Sudah tentu ramai antara anda yang telah menyertai program seperti churpchurp, Zuvvu, Says.my dan lain-lain program pengiklanan. Ramai yang dah cashout, dan ada juga yang belum cashout. Apa yang saya perhatikan ramai antara kita yang mengira berapa banyak lagi nak cashout, berbanding berapa klik yang diperlukan untuk cashout. Sedangkan bilangan kliklah yang lebih utama. Dengan mengetahui bilangan klik, maka mudah untuk kita membuat perancangan atau strategi untuk cashout. Dalam post ini juga ada disediakan contoh pengiraan bagi program-program pay per click pengiklanan media sosial.
Formula mengira bilangan klik yang diperlukan untuk cashout
Untuk mengira berapa banyak klik yang diperlukan, sebenarnya sangat mudah. Ikut sahaja formula di bawah ini:
Pendapatan = Jumlah klik x pendapatan per klik
Jumlah klik = Pendapatan / pendapatan per klik
Contoh Pengiraan
Untuk contoh pengiraan adalah seperti berikut. Bagi pengiraan ini , saya mengambil nilai minimum atau nilai yang biasa ditawarkan oleh iklan-iklan di program-program media sosial yang diberikan. Perlu diingatkan bahawa pengiraan hanya untuk bayaran berasaskan klik bukan untuk Social Seeding ChurpChurp atau Cashback Offer dan Pay Per Task Zuvvu.
ChurpChurp Cost Per Click
- Cashout Threshold = RM100.00
- Pendapatan Per klik = RM0.20
- Jumlah Klik = RM100 / RM 0.20 = 500
Zuvvu Ads ( Update: Zuvvu komen dibawah ini nilai akan ditambah - $0.05 to $0.20 ads)
- Cashout Threshold = USD5
- Pendapatan per klik = USD0.03
- Jumlah Klik = 5.00/0.03 = 166.66
Adfly (Banner Ads rate dari Malaysia pada 12 Januari 2012)
- Cashout Treshold : USD5
- Pendapatan untuk 1000 View = $0.35 , maka Pendapatan perview = $0.00035
- Jumlah Click Utk Cashout = 5/0.00035 = 14285.71
Adfly (Raw Interstetial Ads rate dari US pada 12 January 2012)
- Cashout Threshold : USD5
- Pendapatan utk 1000 View = $2.87 , maka pendapatan per view =0.00287
- Jumlah Click untuk cashout = 5/0.00287 = 1742 klik
MyLikes ( bukan minimum, tetapi offer yang biasa ditawarkan disana)
- Cashout Threshold: USD2
- Pendapatan Per Click : USD o.007
- Jumlah Click : 285
Pemerhatian Ringkas
- Program program pengiklanan mempunyai cashout threshold dan pay per click yang berbeza-beza.
- Tidak semestinya program yang mempunyai cashout threshold yang lebih rendah, lebih senang untuk mencapai jumlah minimum untuk cashout. COntohnya, Mylikes memerlukan 285 Klik untuk USD2, sedangkan Zuvvu memerlukan hanya 167 klik untuk USD5.
- Memandangkan setiap satu mempunyai jumlah klik berbeza, maka kita bolehlah memilih program mana yang hendak ditumpukan dan apa medium sesuai untuk tujuan mendapatkan klik tersebut sesuai dengan ‘nature’ program tersebut.
Walaubagaimanapun ini cuma contoh berasaskan payperclik sahaja, kerana kita tau program-program ini mempunyai insentif yang lain, churpchurp ada lebih banyak peluang jana pendapatan seperti Social Seeding , Pay Per Deal dan Bonus Wednesday. Zuvvu mempunyai program lain seperti Task Offer, dan Cash Back Offer. Adfly pula mempunyai strategi permainan yang jauh berbeza berbanding yang lain kerana ianya merupakan sharing link, bukannya sharing ads program.
You have made a great point here. We would like to contribute to this post very briefly here : Ad offer quality also matters. If ads you are sharing are of good brands or consists of actually good deals or offers or some thing related to your own profile, then your friends will automatically like it and click it. And chances of retweets, reshares also increases, which eases the whole earning process for a publisher. At present, you are getting $0.03 ads on Zuvvu because we haven’t moved all our advertisers from Twtbuck to Zuvvu. As soon as transfer is complete, you will see minimum $0.05 to $0.20 ads.
Good luck with encashing your social media influence.
@Zuvvu, thanks for your sharing. Great tips for us publishers. We are looking forward to more ads offer in Zuvvu, perhaps if there are pay per task, it will be better. Great!
Pingback: suriani (@Cik_Su)
Pingback: Saiful Islam (@shiplu009)
Pingback: yeokeehui (@yeokeehui)
Pingback: Anarm Khairul (@anarmnet)
Pingback: abu riyadh (@aburi2020)
Pingback: Saya Mahu Wang Kertas Malaysia Siri Baharu dari Eyriqazz.Com | Tip Twitter dan Buat Duit Twitter
iklan ni sebarkan link ke zul ? teringin nak cari income usd ni senang nak bayar hosting guna USD hehehe
puanbee´s last [type] ..Menu : Ikan Pari Bakar
@PuanBee a’ah kalau churpchurp, Zuvvu dan saysmy dia sebarkan ads. Kalau adfly kita share link mana-mana pun takpe selepas dipendekkan dengan adfly.
Pingback: fooda (@fooda)
Pingback: lina (@panjang_D_great)
Pingback: Jeremy Lai (@initial_lai)
hoho..banyaknya klik kena cariii..
titan´s last [type] ..Komisen ke 10 dari 701panduan
Pingback: TEH LEONG-CHONG (@lcteh64)
@titan, yang paling lama tu adfly.. haha.. jenuh nak menunggu..
zuls´s last [type] ..Buat Duit Dengan Zuvvu, membayar sehingga USD0.20 per klik.
Pingback: Analisa Tweriod percuma untuk menambah interaksi dan klik | Zulseffort
Pingback: Ada Apa Dengan Adfly? Passive vs Active | Zulseffort
aku fokus pada chur[pchurp dengan says… zuvuu tu aku baru tau thanks
no problem. kongsi-kongsi je
aku tak fokus sangat pada churpchurp, says, dan zuvvu sekarang ni. Fokus kat adfly je sekarang ni.
dia bgantung pd kempen jgk..klau byk kempen baru byk klik bleh dpt..hehe
syu90´s last [type] ..LUCKY DRAW CONTEST SEMPENA 3000 FOLLOWER BELOG CIK AISH!!!
betul tu, pilihlah yang banyak kempen.
Pingback: Faktor memilih program buat duit online