Kelahiran dan Survival Program Pengiklanan Melalui Twitter [Part 1]

Signifikan  Twitter

 

Twitter merupakan satu medium perhubungan sosial dalam talian yang sememangnya mantap. Kelahiran twitter sendiri pada 2006 memberi kelainan dari segi cara berhubung di laman sosial yang lain dan mempunyai signifikan yang tersendiri. Kegunaan twitter bukan sahaja terhad kepada perhubungan semata-mata, atau sekadar berkongsi info, memberitahu dunia apa yang kita minum makan, dan yang sewaktu dengannya. Ianya lebih daripada itu. Saya cuma bagi contoh local sahaja, seperti berikut sekadar yang saya ingat, disusun tanpa mengikut keutamaan.

  1. Medium informasi pantas semasa Rusuhan di Mesir 
  2. Berhubung dengan pemimpin , artis kesayangan anda di Twitter
  3. Program #TwtUpKaseh membantu yang memerlukan
  4. Mendapatkan maklumat trafik lalulintas di lebuhraya
  5. Kelahiran bisnes baru dalam kategori twitter tool, latihan dan lain-lain lagi
  6. Twitter digunakan sebagai khidmat pelanggan seperti @mymaybank @CIMB_Assists
  7. Wujudnya peluang buat duit melalui pengiklanan twitter
  8. dan lain-lain lagi..
Walaupun terdapat banyak kelebihan twitter, dalam post ini saya cuma akan menerangkan item 7, iaitu kelahiran program pengiklanan melalui twitter. Dalam post ini, saya akan membuat sedikit ulasan mengenai kelahiran dan juga survival program-program tersebut dengan mengambil contoh beberapa program-program pengiklanan melalui twitter. Bila disebut kelahiran mesti berkait dengan kehidupan, dan bila disebut kehidupan tentulah berkait dengan survival.

Kelahiran yang tidak dialu-alukan ramai

Kelahiran program program pengiklanan melalui twitter pada asalnya mendapat sambutan yang tidak berapa di alu-alukan, Kelahiran Be-A-Magpie pada akhir 2008, walaupun agak mendapat sambutan, namun menerima kemarahan segolongan besar juga pengguna twitter yang mahukan twitter home stream mereka yang aman dari segala bentuk iklan. Post daripada blog JohnChow ini mungkin memberi gambaran kepada anda yang tidak mengikuti perkembangan pada waktu itu. Ada dua sebab utama pada pandangan saya yang menyebabkan program pengiklanan melalui twitter mendapat tentangan di awal kewujudannya, iaitu:

  1. Sememangnya iklan tidak disukai ramai . Tiada siapa yang follow akaun twitter seseorang untuk mendapat iklan.
  2. Twitter pada waktu tersebut tidak membuat sebarang inisiatif untuk membuat program pengiklanan
Walaupun mendapat kecaman, ada ramai juga yang menyertai program be-a-magpie, saya sendiri menyertai pada pertengahan 2009, dan berjaya mendapatkan ‘cash-out’ beberapa kali.

Tumbuh bagai cendawan

Selepas be-a-magpie ada lagi program-program lain yang mula ditubuhkan iaitu seperti revtwt yang membayar berasaskan jumlah klik dari negara-negara tertentu. Revtwt mendapat tempat dikalangan ramai penggiat jana pendapatan online kerana mempunyai ciri autotweet. Iklan pada asalnya di tweet secara automatik ke twitter stream. Selain daripada revtwt diikuti pula oleh program-program lain seperti sponsoredtweets dan adly. Adly memberi momentum kepada pengiklanan pihak ke tiga di twitter apabila celebrity terkenal Kim Kardishian dibayar dengan jumlah yang besar untuk hanya satu tweet. Ada banyak program lain yang tumbuh seperti assetize (kemudian dikenal sebagai visibli) , twivert, paymetweets, sponsoredbackground, adtweety, adcause , mylikes, churpchurp, adfly dan banyak lagi.

Kelahiran baru mesti unik untuk survival

Apa yang paling menarik dengan kelahiran program-program baru ini ialah apabila masing-masing cuba menonjolkan kelainan daripada pihak yang lain juga. Berbagai idea menarik boleh dilihat. Kalau be-a-magpie mempunyai ciri-ciri keyword matching, SponsoredBackground cuba untuk mebuat iklan di background twitter, adly cuba memfokuskan kepada celebrity, sponsoredtweets terkenal dengan ethical tweeting yang mempunyai disclosure engine, twivert pula mengekal ciri autotweet seperti revtwt tetapi dengan fungsi kawalan masa dan jadual untuk tweet iklan secara automatik. Kreativiti amat penting kerana syarikat ini bukan sahaja perlu menarik minat advertiser tetapi juga minat publisher untuk bernaung dibawah syarikat mereka.

…. Bersambung ke part II

“Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh Nor Haryati Yahaya”

Daftar Sebagai Publisher, Bukannya Advertiser

gambar dari google

Bagi sesiapa yang bergiat dalam menjana pendapatan melalui blog atau pun media sosial seperti twitter dan facebook, tentu sudah biasa dengan perkataan Publisher dan Advertiser, namun begitu bagi yang baru berjinak-jinak dengan program-program pengiklanan kadang-kadang boleh juga tersilap sewaktu pendaftaran.

Advertiser dan Publisher

Dalam mana-mana program pengiklanan akan ada advertiser, iaitu pengiklan dan publisher iaitu penyiar iklan. Pengiklan ialah pihak yang  mmbelanjakan sejumlah wang daripada budget mereka. Manakala publisher ialah untuk mneyiarkan iklan samaada dengan cara menyediakan tapak pengiklanan, ataupun kaedah-kaedah lain seperti tweets, menulis blog post, dan lain-lain lagi. Perlu diingat, bukan semua duit advertiser akan dapat dikecapi oleh publisher kerana bayaran oleh advertiser adalah termasuk bayaran kepada syarikat pengiklanan.

Publisher atau Advertiser

Apabila anda mendaftar program-program pengiklanan, jika anda hanya berniat untuk mendapatkan wang dengan memaparkan atau menyiarkan iklan untuk pihak lain, daftarlah sebagai publisher. Jika anda berniat untuk mendapatkan wang dengan cara mengiklan produk anda atau perniagaan anda,  daftarlah sebagai Advertiser. Keluar sedikit modal untuk mengiklan.

Daftar kedua-duanya

Kadang-kadang elok juga anda daftar kedua-duanya. Mula-mula anda daftar sebagai publisher, dapat sedikit wang daripada program tersebut, dan kemudian daftar juga sebagai advertiser, belanjakan wang yang anda dapat untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi.