Bantu Zulseffort Menang Galaxy Tab 10.1

Dalam post ini zulseffort ingin mengajak pembaca zulseffort.com , kawan twitter facebook google plus bantu zulseffort memenangi Samsung Galaxy Tab 10.1.  Zulseffort tak pandai nak menulis ayat sangat, tapi zulseffort sangat mengharapkan pertolongan semua.

>Google Plus, Retweet, Linkedin dan komen sebanyak-banyaknya sebanyak-banyaknya di post entry contest sekurang2nya 7 patah kata satu komen

Giveaway sempena dengan contest gadget impian ini:

  1. Ebook Black Hat SEO for beginner Percuma untuk yang tolong retweet disini
  2. Giveaway USD5 untuk 2 orang dengan contest mudah copy dan menang
  3. 3 Ebook Pembangunan diri percuma 
  4. Giveaway USD2 x 5 untuk cabutan bertuah komen dan menang

 Kenapa Zuls nak menang Galaxy Tab 10.1 ni?

Gadget Impian saya pada asalnya ialah iPhone4S dengan pelbagai ciri yang hebat. Sudah tentu ada yang tertanya-tanya kenapalah nak iPhone 4S, banyak keburukan yang ada disana dan tidak seperti yang ditawarkan. Ada sebabnya saya memilih begitu. Semuanya telah saya terangkan didalam blog post di zulseffort.net. Namun begitu saya sedar, Kadang-kadang bila kita mengimpikan sesuatu kita lupa akan realiti dan keperluan. Sebenarnya dan secara jujurnya bila diperhalusi saya tidak perlukan iPhone 4S.

Saya sekarang menggunakan Galaxy Ace. Pada awalnya saya seronok memakai Galaxy Ace. Tetapi lama-lama saya sebenarnya lebih selesa memakai Nokia 3310 berbanding smart phone abad baru ini. Kalaulah memori NOKIA 3310 besar, sudah tentu saya berbalik kepada Nokia 3310. Saya rasa perkara sama akan berlaku jika saya menggunakan iPhone 4S. Nampak gaya smartphone bukanlah sebenarnya keperluan saya.

Saya sekarang lebih memerlukan gadget yang berscreen besar macam iPad 2 ataupun Galaxy Tab 10.1. Itupun selepas beberapa peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini. Saya pilih Galaxy Tab 10.1. Kenapa? teruskan membaca.

1. Berguna sewaktu sesi perbincangan atau mesyuarat

Pada 10 Januari yang lepas saya ada menyertai satu sesi perbincangan , ada 11 orang peserta, kebetulan pula meja perbincangan agak kecil. Pada waktu itulah, saya terfikir, alangkah bagusnya kalau ada gadget yang sesuai untuk mencatit isi diskusi ataupun untuk melihat maklumat yang saya ingin dibincangkan. Jika saya buka laptop saya, sudah tentu agak mengganggu tumpuan diskusi tersebut. Kalau saya nak menaip dan menyimpan maklumat di Galaxy Ace , jauh sekalilah, saya bukannya jenis yang suka menaip di handphone dan baca dokumen melalui handphone. Tersangatlah slow. Kalaulah ada Galaxy Tab 10.1 kan bagus.

2. Mengisi masa sambil menunggu sewaktu berurusan dikaunter kaunter tertentu

Pada minggu yang sama, dua hari selepas sesi diskusi tersebut. Saya pergi ke imigresen putrajaya. Bukan renew sebenarnya, tetapi buat baru selepas habis tempoh. Habis RM 300. Diorang memang cekap. Sekarang ni rupanya, lepas sejam dah boleh dapat passport tu. Walaupun begitu kata orang, penantian itu penyeksaan. Tambah pula kalau tak buat apa-apa. Saya habiskan masa sejam pergi ke bank rakyat untuk tengok produk Mudharabah diorang. Jauh jugak jalan. Bayangkan kalau ada Galaxy Tab 10.1 waktu tu, tentu banyak benda yang boleh saya buat. Update blog, melawat website bank rakyat, update twitter dan facebook dan yang kalau ada rezeki ambil job mudah online kalau ada. Dapatlah duit sikit kata orang daripada duduk saja-saja, slow-slow boleh buat tampung duit untuk renew passport pada 2017 nanti. Tambah cerita lagi, pada minggu sebelum itu, saya ke maybank untuk keluarkan dividen ASB, berapa ramai kena tunggu? 102 orang! Pegi pejabat post, 30 orang! Lama nya masa untuk menunggu, kalau ada Samsung Galaxy Tab 10.1 , tentu lebih bermanfaat.

3. Membaca ebook menambah ilmu

Saya lebih suka baca buku yang bercetak, tetapi kadang-kadang ebook memberi lebih maklumat yang straight to the point. Membaca ebook menggunakan Galaxy Tab 10.1 sudah tentu lebih menyenangkan. Install sahaja pdf reader atau Aldiko Ebook Reader. Screen Galaxy Tab 10.1 tu memang sesuai untuk membaca ebook kan? Saiz yang sesuai, dan screennya pun clear. Setiap kali nak baca ebook, buka laptop. Setiap kali nak baca ebook , buka laptop. Setiap kali nak baca ebook , buka laptop. Jenuh kan? Nak baca melalui phone, lagi jenuh.

4. Rasa selesa dengan android

Saya memilih Galaxy Tab 10.1 dan bukannya iPad 2, walaupun kawan saya kata iPad 2 lagi cantik grafiknya, lagi itu dan lagi ini mungkin kerana saya sudah agak selesa dengan sistem operasi android. Ada beberapa aplikasi di Android yang saya suka jugalah, antaranya ialah iQuran, To Do List, Expense Manager, PLUS Toll Rate dan Assignment. Kalau berpindah ke OS lain sudah tentu nak kena cari applikasi lain lagi yang dibangunkan untuk OS tersebut. Kalau guna Android dengan gadget yang lebih besar screenya tentu lagi efisyien berbanding guna Galaxy Ace yang kecil yang saya ada sekarang.

Itulah beberapa sebab kenapa saya mahukan Galaxy Tab 10.1. Ianya lebih kepada keperluan berbanding impian. Lebih kepada kegunaan praktikal dalam kehidupan. Satu impian untuk memudahkan perjalanan hidup harian. Bukankah memiliki hidup yang lebih baik di zaman yang serba komples ini adalah salah satu impian setiap orang. Gadget Impian sepatutnya gadget yang membantu untuk mencapai impian tersebut.

Jangan lupa bantu zulseffort ya. Kepada yang bantu zulseffort InsyaAllah ada token of appreciation yang zuls akan umumkan kemudian. Syarat mudah sahaja, subscribe di sidebar ya. 

“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com , Anarm.net ,eQurban.com , Silver Asia Sdn Bhd , Kedai Kak Siti , Jaws.my dan Serverfreak

61 thoughts on “Bantu Zulseffort Menang Galaxy Tab 10.1”

  1. Salam,

    Good luck zul, kalau nak menang kena sentiasa ada depan komputer heheee, senang nak pantau, kalau bizi tu memang tak dapat nak tolong lah, zul kena rajin promot, insyaallah akan bantu mana yang terdaya :D

    moga mendapat gadget impian ni ye :D
    yanmie´s last blog post ..Tomyam Berkrim

Leave a Reply