Cara tambah follower twitter pula
Cara tambah follower twitter telah pun saya terangkan dalam post yang lama saya berkenaan dengan cara untuk dapat twitter follower, iaitu menggunakan kaedah promosi, bersosial di twitter dan juga dengan cara menggunakan sistem.
Apa yang menarik dengan kaedah ini ialah anda tidak perlu mempunyai blog yang popular, anda tidak perlukan blog pun sebenarnya, anda cuma tumpang populariti blog orang lain. Kaedah yang saya bagi kali ini ialah dengan gabungan kaedah promosi dan juga kaedah sosial.
Cara tambah follower melalui komen
Untuk cara ini berjaya, anda perlu melawat blog wordpress yang membenarkan anda meninggalkan twitter account seperti blog saya ni dan blog ariffshah. Cuba lihat dibahagian komen tu kan, ada ruangan untuk tinggalkan twitter account.
Eh bagaimana pula tu? Jawapannya terletak pada promosi percuma dan juga berkenalan dengan komenter yang lain.
Promosi Percuma
Dengan meletakkan akaun twitter anda diruangan yang disediakan,
- besar kemungkinannya pemilik blog akan follow anda.
- Kalau pemilik tak follow pun, mungkin pengomen lain akan follow juga.
- Kalau semua tak follow pun sekurang-kurangnya mereka pernah lihat akaun twitter anda. Ini dipanggil awareness.
Kaedah Sosial
Dalam kes ke tiga diatas, kalau orang taknak follow, selain daripada awareness kita perlu follow mereka yang lain terutamanya pemilik blog. Follow sahaja tidak cukup, anda perlulah tweet kepada mereka sepatah dua. Tegur-tegur mereka di twitter supaya lebih rapat. Sebelum ini cuma saling berbalas komen di blog, sekarang medan perbincangan berpindah ke twitter pula.
Khas untuk blogger wordpress
Untuk blogger yang menggunakan wordpress self host pula mereka boleh melebarkan network twitter dengan cara follow pengomen-pengomen mereka dan mula bertegur sapa. Ini adalah salah satu cara untuk menghargai pengomen-pengomen di blog. Syaratnya anda kenalah guna plugin yang sesuai. Saya gunai plugin Twitterlink Comments.
Ok itu sahaja tips kali ini, semoga berjaya ya!
…
psst.. kalau tak biasa dengan wordpress, akademi denaihati ada mengadakan bengkel wordpress. Anda boleh dapat ebook SEO percuma keluaran ariffshah , domain dan hosting, dan pelbagai lagi. Modul asas untuk twitter juga dengar khabarnya akan diajar sekali. Maklumat Lanjut disini
sekalipun mereka tak follow, tp dpt memberi awareness pun dah cukup baik kan. At least mereka tahu kewujudan diri ini.
kimmie´s last [type] ..Santai: Team Lunch di Restoran Kokopelli
betul tu.. yang penting nama kita ada dimana-mana , lagi selalu orang lihat lagi familiar orang tu dengan apa yang mereka lihat
Pingback: 7 Perkara Yang Boleh Buat Sekarang Dengan Twitter | Zulseffort
salam, sebelum ni sy pernah install plugin ni..kemudian trpaksa delete semua plugins sbb ade problem kat blog..dan terlupa nak install semula. ni nak install baliklah
Ummi Hanie´s last [type] ..Kisah lucu roti pong
elok install balik. Mudah nanti nak bina komuniti.
Hehehe, sy nak wat cpt² xleh, la dok tggu approval dr GAMUS…
dah buat?
nak cuba letak kat blog saya jgk lah..
azri´s last [type] ..Antaramuka Baru Laman Laku.my Bakal Diperkenalkan
thanks follow sy ye bro zuls!
no problem muaz
saya dah lama juga buat blog tapi tak aktif sangat. Sekrg baru cuba2 nak bertweet and join churp churp. Tapi mcm susah beno nak faham caranya. sudi2 lah bantu dan follow twitter saya ye…hi…hi…