Twitter SEO – Blogger Jangan Pandang Rendah

Jangan pandang rendah dengan twitter SEO. Itulah pelajaran yang saya belajar 2,3 hari lepas. Kalau post sebelum ni saya ceritakan pasal twitter pagerank. Kali ini pasal hasil carian pula. Ini kerana kemungkinan besar blog post kita yang berada di muka depan google kini diambil alih oleh twitter profile yang keyword rich.

 

keyword buat duit twitter

Ingat lagi tip penting untuk setting profil twitter?

Anggap post ini sebagai bukti tip yang diberi. Mengikut kajian, pembaca biasa fokus kepada 3 hasil carian pertama sahaja. Sebelum ke hasil carian yang selainnya.

zuls – dalam kesibukan, jadi post nya pendek sahaja ya..  Kalau nak kupas lanjut memang panjang.. :)

Bounce Rate Blog Saya Tinggi, kenapa Saya Okey?

Akhir-akhir ini heboh juga beberapa blogger hebat yang menceritakan tentang Bounce Rate yang tinggi. Tambah pula selepas blogger famous denaihati start the ball rolling, apabila membincangkan mengenai bounce rate di blog beliau, dan meletakkan syarat bounce rate sebagai salah satu syarat untuk menang contest iPad 2 di blognya sejajar dengan plan 100 harinya dalam blogging.

Bounce Rate tu apa?

Mengikut kefahaman saya berdasarkan pembacaan, bounce (lantunan) berlaku apabila pelawat datang ke website kita dan singgah di page pertama yang mereka jumpa (Landing Page / Entry Page) dan keluar tanpa pergi ke page yang lain di blog kita. Ada juga kemungkinan mereka berada di page tu sampai sehingga session timeout , mungkin mereka klik link dari blog kita ke website lain (Outbound Link) , mungkin juga mereka klik iklan, dan mungkin juga mereka terus pangkah sebab bosan dengan blog post kita.

Saya tertarik dengan post Kak Jie yang mengatakan masa pelawat berada di blog lebih menjadi ukuran berbanding bounce rate. Saya setuju, kerana tidak mengapalah kalau pelawat tak visit page lain pun, kalau blog post tu mereka betul-betul baca.

Ramai blogger yang risau berkenaan dengan bounce rate yang tinggi padahal jika bouncing rate tinggi tidak semestinya blog tidak bagus. Saya kongsikan beberapa maksud positif disebalik bounce rate yang tinggi . Continue reading