Ini ada beberapa soalan yang boleh kita sama-sama jawab, saya pernah dapat soalan ini semasa melanggan mailing list seorang Internet Marketer luar negara. Soalan sama juga pernah ditanya oleh kawan saya, cuma beliau buat bussiness offline. Continue reading
Monthly Archives: April 2011
Pemenang Contest Retweet dan Menang USD5 #zulscontest
Assalamualaikum wbt.
Dalam dua tiga minggu ini saya sebenarnya agak sibuk dengan urusan kerja dan keluarga. Jadi pada hujung minggu lepas saya mengambil rehat secukupnya. Cuti dari blogging dan tweeting. Maka keputusan contest retweet dan menang saya tangguhkan hingga ke hari ini.
Terima kasih kepada 28 peserta yang menyertai contest ini dan memenuhi syarat yang diberikan. Post ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengumumkan pemenang contest Retweet dan Menang USD5 yang anda sertai baru-baru .
Seperti yang dijanjikan cabutan dibuat secara random sebanyak 5 kali barulah ditentukan pemenangnya. Jadi bolehlah tengok video yang saya ambil menggunakan screenr. Video ni tiada suara, saya pun tak berapa pasti bagaimana nak bagi dengar suara.
Tahniah kepada @ap11h dan juga @azizwan. Sila DM akaun paypal anda ya.
Kepada yang lain mungkin boleh cuba lain kali. InsyaAllah kalau ada sponsor atau ada income lebih saya buat lagi contest untuk anda.
Jangan lupa follow @zulseffort di twitter juga.
Ada apa dengan Syarat Contest Retweet dan Menang USD5
Contest sudah hampir sampai ke penghujungnya. Selepas 14 April 2011 Jam 11:59 malam, penyertaan akan ditutup. Setakat post ini ditulis sudah ada 22 peserta yang menyertai contest ini. Ada peserta yang tidak dapat menyertai contest disebabkan tidak cukup klout score dan ada juga yang disebabkan tidak cukup follower. Minta maaf itu adalah syarat contest.