.

Duit yang saya dapat daripada apa-apa program, saya buat beli ebook, buat beli domain. Orang kata investment paling bagus adalah investment kepada diri sendiri.

Berkait hal skim cepat kaya ni, banyak juga email spam yang saya dapat minta join skim tu dan skim ni. Bosan pun ada. Nasib baik masuk Junk Mail.

Offer Duit Twitter Wanmus dan Portfolio Twitter

Assalamualaikum wbt.

Duit Twitter yang di alu-alukan

Salam semua. Terima kasih kerana membeli atau berhajat membeli  ebook buat duit twitter  ikut link zulseffort. Saya sangat hargainya. Ini first time saya agak bersemangat mempromosi produk digital. Kebetulan pulak kena dengan apa yang saya suka. Ya. Saya buat sebab suka. Jadi bila ada ramai kawan yang buat, sudah tentu akan jadi lebih meriah.Takdelah saya membebel syok sendiri kat blog ni.

Terima kasih wanmus dan terima kasih yang menyokong blog zulseffort.

Upgrade Offer

Saya dah buat review pasal ebook keluaran wanmus . Sekarang ini saya upgrade offer bonus lagi untuk yang berminat beli ikut link saya:

Offer tersebut ialah:

  1. Personal coaching bernilai RM100-Rm200 khas untuk anda (10 orang)
  2. Khidmat monitor akaun twitter (next 10 orang)
  3. Berada dalam priority list (Semua orang)

Maklumat lanjut . Sila lihat di tumblr (saya suka tumblr sebab cepat nak update, dan tulis ringkas pun takpe)

Portfolio

Bercakap mengenai personal coaching mengingatkan saya pasal pentingnya mempunyai portfolio seperti yang dicadangkan dalam post sebelum ni. Silap saya. Saya tak suka documentation. Jadi sekarang ni agak rugilah bila nak buat portfolio. Saya sebenarnya masih merancang lagi berkenaan dengan portfolio tersebut. Banyak juga yang boleh dimasukkan, daripada jumlah retweet, jumlah click , jumlah income dan testimoni ikhlas dari kawan-kawan. Memandang ke belakang, supaya dapat melangkah maju kehadapan.

Cari-cari tadi ada banyak juga yang saya jumpa, antaranya testimoni ikhlas dari @lizarazak dan @JawsIsmail.

Buat portfolio bukan pasal yang positive sahaja, tetapi mesti juga simpan (takkan nak tunjuk.. kan?) yang negatif untuk improvement buat masa hadapan.

nota: Eh? kalau buat portfolio macam ni, elok letak dalam page kan?

3 cara Share Content di Twitter dengan Bookmarklet

Salah satu cara yang paling senang untuk share content di twitter ialah dengan menggunakan bookmarklet. Bookmarklet adalah ikon yang boleh letak pada toolbar, bila kita klik ikon tersebut , url dan tajuk sesuatu post akan keluar satu popup yang mengandungi url post untuk dikongsi di twitter (atau facebook).

Saya menggunakan tiga jenis bookmarklet seperti dalam gambar diatas.

1.  Twitter Bookmarklet Keluaran Twitter (Share on Twitter) Continue reading