Saya Mahu Lagi Banyak Tips dari Zulseffort.com

Dulu waktu saya baru buat blog, dan menjadikan twitter sebagai niche utama saya, ramai yang minta tips itu dan ini. Mereka mahukan lagi banyak tips yang mantap.

Saya mahu lagi banyak tips dari Zulseffort - kata mereka.

Ada yang mahukan tips duit twitter, ada juga yang nak tips cara-cara guna twitter dengan berkesan,ada yang tanya kaedah marketing. Malulah juga saya untuk menulis tips-tips tersebut. Bukan apa, saya ni bukan terer menulis. Kalau saya sendiri tak puas hati dengan gaya penulisan, dengan ayat yang saya pakai, saya memang tak publish. Saya personally tak kesah sangat pasal typo. Janji isi penting saya sampai. Kalauler penulis sendiri tak faham apa yang dia tulis. Parah tuuuu.  Pernah kena tegur ngan dua orang kawan baik, pasal tulisan saya terlampau kompleks nak difahami. Continue reading

Buat Duit Twitter – Untuk Sendiri atau Untuk Orang?

Ramai yang sebenarnya sudah tahu akan perihal buat duit twitter ni. Lalu ramailah yang join program-program buat duit twitter , seperti churpchurp, be-a-magpie, sponsoredtweets, adfly dan lain-lain.

Ada juga yang menjadi spammer tegar, asyik-asyik tweet dari churpchurp je. Ada juga yang menggunakan teknik blackhat. Saya click awak punya, awak click saya punya. Sanggup hantar tweet pada setiap orang semata-mata nak main click-click.  Begitulah tegar mereka bekerja. Saya cuma mampu ucapkan tahniah sahaja kepada mereka-mereka ini.

Sebut pasal bekerja. Saya secara personal membahagikan penyertaan buat duit twitter ni kepada dua kategori. Kategori pertama ialah kita bekerja untuk orang.  Manakala kategori kedua ialah kita bekerja untuk diri sendiri. Dua-dua kita boleh dapat duit. Saya gunakan perkataan ‘bekerja’ kerana ia memerlukan untuk melakukan sesuatu.

Bekerja untuk orang

Continue reading

Saya mahu adaptasi tips dari blog Rajakamil

Seriously, soalan assignment yang diberi oleh mysuperkids ni memang susah. Nak tulis bantai, senang jer,tapi untuk mengetahui apa yang kita mahu ni kadang-kadang nampak senang, bukan senang, mungkin kita rasa kita nak rumah besar, tetapi yang sebenarnya yang kita mahu ialah keselesaan. Mungkin kita nak menyendiri, tetapi yang sebenarnya yang kita mahu ialah ketenangan. Kalau kita dapat tenang dalam mana-mana suasana pun, mungkin tak perlu pun menyendiri.

Apa ler pulak kaitan ngan rajakamil ni?

Bila diberi assignment, saya mahu ………….. dari blog ………….. . Blog yang pertama sekali terlintas kat kepala saya ialah blog rajakamil. Kenapa blog rajakamil? Sebab blog beliau memang nampak original, idea-idea yang beliau buat untuk buat duit online, kebanyakannya simple. Walaupun grafik takdela cantik mana. (nota: saya jenis kalau dalam presentation, takde slide warna-warni)

Seronok baca blog beliau, tapi sebenarnya apa yang saya mahu dari blog beliau. Banyak gile tips buat duit. Tapi apa sebenarnya yang saya mahu? Mahu tips yang berlambak-lambak atau mahu apa sebenarnya. Termenung gaklah nak menjawab soalan cepumas mysuperkids ni. Bijak betul soalan contest dari blog mysuperkids ni.

Aha! Seingat saya saya pernah berguru sekejap dengan beliau, dapat duit dengan cara freelance, duit dapat tapi still saya tak puas hati. Saya juga pernah meniru cara beliau. Dia buat contest top commentator contest, saya pun buat juga contest. Tetapi itu belum cukup memuaskan hati, bukan kerana tidak berhasil tetapi kerana tidak sesuai dengan jiwa.

Jadi apa yang saya mahu daripada blog rajakamil sebenarnya? Pikir punya pikir, sebenarnya saya mahu adaptasi idea-idea beliau supaya sesuai dengan idea-idea yang saya ada dan sesuai dengan situasi. Beza saya dengan beliau nampak jelas, kaedah yang beliau guna kebanyakannya aktif dan penuh dengan taktik. kalau main chess, beliau tentu tergolong dalam golongan tactical player, tetapi saya secara personal seorang positional player both in chess and live. Jadi nak taknak saya kena adaptasi idea mana yang boleh.

Apa yang kamu merepek ni?

Ah! banyak pula melalut sampai ke chess pula, hahaha… okey yang sebenarnya point yang saya ingin kongsi mudah sahaja.

  1. Apa yang kita rasa kita mahu, tidak semestinya itu yang kita benar-benar mahu.
  2. Saya suka idea-idea raja kamil, kreatif, dan saya akan cuba adaptasi idea-idea beliau, untuk kerjaya sampingan didunia online.
  3. Saya seorang yang suka main chess dan saya seorang positional player (70% positional 30% tactical – agaknyalah). Sila search kalau nak tau positional tu apa..  dalam life pun approach saya kebanyakannya macam tu.
  4. Saya nak menang Ipad dari blog My Super Kids! (Sila baca disclaimer kat bawah blog ye)

BTW, ada dua blog rajakamil yang saya ikuti, yang pertama rajakamil.com berbahasa Inggeris dan yang kedua Rajakamil.biz berbahasa Melayu. Blog korang pun banyak yang saya follow, adalah yang saya mahu dari blog kamu, sebab tu saya singgah baca walaupun sebagai silent reader.

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack