Buffet Ramadhan? 3 Sebab kenapa tak pergi buffet Ramadhan.

Buffet Ramadhan, seakan-akan begitu sinonim dengan bulan Ramadhan. Hotel-hotel dan restoran di Malaysia sibuk dengan promosi buffet Ramadhan, Keyword Buffet Ramadhan juga hangat di kalangan blogger-blogger malaysia, Maklumlah ramai orang cari. Apa yang menarik dengan buffet ni, kita bayar pada harga yang berpatutan, dan makan selagi boleh. Dah namanya buffet.

Artikel ini bukan untuk promosi buffet Ramadhan, cuma nak bercerita sahaja tentang kenapa buffet Ramadhan bukan lagi pilihan saya. Antara sebab-sebab kenapa buffet Ramadhan tak berapa saya gemari ialah:

  1. Makanan banyak sangat – Memang best tengok makanan banyak, yang tak bestnya ialah, ikutkan hati nak makan banyak. Tapi tak larat la pula. Kecewa.
  2. Masa kurang – Masa sangat kurang untuk ke buffet Ramadhan, kalau hujung minggu dah berbuka di rumah mertua. Kalau hari kerja lagilah tak sempat. Masa untuk buffet juga tak banyak, dah buka puasa, berkejar-kejar sembahyang maghrib, macam rushing la pula rasanya.
  3. Harga mahal – bukan maksudnya harga makanan tu mahal, memang murah lah tu sebab boleh makan banyak-banyak tetapi , sebab tak larat pun nak makan banyak-banyak jadi memang jadi mahal lah, sebab makan sedikit, bayarnya banyak.

Kalau syarikat buat buka puasa di Buffet Ramadhan, saya biasa join juga walaupun bukan pilihan, sebab itukan dah aktiviti syarikat. Kalau sendiri pergi, mungkin tidak kot.

Apa pendapat korang yang membaca pula? Suka pergi buffet Ramadhan?

p.s teringat waktu awal-awal kerja, pergi ke Buffet Ramadhan beramai-ramai.

 


5 thoughts on “Buffet Ramadhan? 3 Sebab kenapa tak pergi buffet Ramadhan.

    • makan ramai-ramai best, yang tak bestnya, makan banyak tak larat. Kalau dulu maybe rasa rugi tak pegi yang free, sekarang ni takde rasa sangat =). Kalau pegi mungkin atas urusan rasmi sahaja.

  1. Ahad lepas pergi buffet kat Cyberjaya, gathering dengan kawan-kawan masa kat universiti dulu. Makanan memang sedap, tapi bila dah minum air masa berbuka, terus perut kenyang. Nak makan banyak pun tak larat.

    Buffet best kalau yang pergi tu selera besar, so tak la rasa rugi bayar mahal.
    zharmin´s last [type] ..Rezeki Ramadhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge