Ada Apa Dengan Adfly? Passive vs Active

Saya baru sahaja terbaca satu post daripada blogger adam roslan berkenaan dengan adfly dan sejujurnya saya setuju dengan apa yang beliau katakan dalam post tersebut. Beliau meletakkan dua point utama  iaitu (1) rate payment yang merepek untuk blogger Malaysia. (2) Orang menyampah dengan iklan adfly sebab sebelum sampai content, iklan itu ditapis terlebih dahulu (ini kes menggunakan interstitial ads kalau banner ads tiada masalah ini) .

Semuanya saya setuju. Saya ada terangkan berkenaan berapa klik yang diperlukan untuk cashout adfly di post saya bertajuk berapa klik untuk cashout.   Jumlahnya untuk banner ads untuk klik dari Malaysia ialah sebanyak 14285.71 !! Memang merepek! Sebenarnya itulah antara sebab utama kenapa saya bermula bermain dengan adfly agak lewat, walaupun sudah berdaftar sejak tahun 2009. Bukan apa waktu tu tak nampak lagi potensi.

Sekarang ini saya mempunyai pendapat berbeza sedikit. Iaitu, adfly sebenarnya bukan untuk pendapatan aktif. Berbeza dengan churpchurp, says.my yang saya kategorikan sebagai pendapatan aktif, kerana kita perlu tukar ads bila ads kehabisan budget, adfly ialah pendapatan pasif kerana sentiasa ada ads. Yang menjadi cabarannya ialah bagaimana ingin mendapatkan klik yang berterusan.

Bagaimana sebenarnya mahu menjadikan adfly sebagai pendapatan pasif, ada saya kongsikan di blog Make Money With Adfly. Ada dua cara untuk kita tingkatkan pendapatan adfly iaitu:

  1.  Menambahkan jumlah klik harian link adfly di blog. Apabila sudah dapat target klik harian (saya target 50 klik) dan trafik berterusan daripada search engine, buat lagi blog lain.
  2. Mendapatkan trafik dari US, CANADA, UK, Australia jika boleh, sebab klik dari 4 negara ini dibayar lebih tinggi.

Untuk membuat seperti no. 2 agak susah untuk blogger Malaysia. Untuk membuat seperti dalam no.1 , kita perlukan Passion dan Patience. Keghairan dan kesabaran. Oh ya, pendapatan pasif ialah apabila kita buat kerja pada awalnya, dan pada satu masa ianya akan memberi pendapatan berterusan tanpa perlu bekerja lagi. Kenapa anda perlu target 50 klik harian daripada satu blog, bukan 1000 atau 10,000, kerana mengikut pengalaman, untuk mendapat 100 – 300 trafik sehari bagi sesebuah blog adalah lebih mudah berbanding dengan mendapat 100,000 trafik sehari.

 

7 thoughts on “Ada Apa Dengan Adfly? Passive vs Active”

    1. @ejam, nanti kongsi-kongsi tips juga ya… kalau nak kongsi tips adfly di blog adfly tu pun boleh.. kalau berjaya bolehlah jadi testimoni :)

      Oh ya, pastikan selain pakai adfly plugin, dan pakai juga plugin SEO Smart link, mudah untuk set/unset link. :)

  1. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya. Bagi saya, pasif akan jadi autopilot kalau kena caranya. Saya pun dulu buat satu MFA blog untuk buat pasif, tapi tanpa kesungguhan, begitulah jadinya.

    Mungkin blogger Malaysia patut belajar lebih daripada Tuan Zul untuk jadikan Adfly sebagai autopilot, selain belajar elak pembaca tekan X bila ada iklan Adf.ly :)
    Adam Roslan´s last blog post ..Astro Apprenticeship Program

Leave a Reply