HIDUP SEORANG BLOGGER – Bagaimana dengan Mati? ( @denaihati)

Contest HIDUP SEORANG BLOGGER, seperti yang saya bagitau pada awal post, memang tajuk yang saya minat. Macam-macam boleh ditulis. Kalau bukan ada komitmen lain, setiap hari boleh tulis . Bercerita mengenai HIDUP SEORANG BLOGGER memang seronok. Ianya berkaitan dengan impian, berkaitan dengan kehidupan, tambah pula bila 69 peserta lain turut berkongsi. Tahniah bro denaihati kerana tajuk yang memberi inspirasi.

Bercerita mengenai kehidupan blogger, memang banyak point menarik yang ada. Namun pada post ini, post wajib ke dua, saya cuma ingin berkongsi perkara yang saya rasa sangat penting  untuk panduan saya sendiri dan mungkin juga kepada anda yang membaca post ini.

Menulis mengenai kehidupan blogger memanglah menyeronokkan. Trafik yang tinggi, komen yang banyak, gaya hidup yang sempoi, duit masuk – kan seronok tu. Bila seronok kita mudah tenggelam dalam keseronokan. Ibarat percintaan sesetengah remaja, asyik bercinta , halal haram apa peduli, sampai terlanjur pun ada, dah terlanjur, termengandung pula, dah termengandung, malu pula,  bayi yang tak berdosa pula dibuang begitu sahaja. Eh, Apa yang sampai ke situ pulak si Zul ni??

Sebenarnynya sama sahaja walaupun mungkinlah tak seteruk itu. Dengan blogging pun, seronok nak dapat trafik, lupa halal haram, semua main letak kat blog, terlanjur dalam penulisan, dapat duit blog buat beli makanan. Kalau hidup sebagai blogger lupa halal haram macammana dengan mati?

Pastinya blogger terdedah dengan fitnah.  Kalau dulu mesyuarat tingkap dan tangga, sekarang ini pun ada juga. Post sebagai pemula, komen-komen sebagai “a ah la, betul kau cakap, aku sendiri pun ada nampak dia tu…. “. Kalau hidup membawa fitnah macammana dengan mati? Akhirat nanti bila dituntut cukup ke nak bayar?

Namun begitu apa yang kita buat ada peringkat-peringkatnya, buat dosa pun ada peringkat-peringkatnya, mula-mula konon menegur, kemudian mengata, lepas mengata dihebohkan pula, dah heboh bergaduh pula. Saya ada dengar dalam radio IKIM tempohari berkenaan dengan peringkat-peringkat buat salah. Jadi sebagai blogger kalau ada buat salah , kita berhenti sebelum parah.

Anda semua boleh ulas panjang lebar pasal ni,  saya pasti semua orang sudah tau pasal halal haram, baik buruk. Cukuplah pendek sahaja. Biar pendek asal bermakna.

Menulis berhati-hati,

Tulisan lambang peribadi,

Cermin kepada diri,

Tanda buruk budi,

Tanda elok pekerti.

Bukan ustaz  bukan mufti,

Bukan mengajar  cuma berkongsi ,

Sama menjaga hati sendiri,

Yang hidup pasti mati,

Yang mati akan diadili.

Selamat menyambut hari-hari terkahir Ramadhan kali ini. Semoga kita untung tidak rugi. Sama-sama mencari Redha Ilahi.

* ini adalah scheduled post , ada @denaihatikat topik tu adalah sebagai cara untuk memberitahu beliau di twitter, yang post wajib ini sudah di publish.

Teringin beli perabot jualan murah – Hidup Seorang Blogger

Kadang-kadang dalam hidup ni kita ingin merasa hasil daripada apa yang kita buat. Saya sudah setahun hidup sebagai seorang blogger “jarang-jarang” dan baru sahaja berjinak-jinak dengan program buat duit twitter.

Adalah dapat sikit income dari twitter, dari blog? Ada sebelum ni dengan cara menang contestlah. Sekarang ni Hidup seorang blogger contest pula, kalau menanglah hehe <mimpi jap! haha> . Kalau betul-betul ikut income dari blog mungkin takdelah buat masa ni. Kalau dari twitter Alhamdulillah, adalah rezeki sikit-sikit.

Biasanya duit online memang habis untuk perkara online sahaja, advertising, beli ebook, renew domain di jomhosting dan godaddy, sewa hosting dan perkara-perkara yang berkaitan. Biasanya dapat jer duit saya akan start cari ebook untuk dibeli, start nak test advertising dan sebagainya. Kais pagi makan pagi. Ada rezeki terus beli.

Tengok pada post kak yanmie, terdetik juga kat hati, nak beli benda yang boleh dipegang, boleh diguna pakai, boleh dibawa kemana-mana, boleh di drive dengan bergaya, boleh didiami (haha.. cita-cita harus besar!) , walaupun sekarang ni setakat lepas beli ebook je, dan maintain domain dan hosting je.

* Ah! Zul berhenti !  Balik kepada realiti ..

Target saya sekarang ni tak besar, nak target beli meja, beli rak buku, beli kerusi yang best sikit guna hasil dari blog dan twitter, barulah hidup sebagai blogger dan twitterer lebih bermakna. Beli perabot untuk tempat buat kerja – mesti semangat ! Eh?  Tak lupa juga beli hadiah untuk orang tersayang. Alah perabot bukan yang mahal-mahal pun, yang jualan murah  pun okay. Yang kat NAZA, bangi pun menarik juga. Sebelum ni pernah beli kat cavenzi bukan hasil dari duit twitter atau blog. Sebut pasal jualan murah dengar cerita jualan murah ni SCAM. Nak kena hati-hati juga. Sebut pasal cavenzi banyak orang kata cavenzi ni problem!

* Ini adalah scheduled post, komen akan dijawab bila free :)  

Hidup seorang SEO blogger lebih best

Jumpa lagi dalam siri Hidup seorang blogger bersempena dengan Contest Hidup Seorang Blogger anjuran denaihati. Contest kali ini memang menarik dengan kehadiran adsense player , niche blogging player dan blogger-blogger hebat.  Kenapa menarik? Sebab diorang ni memang tahu bab-bab SEO dan diorang memang pandai dalam bab-bab niche blogging. Dengan mengikut jejak langkah mereka, banyak yang saya boleh belajar sebenarnya. Mereka-mereka ni memang dah tahap jana pendapatan .

Hidup sebagai blogger SEO lebih best berbanding dengan tanpa SEO. Kenapa? Ada dua sebab – (1) trafik dan (2) pagerank.   Penting kepada adsense player , penjual link tegar . Okey, bercakap pasal trafik, trafik dari search engine memang berbaloi-baloi kalau dapat pegang satu-satu keyword yang menguntungkan. Semua sudah tau, banyak trafik  banyaklah income. Manakala link yang ada PR pun besar besar juga nilainya.

Saya ni cakap macam saya player SEO pulak.  Saya cuma berkongsi kefahaman setakat yang saya belajar dengan pelanggan sewaktu ambik job commenting awal tahun lepas dan melalui beberapa ebook yang saya baca.  Nak cerita lebih-lebih pun malu dengan Mr. Maliq, malu dengan rezamohyin, malu dengan wanmus, dan malu kepada yang lain-lain termasuklah anda yang terer dan rajin.

Penyertaan player-player SEO ni sudah tentu lagi memberi inspirasi kepada saya untuk berusaha menjadi SEO blogger juga. Haha, keadaan sekarang? Nak target tempat ke 10 tak berani sekarang ni, yang ada cuma keinginan untuk belajar lagi dan lagi.

*Ini adalah scheduled post, owner blog tengah kejar dateline