Satu Sebab Untuk WordPresskan blog berbahasa Inggeris

Saya ada dua tiga micro niche blog dalam bidang – bidang tertentu. Sekarang ini untuk menjimatkan kos, kebanyakan blog tersebut dibuat di platform blogger. Ya lah kan, jimat. Free tanpa kos. Tambah-tambah kalau blog adsense.

Namun begitu, ada satu sebab yang agak kuat untuk tukarkan sebahagian blog tersebut ke platform wordpress Self – host.

Berikut ialah excerpt daripada salah satu requirement untuk dibayar bagi review (diambil dari salah satu program buat duit) :

You must own the website/ blog and it must be at least PR 3 in order to complete this task. No forum posts or article websites. It must be a valid TLD (com, net, org, etc). No gambling, warez, porn, illegal, or questionable type of blogs. No free hosted blogs on wordpress.com, blogspot.com, etc. Free TLDs such as .co.cc will not be acceptable. No blogger, web 2.0 sites, etc. No pop up advertising is allowed on your website as I will not rate as satisfied. The site must be in English only and you must have reasonable written English to undertake this task.

Still considering untuk menukarkan beberapa blog-blog yang saya ada ke blog wordpress selfhost. Kena tengok budget dan potensi ROI dulu.

Saya Mahu Lagi Banyak Tips dari Zulseffort.com

Dulu waktu saya baru buat blog, dan menjadikan twitter sebagai niche utama saya, ramai yang minta tips itu dan ini. Mereka mahukan lagi banyak tips yang mantap.

Saya mahu lagi banyak tips dari Zulseffort - kata mereka.

Ada yang mahukan tips duit twitter, ada juga yang nak tips cara-cara guna twitter dengan berkesan,ada yang tanya kaedah marketing. Malulah juga saya untuk menulis tips-tips tersebut. Bukan apa, saya ni bukan terer menulis. Kalau saya sendiri tak puas hati dengan gaya penulisan, dengan ayat yang saya pakai, saya memang tak publish. Saya personally tak kesah sangat pasal typo. Janji isi penting saya sampai. Kalauler penulis sendiri tak faham apa yang dia tulis. Parah tuuuu.  Pernah kena tegur ngan dua orang kawan baik, pasal tulisan saya terlampau kompleks nak difahami. Continue reading

Buat duit dengan adfly


adf.ly - shorten links and earn money!

 

 

Kali ini saya ingin berkongsi dengan tentang satu program buat duit dengan link. Iaitu program buat duit dengan adfly. Program buat duit dengan adfly ni mudah sahaja. Kita shorten link yang hendak dikongsi di adfly dan kongsi link pendek tersebut dimana-mana sahaja. Samaada di blog, twitter, facebook, tumblr dan mana-mana sahaja yang boleh dikongsi.

 

Pendapatan Passive dengan Adfly

Berbeza dengan churpchurp social sharing, adfly lebih bersifat passive, maknanya kalau kita letak link sekali sahaja di blog, selagi orang klik link tu selagi tu lah kita dapat duit. Kalau churpchurp social sharing, bila budget advertiser dah habis, kita kena cari iklan lain untuk dikongsi. Post kali ini bukan nak membezakan antara adfly dengan churpchurp, perbezaan antara adfly dan churpchurp social sharing disimpan utk post lain.

Sebenarnya saya dah lama join adfly, tapi tak main sebab waktu tu saya lebih fokus kepada program-program seperti sponsoredtweets, adly, magpie, mylikes, churpchurp dan yang sewaktu dengannya. Terasa gak silapnya disitu. Padahal passive income lagi berbaloi sebab buat kerja sekali jer, dapatnya mungkin berkali-kali.

Join Adfly – Jom! Selepas tu jangan lupa teruskan membaca.  Continue reading