Program Buat Duit Social Media
Program buat duit social media terutamanya facebook dan twitter sememangnya sangat banyak. Rugilah kalau kita bertwitter berfacebook semata-mata menghabiskan masa. Alang-alang berfacebook, bersosial biarlah dapat income sedikit. Post ini bertujuan untuk berkongsi antara program-program buat duit dengan social media yang pernah saya sertai dan saya sudah berjaya cashout. Program buat duit dengan social media yang saya maksudkan ialah program-program yang menggunakan sekurang-kurangnya twitter atau facebook untuk tujuan pengiklanan. Berikut adalah program-program yang pernah saya sertai dan saya pernah cashout. Kalau anda minat nak sertai di persilakan. Saya cuma berkongsi. Banyak sebenarnya yang pernah saya sertai, ada sesetengahnya sudah pun ditutup.
9 – 1 program pilihan saya ( program terakhir dalam list ni sudah pun tidak wujud lagi)
1. Sponsoredtweets - Program buat duit melalui twitter. Di bayar pertweet dan ada juga perclick. Dah banyak kali saya cashout dari sini.
2. Adly – program pengiklanan aka buat duit melalui twitter dan myspace . Dibayar pertweet juga. Myspace saya tak pasti sebab tiada akaun myspace.
3. Gushcloud – program pengiklanan dan microwork (kerja mudah) seperti retweet, follow twitter, update facebook, install apps dan lain-lain lagi. Ini program mesti join. Ramai juga yang dah cashout.
4. Mylikes – program pengiklanan pay per click melalui twitter, facebook, tumblr, blog. Di bayar perclick. Klik selain daripada US adalah sangat rendah. Kalau follower twitter ramai dan ada niche berkaitan hiburan, memang sesuai sangatlah anda join.
5. ChurpChurp – program pengiklanan social media yang popular di Malaysia. Buat duit dengan twitter dan facebook.
6. Microworkers – Program microwork macam gushcloud cuma leceh sedikit prosesnya. Buat kerja mudah dan dibayar untuk setiap kerja tersebut. Sebenarnya saya tidak pernah cashout, tetapi saya menggunakan duit yang ada untuk upah orang lain pula. Boleh kira sebagai cashout kan?
7. Adfly – program pengiklanan melalui link shortening. Kongsi link yang dipendekkan menggunakan adfly dimana-mana sahaja dan dapat duit perclick. Boleh baca guide di Make Money With Adfly.
8. Pay4Tweet.com – Marketplace untuk pengiklanan twitter. Bayaran terus masuk ke paypal tanpa perlu tunggu cashout treshold.
9 . Be-a-magpie – antara cashout yang paling menguntungkan saya, tetapi minta maaf, magpie sudah dibeli oleh sponsoredtweets.
Harapnya, program-program yang saya guna diatas dapat membantu anda juga ya. TIdak semua program saya fokus. Boleh kata saya ni memilih juga la. Apa yang penting, buat duit dengan social media sememangnya tidak mustahil. Semoga berjaya buat duit social media
sifuk! *clap clap clap
banyak benda jugak aku boleh belajar make money online ikut blog ni…
syahrilhafiz´s last [type] ..Wordless Wednesday #15 : Tarikh Bulan Puasa Ramadhan 2012
selamat berusaha..
semua aku dah join. ada yang masih dapat duit, ada yang aku dah tinggalkan. sape rajin guna twitter..memang best try benda nih. aku dah tak tahu apa itu twitter sekarng. haha..
titan´s last [type] ..Eyriqazz vs Denaihati vs Titan
ko ni tinggal dkt zaman batu ke titan…haha
W.HabibuRahman´s last [type] ..Aku Didalam Proses Bina Badan
Setakat ini gushcloud yang boleh dikatakan senang untuk dapat job.
shaharil´s last [type] ..Sepanyol Layak dan Konvo UUM 2012
Than may i know which one is already closed? Be-a-magpie is one of it.
opss. maybe my sentence in the blog post is not correct, what i want to write is basically there are some other program has been closed. In the list above only be-a-magpie is closed, another program like sponsoredbackgrounds, paymetweets, adtweety are already closed, and some other program like Twittad does not have much offer.
Sorry for my mistake Maxloon and thank you for commenting
hampir kesemua program dah join, dan alhamdulillah boleh tahan jgk income online ni..
cuma skrang ni masih tak reti guna sponsored tweet, even dah bertahun register… hmmm
azriMy´s last [type] ..Kemaskini Terkini Aplikasi Instagram Untuk iOS
aku skrg main gushcloud je.. yg lain2 x sempat nak pulun..
Anarm´s last [type] ..Licin Bila Basah
main gushcloud pun dah berbaloi..
zuls´s last [type] ..Eyriqazz vs Denaihati Contest SEO
gushcloud sekarang dah pelik =,=
azriMy´s last [type] ..Telefon Bimbit Lamborghini Smartphone
dia tengah upgrade.. ohh.. boleh ping entry juga kat situ..
zuls´s last [type] ..9 Program Buat Duit Social Media yang pernah saya cashout
Salam..
Satu info menarik.. Lepas ni boleh cuba tambah pendapatan melalui 9 program tersebut.. TQ..
Anuar´s last [type] ..Spain mara ke Final setelah menang menerusi sepakan Penalti 4-2
join bro, mudah jer tu.. cuma magpie tu dah takde, adly pulak dah ketat syaratnya.
zuls´s last [type] ..9 Program Buat Duit Social Media yang pernah saya cashout
banyak juga cara buat duit melalui social media,,,ingatkan sponsored tweet tu application jer..
hatiputera´s last [type] ..Eyriqazz vs Denaihati : Top Commentator June 2012
nampak macam smuenye twitter based jerr..
.. aku nie noob sket kalo pasal twitter.. so rasa cam harapan untuk buat duit drpd program2 nie kurang cerah…
samanosuke_04´s last [type] ..Comeback Kali ke-5…
Kalau sebut social media, memang tak boleh lari sangat dari twitter.
Oh, microworkers tu bukan twitter based… trylah.. antara program buat duit yang paling senang, dengan click-click pun dah boleh buat duit.
zuls´s last [type] ..Eyriqazz vs Denaihati Contest SEO
Pingback: Blin.gd : buat duit dengan facebook , twitter dan link | Zulseffort dot com
sy oernah dpt bayaran dr churchurp je tp tu pom setelah sthun menunggu..maklum la x reti lagi bab blogging
pengumpul lirik lagu´s last [type] ..Jom Tengok Geng Surau 2
pay per visit ade tak ?
pwy per visit tu macammana ye? pay per view?
salam. thanx bro. info yg berguna. kawan nk try skarang juga.hehe
sama-sama, tapi program-program ni dah tak macam dulu.. makin susah nak dapat job.