Nampaknya churpchurp kini melangkah lebih jauh dengan adanya pay per click. Kini churpchurp sudah ada social sharing. Sekali tengok macam youthsays influencer network, hehe. Tapi takpe ini semua berita baik kepada churpers yang tak dapat job dari churpchurp.
Apa yang baru tentang Social sharing?
- Berasaskan link sharing – dimana link-link tersebut dapat di sharekan dimana-mana sahaja. Di blog, di twitter, di facebook, my space, forum, dan banyak lagi. Dimana tempat anda influential disitulah patut anda kongsi.
- Tidak perlu approval – Tiada lagi masalah iklan kena reject. Janji link yang dishare tersebut mestilah link yang betul.
- Bayaran per unique click – Bayaran akan dibuat mengikut jumlah click. Lagi banyak click, lagi banyak anda boleh dapat duit.
Dalam satu post , saya ada jawab persoalan seorang kawan mengenai kenapa tidak dapat job iklan churpchurp. Mungkin ini adalah peluang sesuai memandangkan beliau mempunyai banyak follower twitter.
Tips social sharing di twitter
Bermain pay per click di twitter adalah sedikit berbeza dengan pay per follower dan lebih mencabar. Jadi ada dua tips penting kalau anda cuma ada twitter untuk bermain social sharing ni.
- Timing sangat-sangat penting.
- Pesonalize tweet untuk mendapat banyak click
Walaupun begitu saya nasihatkan anda untuk guna medium lain seperti blog, facebook, friendster dan lain-lain untuk tujuan ini. Dan jangan sesekali buat fraud click.
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan social sharing churpchurp, bolehlah tengok penerangan dari pihak churpchurp.

