Bounce Rate Blog Saya Tinggi, kenapa Saya Okey?

Akhir-akhir ini heboh juga beberapa blogger hebat yang menceritakan tentang Bounce Rate yang tinggi. Tambah pula selepas blogger famous denaihati start the ball rolling, apabila membincangkan mengenai bounce rate di blog beliau, dan meletakkan syarat bounce rate sebagai salah satu syarat untuk menang contest iPad 2 di blognya sejajar dengan plan 100 harinya dalam blogging.

Bounce Rate tu apa?

Mengikut kefahaman saya berdasarkan pembacaan, bounce (lantunan) berlaku apabila pelawat datang ke website kita dan singgah di page pertama yang mereka jumpa (Landing Page / Entry Page) dan keluar tanpa pergi ke page yang lain di blog kita. Ada juga kemungkinan mereka berada di page tu sampai sehingga session timeout , mungkin mereka klik link dari blog kita ke website lain (Outbound Link) , mungkin juga mereka klik iklan, dan mungkin juga mereka terus pangkah sebab bosan dengan blog post kita.

Saya tertarik dengan post Kak Jie yang mengatakan masa pelawat berada di blog lebih menjadi ukuran berbanding bounce rate. Saya setuju, kerana tidak mengapalah kalau pelawat tak visit page lain pun, kalau blog post tu mereka betul-betul baca.

Ramai blogger yang risau berkenaan dengan bounce rate yang tinggi padahal jika bouncing rate tinggi tidak semestinya blog tidak bagus. Saya kongsikan beberapa maksud positif disebalik bounce rate yang tinggi .

Apa yang kita perlu ingat ialah bounce rate berlaku bila mereka masuk ke satu page di blog kita, dan tidak ke page yang lain. Disitulah landing page, disitulah exit page. Bayangkan kalau buat website jualan, orang masuk tak klik untuk beli, tapi terus ke website lain atau tutup browser, kan rugi tuu. Tapi dalam kes blog lain ceritanya.


Maksud Lain di Sebalik Bounce Rate Tinggi

1. Blog di Sukai Enjin Carian

Untuk menerangkan hal ini, saya bagi contoh mudah berdasarkan pengalaman sendiri. Baru-baru ini, blog saya Zulseffort.net menerima kunjungan untuk keyword “Mantra Anjasmoro” walaupun tidak pernah blog ditulis berkenaan dengan Mantra Anjasmoro sebelum itu. Saya mendapat visit dari keyword ini disebabkan ada blogger di blog roll saya membuat entri berkaitan dengan Mantro Anjasmaro. Rupa-rupanya Mantra Anjasmoro ni cerita seram!

Kes Mantra Anjasmara ni untuk blog cikai macam zulseffort.net. Kalau blog-blog yang hebat terutamanya yang banyak komen, keyword density dalam komen juga boleh menyumbang kepada kedudukan yang tinggi dalam Search Engine Result Page (SERP).  Selain daripada menambah keyword density, komen-komen tersebut juga turut menambahkan related keyword.

2. Keyword Amal Jariah

Dulu pernah famous di Malaysia dengan laman penampan untuk mengatasi kedudukan laman web lucah di SERP. Apabila kaki-kaki laman web lucah search keyword panas, mereka akan terjumpalah laman-laman penampan yang bagi nasihat ke arah kebaikan. Blogger sekarang juga banyak bermain dengan keyword ini untuk mencari trafik dan mungkin juga untuk beramal. Agak-agak bila mereka yang mencari ni ‘terkena’, mereka tutup blog tu ke atau mereka terus membaca post tersebut dengan tekun?

Ariffshah dalam blog postnya berkaitan bounce rate turut mengakui perkara ini:

“Contohnya entri Redtube Malaysia aku. Entri tu memang laku sebab keyword dia panas. Tapi bounce rate untuk page tersebut confirm tinggi sebab pengguna internet yang cari apa yang mereka mahu tak dapat apa yang mereka mahu. Masuk entri tu, tak jumpa apa-apa content yang berkaitan dengan Redtube, jadi dia tutup terus browser atau cari tempat lain.”

Kalau ada main keyword macam tu, ada banyak trafik , tinggi bounce rate dan masa lawatan terlampau singkat sekejap sahaja, boleh anggap sebagai amal baik macam laman penampan.

3. Visitor bukan dalam target kita

Ada juga sesetengah kes dimana kita memang tak target pun visitor tu datang ke blog kita, tetapi mereka datang kerana ada keyword yang membawa mereka ke blog post tersebut. Contohnya ada yang mencari “teknik black hat churpchurp” dan sampai ke blog ni. Padahal dalam blog ini tidak disertakan teknik-teknik blackhat. Cuma ada tips dan trick yang sedaya upaya tidak melanggar peraturan syarikat advertising. Jadi disebabkan tiada apa yang mereka cari di sini, mereka pergi ke tempat lain pula lepas tu. Ini berlaku kerana biasanya ada related keyword, dan ada keyword carian tidak mempunyai saingan tinggi.

4. Bounce rate tinggi bermakna berlaku Conversion

Jangan terkejut! Bounce rate tinggi juga boleh menunjukkan berlakunya conversion. Conversion ni lah yang manjana kewangan. Ingat takrif  bounce rate lagi kan? Okay, mari kita tengok 2 contoh conversion dibawah dan kaitkan dengan maksud bounce rate.

  • Ada yang melawat post buat duit dengan adfly. Mereka pun klik link referral saya kat situ yang menyebabkan mereka pergi ke page adfly.
  • Pelawat datang cari info kat blog, tiba-tiba mereka tertarik dengan iklan di blog kita. Mereka terus tutup blog kita selepas lebih tertarik dengan landing page iklan tersebut.

Dalam kedua-dua contoh diatas bouncing berlaku tapi lebih tepat dikatakan berlaku conversion.  Sebab itulah diawal post tadi saya tekankan bounce rate untuk blog berbeza tafsiran daripada bounce rate laman jualan. Kalau ikutkan dalam kes ini, saya lagi suka kalau pelawat bounce dengan menekan link referral saya.

Bounce Rate Bukan Masalah

Sekali imbas memang nampak macam Bounce Rate tinggi ni macam bermasalah, tetapi tidak sebenarnya. Sebenarnya tidak lah mempunyai masalah besar kalau bounce rate tinggi bagi blog. Tapi jangan lah tinggi sangat.

Bounce Rate Bukannya masalah kalau..

1. Kita Mengamalkan Targeted Traffic & SEO

Ramai yang beranggapan yang SEO tu ialah kaedah untuk mendapatkan traffic dalam apa jua cara sekalipun dengan keyword apa sekalipun. Namun begitu saya lebih suka kepada idea untuk mendapatkan targeted traffic. Bila traffic betul-betul dalam sasaran, maka:

  1. Pelawat akan berada lama di blog kita yang sesuai dengan minat mereka. – Mereka bukan sahaja baca satu post tetapi membaca post-post lain yang berkaitan kerana dahagakan ilmu yang dikongsi.
  2. Kalau berlaku bouncing pun tak mengapa – kerana memang mereka baca post tersebut sebab sesuai dengan apa yang mereka cari, dah siap baca mereka tutuplah.

Sebab itulah dari dulu saya memang sukakan idea niche blogging.

Mengikut apa yang saya baca , untuk mendapatkan targeted traffic bukan kerja yang senang, ianya memerlukan keyword research, content planning, SEO optimization, dan juga penulisan yang bagus. Saya masih lagi bertatih dalam hal ini.

2. Kita dapat pukau pembaca dengan tulisan kita

Contohnya, kalau kita buat entry “keyword panas” , kita mesti juga mahir untuk bermain dengan emosi pelawat supaya membaca entri kita sampai habis dan supaya mereka berminat post lain di blog kita. Ini merupakan satu cara yang memerlukan skill penulisan yang bagus.

Telling the truth, saya bukanlah orang yang bagus dalam bab-bab penulisan macam ni. Namun begitu kalau anda bagus dalam penulisan cubalah baiki blog post yang ada bounce rate tinggi tu supaya mereka ke blog post kita yang lain.

3. Kita dapat monetize page berbounce rate tinggi

Perhatikan ada sesetengah laman jualan, bila kita tekan pangkah jer, akan keluar pop-up. Internet Marketer cukup sedar akan pentingnya monetize bounce traffic.

“Oppps , jangan keluar dulu, ada offer menarik kami nak bagi, sila tekan cancel”, kata popup window.

Kita pun boleh juga tiru mereka.Tapi tak perlulah pakai popup window untuk blog, annoying pulak rasanya.

Dalam kes saya, post yang paling banyak bounce rate biasanya adalah post yang tidak kena dengan niche dan saya tulis juga saja-saja. Dalam kes macam ni, untuk meletakkan link ke blog post saya yang yang berkaitan buat duit twitter kadang-kadang kurang sesuai. Jadi saya letakkan link keluar yang dah dipendekkan menggunakan adfly didalam post tersebut. Sekali letak sentiasa dapat income. Sikit-sikit pun takpe janji ianya pasif. Yang penting pastikan link atau apa-apa ads yang kita letak berdasarkan win-win situation.

Blog Bounce Rate Tinggi, Tapi Saya Okey

Okay berbalik kepada persoalan tajuk, kenapa saya okay? Point-point yang saya berikan diatas menjawab persoalan ini.

Bila ada suatu masalah, kita kena faham masalah, hadapi masalah tersebut dengan pencegahan awal, boleh baiki masalah sedia ada, dan boleh juga tukar masalah kepada peluang.

Lagipun bounce rate  sesuai untuk laman jualan dan bukannya seratus peratus tepat untuk menilai prestasi blog. Ianya perlu dianalisis bersama dengan tempoh masa pelawat , conversion rate, dan yang paling penting kemana mereka bounce!

27 thoughts on “Bounce Rate Blog Saya Tinggi, kenapa Saya Okey?”

  1. Baru ku tahu yang bounce rate ni ada pro dan kontro.

    “..bounce rate berlaku bila mereka masuk ke satu page di blog kita, dan tidak ke page yang lain. Disitulah landing page, disitulah exit page.”

    Visitor jenis mcm ni dipggil hit & run, lps baca apa yg dia dpt, dia blah.
    Nak tanya, jangka masa seseorang dlm sebuah page/blog pengaruhi bounce rate tak?
    Ikhwan´s last blog post ..Ada Apa Dengan iPad 2

  2. Salam Zuls,

    Bagi pemain EC, Bounce Rate memang tinggi. Tapi memang okay je. Bounce rate tinggi, main EC alexa boleh rendah. hehe

    EC ada yang komen jenis touch n go, tapi dari EC jugaklah dapat pelawat setia, silent readers yang baca lama, sebab dari tak kenal maka kenal. Just bayangkan bila selalu terflash laman blog tu hari2, dari beratus2 yang kita kunjung hari2, musti ada yang terlekat. dari situ kenapa rasanya EC masih ada relevant, walaupun hasilnya bounce rate tinggi.

    Untuk blog memanglah bounce rate tinggi, sebab aku tak pergi pun page lain, bila aku dah subscribe blog tu.

    Macam blog hang, aku landing sini, lepas tuu keluar gak dari sini, hehehe. Ehhh bila komen ni klik “post comment” kira bounce ke tak bounce,

    Terima kasih atas perkongsian : )
    Incik RestNrilekS´s last blog post ..Apple IPad 2 – What I think About You

    1. salam rizal,

      kalau EC, memang style drop and run. Lagi banyak drop lagi banyak point untuk advertise. Cabaran dalam EC ni ialah, macammana nak orang yang drop klik dekat mana-mana entry. Memang agak susahhh. Kalau style drop and run kat EC tu memang menghabiskan bandwidth (blog self-host)

      Pasal baca blog. Aku pun habit sama.Jadi silent reader, baca pastu keluar. Tak komen, especially kalau blog tu dah banyak komen.

      Soalan last tu tak dapat jawab – susah soalan tu. tapi google analytics indeks juga comment page. Mungkin sekali tak detect sebagai bounce. Wallahualam

Leave a Reply