#yorais – dalam post yang lepas ada saya kongsi pasal hashtag tersebut. Sekarang mari kita lihat apa sebenarnya yang dikatakan oleh pemimpin kita ni, lupakan pasal salah beliau yang kecil. Dalam pada para twitterer make joke pasal kenyataan beliau, tidak adil rasanya kalau kita tidak mengambil iktibar daripada apa yang beliau cuba sampaikan.
Lupakan sekejap perbezaan fahaman politik. Mesej yang beliau cuba sampaikan cukup senang. Iaitu jatidiri adab budaya rakyat 1Malaysia. Saya pada mulanya tak endah sangat tentang apa yang beliau cuba sampaikan, takkanlah pengguna Internet sampai begitu teruk – fikir saya.
Tapi sangkaan saya meleset selepas melawat blog luthtextile – isu menghina Almarhum Sultan Iskandar . Memang susah nak percaya, tapi ada orang yang tidak ada perasaan dan kurang adab. Nampaknya apa yang menjadi kebimbangan Dato’ Sri Rais Yatim sememangnya betul-betul berlaku.
Jelas ! Ini bukan budaya kita rakyat Malaysia terutamanya kita orang Melayu yang beragama Islam. Nak kritik-kritiklah, ayat mesti mau jaga. Kita bukan hidup dibarat, dengan budaya kutuk mengutuk sesuka hati. Kita ada agama dan adab sopan. Agaknya inilah contoh budaya tak elok yang dikatakan oleh Rais Yatim.
Bukan sahaja blog , ada juga yang video youtube menghina AlMarhum Sultan. Memang menyedihkan. Pandai Internet, tahu menulis, pandai edit video, tapi disalahguna.

Walaupun begitu saya percaya hanya segelinitir pengguna Internet yang tak bertanggungjawab. Ramai lagi yang concern dan tak suka pada benda-benda takde budaya macam ni. Sebab itulah wujudnya facebook group menentang penghinaan terhadap Almarhum Sultan.
Ohh.. malam tadi cuba juga cari post kurang ajar tersebut, tetapi post tersebut sudah dipadam.
Apa-apa pun ini sudah jadi kes yang besar, manalah blogger tersebut nak sorok muka.
——–
zulseffort – [1] gambar-gambar semuanya saya ambil dari blog luthtextile. [2] Saya tak kenal siapa Aduka Teruna ni, malas juga nak buang masa cari info pasal beliau, biarlah pihak berwajib yang ambil tindakan sewajarnya.

huhu.. topik ni makin hangat.. camner la nasib adukan ni kan.. hmm..
.-= de_petai´s last blog ..Aduka Teruna – Apakah yang akan terjadi selanjutnya? =-.
yerps, topik ini memang hangat, sama-sama kita tunggu dan lihat, terpulang pada pihak berwajib..
pandai dia berkata-kata pandai la dia tanggung lepas ni..
.-= aini´s last blog ..Aduka Taruna Dan Kemangkatan Sultan Johor =-.
itu bukan setakat pandai, tapi terlebih pandai..
mamat tu kena warning je.
tak relevan la nak tahan isa/tangkap polis
.-= ariff´s last blog ..Page I Hate Fasha Sandha Telah Di Delete =-.
hrm.. tak taulah macammana, nampak gaya akta komunikasi dan multimedia mungkin diguna..
mereka nie mmg kuang ajar nih..xtau adat resam melayu tol!!..huhu
tak dibiasakan dengan adab budaya… tertarik dengan komen Incik RestnRileks kat bawah ni..
Salam Zuls.
Aha, rasanya, ini jadi bila kebebasan bersuara disalahgunakan. Bila syiok sangat bebas bersuara, tidak bererti kita juga harus ketepikan budi bahasa kita.
Rakyat Malaysia ni umpama terlalu taksub dengan kebebasan bersuara dan hak asasi la zul, pada pandangan aku je la.
Tak salah kalau kita berbeza pendapat dan tidak bersetuju dengan sesuatu perkara itu. Salahnya apabila kita cuba nak mengamalkan perbezaan bersuara dengan bahasa-bahasa yang memualkan.
Bebas tidak erti harus lunturkan budi pekerti.
“Stating the truth doesnt mean one has to be rude..” – mudah sahaja.
Patut la ada peribahasa dua ini
“Kerana mulut santan binasa..”
dan juga yang lama dah diamalkan – “bahasa Jiwa bangsa..”
Bahasa yang disampaikan, sebenarnya adalah cermin kepada peribadi seseorang itu.
: )
p/s : Selamat HARI ISNIN – seronok pulak aku ntah afsal hari isnin ni, mungkin sebab gaji dah masuk kot. Alhamdulilah, salah satu nikmat tu : )
.-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Saya Suka IKan PAUS @ I Love Whale =-.
Selamat Hari Isnin juga! Sangat setuju dengan perkataan – “taksub dengan kebebasan bersuara!” , mungkin bebas bagi mereka = boleh buat jahat?
laporan polis dah dibuat, tengok lah nanti macam mana nasib dia.
.-= beliamuda´s last blog ..Menjadi Tegar Dalam Penulisan Blog =-.
dua tiga baris tulisan di blog , inilah natijahnya.. berbaloi?
apabila kebebasan bersuara disalahgunakan.. inilah yang terjadi!
adoi..
.-= Luth Textile´s last blog ..Cilaka laknat punya Melayu! Daulat Tuanku! =-.
sememangnya selalu berlaku gitu.. thanks bro for the picture..
, tak sempat nak edit sendiri
malas nak komen banyak. aduka taruna hensem. perangai je ta hensem
oh.. beliau hensem..? hensem sahaja tidak cukup kan?
aku anak johor jati…aduka nie orang mane?tgk dalam blog tadi menyerah diri dekat kelantan? tolong la, kami orang johor pon tak bising, siapa dia nak bising.aduka taruna melampau..sampai sekarang aku masih bingit dengan kata katanya
hoho tak tau lah beliau dari mana, yang penting beliau memang melampau.. saya dari kelantan, dan saya pun tak puas hati dengan tindakan beliau ..