Dapat Lebih Klik ? Percaya Kepada Perasaan

Ada ramai yang bertanya bagaimana untuk mendapatkan banyak klik bagi iklan-iklan di twitter. Saya ada tips-tips tertentu yang selalu saya amalkan. Itu mungkin boleh di terangkan lanjut dalam post yang lain.

Dalam post ini saya tidak mahu bercerita berkenaan bagaimana mendapat banyak klik .. tetapi bagaimana saya tahu MUNGKIN tweet tersebut akan mendapat banyak klik ?

Ada dua keadaan dimana saya tahu saya bakal mendapat banyak klik

1. First Impression Melihat Tawaran

Ada banyak tawaran iklan cost per click dalam churpchurp, twtbuck dan sponsoredtweets tetapi iklan yang akan memberi banyak klik biasanya akan menyebabkan saya teruja untuk tweet. Ada timbul macam “Ah! bagus ni” dalam fikiran saya. Kalau tiada perasaan keterujaan tu biasanya , idea untuk menulis iklan juga tiada.

2. Perasaan Ketika Menulis

Sewaktu menulis iklan saya selalu juga perasan, good feeling sewaktu menulis penting. Jika saya menulis tweet tersebut dengan lancar, biasanya akan mendatangkan hasil yang lebih daripada menulis dalam keterpaksaan.

Apa yang saya tulis disini adalah berdasarkan pengalaman peribadi. Tiada rekod sebagai bukti. Cuma sedikit pengalaman sama di kongsi. Adakah anda juga mempunyai pengalaman yang serupa?