Bounce Rate Blog Saya Tinggi, kenapa Saya Okey?

Akhir-akhir ini heboh juga beberapa blogger hebat yang menceritakan tentang Bounce Rate yang tinggi. Tambah pula selepas blogger famous denaihati start the ball rolling, apabila membincangkan mengenai bounce rate di blog beliau, dan meletakkan syarat bounce rate sebagai salah satu syarat untuk menang contest iPad 2 di blognya sejajar dengan plan 100 harinya dalam blogging.

Bounce Rate tu apa?

Mengikut kefahaman saya berdasarkan pembacaan, bounce (lantunan) berlaku apabila pelawat datang ke website kita dan singgah di page pertama yang mereka jumpa (Landing Page / Entry Page) dan keluar tanpa pergi ke page yang lain di blog kita. Ada juga kemungkinan mereka berada di page tu sampai sehingga session timeout , mungkin mereka klik link dari blog kita ke website lain (Outbound Link) , mungkin juga mereka klik iklan, dan mungkin juga mereka terus pangkah sebab bosan dengan blog post kita.

Saya tertarik dengan post Kak Jie yang mengatakan masa pelawat berada di blog lebih menjadi ukuran berbanding bounce rate. Saya setuju, kerana tidak mengapalah kalau pelawat tak visit page lain pun, kalau blog post tu mereka betul-betul baca.

Ramai blogger yang risau berkenaan dengan bounce rate yang tinggi padahal jika bouncing rate tinggi tidak semestinya blog tidak bagus. Saya kongsikan beberapa maksud positif disebalik bounce rate yang tinggi . Continue reading

Ada ke orang nak subscribe?

Assalamualaikum wbt.

Bismillah.

Entri ini adalah berkenaan dengan email marketing. Bukan marketing sangat pun sebenarnya. Cuma dua tiga hari ni ada perasaan yang agak membuak-buak untuk mempunyai mailing list sendiri, bukan mailing list macam dalam yahoo group atau google group, bukan juga mailing list yang dikumpul dengan cara forward email atau kumpul email pengomen blog tanpa kebenaran. Bukan  macam tu. Macam tu tak beretika namanya. Apa yang dimaksudkan dengan mailing list kat sini ialah, mailing list yang  menggunakan sistem autoresponder seperti aweber dan juga norabots. Bukan macam spam maybank2u yang berlambak-lambak di email yahoo. Mana ntah dia dapat email saya? Continue reading

Ebook Duit Twitter oleh Wanmus [Review]

Assalamualaikum wbt.

Terlebih dahulu, tahniah diucapkan kepada wanmus atas pelancaran ebook terbarunya, Jana Wang Percuma melalui twitter dan ChurpChurp. Buat duit dengan twitter sekarang sudah menjadi trend di Malaysia terutamanya selepas ramai yang dapat cashout dari ChurpChurp. Saya sendiri tengah menunggu cek yang ke tiga.

Dengan pelancaran ebook ini , saya menjangkakan ‘industri’ buat duit melalui twitter dikalangan twitterer Malaysia akan lebih meriah.

Saya sudahpun membaca ebook tersebut dan ini adalah review saya dan ada offer menarik kepada anda dihujung post.

Continue reading