Blogger & Twitterer Perihatin

Inilah adalah entry khas dalam usaha untuk meringankan beban sahabat blogger, megat.  Boleh baca dengan lebih lanjut apa yang jadi terhadap beliau di blog post –  Tangisan Aku,  isteri dan anak-anak.

Saya mula kenal dengan megat sewaktu kempen twitter merdeka satu masa dulu.  Dari bro megat juga saya dapat tau pasal churpchurp, program buat duit dengan twitter.  Alhamdulillah saya tengah mengunggu cek pertama saya dari program tersebut.

Mungkin anda tidak kenal dengan megat , tidak mengapa boleh cuba mengenali beliau dengan membaca blog beliau. Saya pun kenal beliau secara maya sahaja.

Straight to the point, untuk membantu sahabat kita ni, bolehlah terus masukkan sumbangan anda ke akaun bank beliau:

Akaun CIMB.
Faisal Amirul Othman.
0123 0015 4575 21.

Akaun Maybank.
Faisal Amirul Othman.
1010 7541 8124

@Maklumat bank daripada AzmanIshak.com

Kalau tidak mampu memberi sumbangan, ada beberapa inisiatif  yang  telah dibuat oleh blogger-blogger kita yang elok kita sokong.  Anda boleh menyumbang dengan cara:

1) Kempen Blogger We Care

Jika anda ada blog, mudah sahaja.  Letakkan banner “blogger – we care” di sidebar blog anda dan anda telah menyumbang menyumbang sebanyak RM1. Usaha ini adalah dari En Hydir.

2) Klik Link DapatWang

Klik link dapatwang kepunyaan denaihati ,  http://www.dapatwang.com/?id=denaihati seboleh-bolehnya klik setiap hari.  Setiap klik bernilai RM0.30. Denaihati akan menyumbang sebanyak dua kali ganda daripada jumlah yang terkumpul.  Usaha ini ialah dari denaihati.

3) Sertai Contest Lekat dan Menang

Sertai Contest Mudah Lekat dan Menang anjuran Azizwan.  Selain anda berpeluang menang, azizwan akan menyumbang RM0.20 untuk setiap pernyertaan. Maaf saya lambat sikit, pertandingan ini tamat pada malam ini ( 13/1/2010  -  11:59 malam )

Boleh juga membantu dengan melawat blog megat.net dan jangan lupa klik apa-apa iklan yang ada kat sana. Selain itu boleh juga menolong dengan cara membuat hebahan di blog.

Oh ya! Untuk pengguna twitter, boleh juga hebahkan perkara ini di twitter. Boleh retweet entry-entry seumpama ini untuk hebahan di twitter.

Diharap dengan sumbangan kita yang sedikit dapat membantu meringankan beban saudara megat dan semoga sumbangan sedikit ini mendapat keredhaan dari Allah Taala.

—-
Zulseffort –   Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing

11 thoughts on “Blogger & Twitterer Perihatin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge