Blog ini kembali beraksi

Rasa best bila blog ini dah dapat diakses balik. Terima kasih kepada pihak sepaku hosting kerana berjaya menyiapkan proses upgrade server dengan jayanya. Maka dapatlah blog yang baru bertapak ni beraksi kembali.

Kepada yang akses blog ni tapi tak dapat-dapat semenjak dua menjak ni, jangan serik ya! Datanglah lagi. Memandangkan pihak sepaku dah upgrade, agaknya tiadalah lagi masalah ini pada masa hadapan.

Kalau ada pun mungkin blog ni nanti kena suspended. Maklumlah pakej hosting yang saya ambil cuma yang paling basic RM5 setahun, bukannya dedicated server. Kadang-kadang tu mungkin boleh tersilap install script yang berat -berat. Mungkin juga load blog saya ni tinggi sangat nanti. Manalah tau dengan sokongan kawan-kawan traffik lebat ke blog ni nanti.

Semalam ada bertweet dengan bro @jerungperkasa dan @apiih, mengikut @JerungPerkasa, threaded comment pun dikira berat juga.  Huh? Tapi bagi saya threaded comment kena ada. Kalau takde threaded comment, tak best la pulak  - macam makan nasi tak berlauk. Kurang interaktif.

Memandangkan sepaku dah ok. Lepas ni dapatlah nanti bukak lagi satu blog lain. Kalau nak tau, saya dapat satu hosting percuma hadiah contest daripada blog JerungPerkasa. Tak claim-claim lagi tu. Terima kasih terlebih dahulu kepada beliau.

Terima kasih kepada bro talrasha2007 yang sering cuba masuk ke sini, walaupun down. Appreciate it!

Kepada rakan-rakan lain yang senasib, selamat berblog kembali! :)

Oh!  Semalam bro @de_petai84 ada berminat nak guna sepaku jugak.

Untuk makluman dengan RM5 di sepaku hosting saya diberi :

250MB ruangan Web

20GB Bandwidth

Ok tak? Adakah berbaloi?

Kalau minat bolehlah jenguk-jenguk kat sepaku hosting

———-

zulseffort – saya budak baru belajar..


19 thoughts on “Blog ini kembali beraksi

    • sian bro, tak pe sabar, contact diorang cepat-cepat, dah ok, jangan lupa tulis dalam blog nanti punca masalah tu.. teringin jugak nak tau

  1. Salam Bro,

    Alhamdulilah.. Hip Hip Hurrah. hehehe.

    Nasib baik dah okay. rm5 tu memang berbaloi, tapi pada kadar hang ni, kalau ada lebih sket, cuba nanti upgrade ke 1gb.

    Baguslah hosting ni dah boleh, kerap aku cuba, dok guna jaring, dok guna digi broadband dan digi mobile band. hehe.

    Ingat nak juga pindah ke WP tapi buat masa sekarang, aku tangguh dulu la : )
    .-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal Sempena 2010 : Edisi Kraf Anyaman Rotan =-.

  2. berbaloi apa yg bro dpt tu… lagipun guna WP, brapa berat la sangat… tapi bab trafik tu mmg kena jaga sikit… sbb kalau trafik lebat, mmg leh haus bandwith tu… tapi xkisah kalo dapat upgrade, jgn kena suspend terus sudah… selamat kembali… :)
    .-= lazaac´s last blog ..NodLogin 10c ~ 32Bit =-.

  3. hahaha…guna sepaku yea? saya pun guna sepaku..hari tu mmg down giler2 server…2-3 hari jugak xleh buka blog. tp syukur abg edy cakap masalah hari tu dh setel..

    saya pulak amik pakej bisnes gold rm 50 setahun…nnnggee~~~

    wp thread comment tu mmg berat, blh menyebabkan server load tinggi, tp klu dlm satu2 masa x ramai yg sedang guna mmg xde masalah. tp buat masa nie dh blh guna dh wp thread comment tu..hari tu je masa ada masalah server..
    .-= yanmie´s last blog ..Re bloglist balik untuk dapatkan update blog Yanmie =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge