Sudah tentu ramai antara anda yang telah menyertai program seperti churpchurp, Zuvvu, Says.my dan lain-lain program pengiklanan. Ramai yang dah cashout, dan ada juga yang belum cashout. Apa yang saya perhatikan ramai antara kita yang mengira berapa banyak lagi nak cashout, berbanding berapa klik yang diperlukan untuk cashout. Sedangkan bilangan kliklah yang lebih utama. Dengan mengetahui bilangan klik, maka mudah untuk kita membuat perancangan atau strategi untuk cashout. Dalam post ini juga ada disediakan contoh pengiraan bagi program-program pay per click pengiklanan media sosial.
Formula mengira bilangan klik yang diperlukan untuk cashout
Untuk mengira berapa banyak klik yang diperlukan, sebenarnya sangat mudah. Ikut sahaja formula di bawah ini:
Pendapatan = Jumlah klik x pendapatan per klik
Jumlah klik = Pendapatan / pendapatan per klik
Contoh Pengiraan
Untuk contoh pengiraan adalah seperti berikut. Bagi pengiraan ini , saya mengambil nilai minimum atau nilai yang biasa ditawarkan oleh iklan-iklan di program-program media sosial yang diberikan. Perlu diingatkan bahawa pengiraan hanya untuk bayaran berasaskan klik bukan untuk Social Seeding ChurpChurp atau Cashback Offer dan Pay Per Task Zuvvu.
ChurpChurp Cost Per Click
- Cashout Threshold = RM100.00
- Pendapatan Per klik = RM0.20
- Jumlah Klik = RM100 / RM 0.20 = 500
Zuvvu Ads ( Update: Zuvvu komen dibawah ini nilai akan ditambah - $0.05 to $0.20 ads)
- Cashout Threshold = USD5
- Pendapatan per klik = USD0.03
- Jumlah Klik = 5.00/0.03 = 166.66
Adfly (Banner Ads rate dari Malaysia pada 12 Januari 2012)
- Cashout Treshold : USD5
- Pendapatan untuk 1000 View = $0.35 , maka Pendapatan perview = $0.00035
- Jumlah Click Utk Cashout = 5/0.00035 = 14285.71
Adfly (Raw Interstetial Ads rate dari US pada 12 January 2012)
- Cashout Threshold : USD5
- Pendapatan utk 1000 View = $2.87 , maka pendapatan per view =0.00287
- Jumlah Click untuk cashout = 5/0.00287 = 1742 klik
MyLikes ( bukan minimum, tetapi offer yang biasa ditawarkan disana)
- Cashout Threshold: USD2
- Pendapatan Per Click : USD o.007
- Jumlah Click : 285
Pemerhatian Ringkas
- Program program pengiklanan mempunyai cashout threshold dan pay per click yang berbeza-beza.
- Tidak semestinya program yang mempunyai cashout threshold yang lebih rendah, lebih senang untuk mencapai jumlah minimum untuk cashout. COntohnya, Mylikes memerlukan 285 Klik untuk USD2, sedangkan Zuvvu memerlukan hanya 167 klik untuk USD5.
- Memandangkan setiap satu mempunyai jumlah klik berbeza, maka kita bolehlah memilih program mana yang hendak ditumpukan dan apa medium sesuai untuk tujuan mendapatkan klik tersebut sesuai dengan ‘nature’ program tersebut.
Walaubagaimanapun ini cuma contoh berasaskan payperclik sahaja, kerana kita tau program-program ini mempunyai insentif yang lain, churpchurp ada lebih banyak peluang jana pendapatan seperti Social Seeding , Pay Per Deal dan Bonus Wednesday. Zuvvu mempunyai program lain seperti Task Offer, dan Cash Back Offer. Adfly pula mempunyai strategi permainan yang jauh berbeza berbanding yang lain kerana ianya merupakan sharing link, bukannya sharing ads program.

