3 Kaedah Asas Cari Twitter Follower

Kenapa anda bertwitter?

Tentu ada pel­ba­gai tujuan kan? Sama ada untuk tujuan brand­ing for busi­ness, bersosial , suka-suka, keba­jikan ataupun sekadar mengikuti trend masakini.

Okey, tidak kira apa tujuan sekalipun. Bila  daf­tar sahaja akaun twit­ter apa yang ter­fikir dalam kepala sudah tentu

“ Macam­mana nak cari fol­lower ni?”

Ya! Fol­lower, sebab kalau tanpa fol­lower syok sendiri namanya. Tulis tweet, sendiri baca .. ha kan syok sendiri namanya tuu.

Oleh itu mahu atau tidak mesti cari follower.

Hrm., kebe­tu­lan ada juga dua tiga orang yang tanya saya berke­naan perkara ini. Jadi saya rasa elok­lah saya kongsi.

Jadi tujuan entry ini adalah untuk berkongsi kaedah men­da­p­atkan fol­lower. Banyak kaedah untuk cari fol­lower ni,  namun begitu , saya kat­e­gorikan kepada 3 kaedah yang saya rasa banyak digu­nakan. Tiga kat­e­gori yang saya mak­sud­kan ialah: Kaedah bersosial di Twit­ter, kaedah meng­gu­nakan sys­tem, dan kaedah promosi.

1) Kaedah bersosial di Twitter

Ini adalah kaedah yang saya rasa pal­ing kerap saya pakai di twit­ter. Saya cadan­gkan semua yang baru mula  bertwit­ter meng­gu­nakan kaedah ini. Cara meng­gu­nakan kaedah ini ialah den­gan cara fol­low orang lain ter­lebih dahulu, seboleh-bolehnya yang sama bidang, sama negara atau yang sama minat dan mula tegur den­gan meng­gu­nakan men­tions atau reply. Contohnya :

hi @zulseffort  saya baru sahaja fol­low kamu, saya pun suka main chess macam kamu. Fol­low saya balik tau.

Sep­a­n­jang pen­gala­man saya biasanya orang akan fol­low. Ayat diatas con­toh sahaja. Bergan­tung kepada gaya masing-masing. Lebih kurang macam chat­ting. Kalau nak tau, banyak kawan twit­ter saya terutama dari Malaysia yang suka bersosial di twit­ter. Jan­gan lupa fol­low mereka.

Kelebi­han

Dapat mewu­jud­kan jaringan sosial yang rapat ataupun fol­lower berkual­iti.  Pent­ing tau ada kawan-kawan rapat di twit­ter ni.

Kelema­han

Apa­bila jum­lah fol­lower semakin meningkat, memang susah untuk meng­gu­nakan kaedah ini sepenuh­nya. Ya lah kaedah ini memer­lukan masa yang banyak. Kalau fol­lower dah lebih seribu, memang tak sem­pat nak maintain.

2) Kaedah meng­gu­nakan sistem

Kaedah meng­gu­nakan sis­tem agak pop­u­lar tau waktu mula-mula saya ser­tai twit­ter awal tahun lepas. Masing-masing bere­but nak cari follower. Kalau nak tau, kaedah ini memang pop­u­lar dikalan­gan inter­net mar­keter. Bahkan sis­tem sebe­gini biasanya di buat oleh mereka.  Contoh-contoh sis­tem fol­low ialah seperti : Viral Fol­lower , tweet­large dan   Twit­ter kebabom . Apa lah salah­nya kita men­cuba. Oh! Twitter kebabom ni orang Malaysia punya :) .

Kelebi­han

Men­da­pat fol­lower den­gan cepat mala­han kalau kena gaya,  fol­lower bertam­bah secara exponential !

Kelema­han

Kom­promi dari segi fol­lower yang berkual­iti berband­ing den­gan kaedah bersosial di twit­ter.  Ada juga juga seseten­gah sis­tem fol­lower yang spam kita punya tweet. Jadi pilih den­gan berhati-hati.

3 ) Kaedah Promosi

Ada blog? Suka berfo­rum? Ada mail­ing list? Maka kaedah pro­mosi memang sesuai untuk dibuat.  Kaedah pro­mosi memang betul-betul berke­san bagi sesi­apa yang pop­u­lar.  Contoh-contoh pro­mosi adalah seperti mele­takkan ban­ner diblog, letak url twit­ter di sig­na­ture forum, iklankan di ruangan-ruangan iklan , melalui mail­ing list dan lain-lain lagi.

Kelebi­han

Kita men­da­pat fol­lower yang mahu fol­low kita. Pem­i­nat, bak kata orang. Mereka fol­low sebab mereka ter­tarik untuk follow!

Kelema­han

Tidak semua orang suka untuk klik pada ban­ner atau link yang kita letakkan. Ianya bergan­tung kepada tem­pat kita mengik­lan. Kaedah ini agak per­la­han kalau kita tak popular.

Okey, saya dah kongsi tiga kaedah asas untuk men­da­p­atkan fol­lower twit­ter. Meng­gu­nakan ketiga-tiga kaedah terse­but den­gan bijak akan men­jadikan bilan­gan fol­lower anda beribu-ribu lemon. Jadi kalau dah ada akaun jan­gan berlen­gah lagi. Cubalah gabung-gabungkan mana-mana dua kaedah dan ten­gok­lah hasil­nya. Con­tohnya pro­mosikan sis­tem yang anda ser­tai di blog.

Akhir sekali, semoga men­da­pat banyak follower. Tanpa fol­lower sia­palah anda, dan sia­palah saya. Kalau yang belum daf­tar twit­ter tu , daf­tar­lah  segera.

—-

zulsef­fort110110 — can­tik nom­bor ni..

kalau suka entry ni jan­gan lupa klik retweet but­ton. Dan jan­gan segan fol­low saya tau.

28 Comments

Post a Comment

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv Enabled