Artikel Pertama di Bukisa

3 basic ways to find twitter followers

One of the challenge for newbies to use twitter is to search for followers. Outline here is three basic way that can be used by newbies to get followed.

This article briefly explained about 3 basic way to find twitter followers.

Content Source: Bukisa3 basic ways to find twitter followers

Begitulah bunyinya summary artikel pertama saya di Bukisa.  Artikel tu adalah versi bahasa Inggeris daripada 3 cara asas cari twitter follower,  isi pentingnya lebih kurang sama tetapi isi-isi sampingan ada sedikit yang berbeza.

Kelakar juga, saya baru sahaja menulisa artikel di Bukisa walaupun saya mula tahu mengenainya pada awal tahun lepas lagi.  Mula-mula dapat tahu pasal Bukisa ni dari Rajakamil,  seorang Internet Marketer tempatan.

Apa yang menarik tentang Bukisa ni ialah kita dibayar berdasarkan berapa ramai orang yang melihat artikel tersebut. Maknanya kalau artikel kita betul-betul bagus dan ramai pembaca, sudah tentu kita akan mendapat lagi banyak duit.

3-basic-ways-to-find-twitter-followers

dapatlah satu sen dari 2 view

Saya menulis ini pun suka-suka juga sambil-sambil test berapa duit boleh dapat dari Bukisa ni sambil-sambil menyahut cabaran bro @talrasha2007 untuk menulis artikel bahasa Inggeris.

Oh Bukisa juga bukan sekadar untuk artikel, boleh kongsi slide dan video juga.

Okey, alang-alang dah join Bukisa ni, saya pun ingin menjemput kawan-kawan semua untuk join Bukisa ni juga. Kepada yang dah sertai tu, jangan lupa jadi kawan saya di Bukisa.

——-

zulseffort – walaupun dah tau lama, saya belum lagi explore Bukisa ni betul-betul. Kalau dah betul-betul faham, bolehlah saya buat review.

Goojje melawan Google?


Pernah dengar pasal isu Google dan China? Pada pertengahan januari Google yang tidak bersetuju dengan polisi censorship kerajaan Cina, mengancam untuk mengangkat kaki dari China.

Jadi apa reaksi China?  China yang terkenal dengan kebolehan mereka meniru produk, kali ini membuat site yang seakan-akan Google.  Goojje namanya. Tengok logo kat sebelah,  hampir sama kan?  Goojje dibuat dengan memenuhi polisi censorship kerajaan China.

Google dalam bahasa cina bermaksud abang sulung , manakala Goojje bermaksud kakak sulung.  Google dah ada adik beradik lain ibu lain bapa.

Mungkin akan ada isu copyright dan patent yang akan menjejaskan operasi Goojje. Namun, isu ini menunjukkan kekuatan negara China. Tentu kawan-kawan tahu yang negara China diramal bakal menjadi satu kuasa besar ekonomi kan?

Oh. Ada cuba search “zulseffort.com” di Goojje.com

Aha! Tengok tu, blog ni diindex di Goojje.  Dalam result tu siap ada nilai Pagerank (PR) lagi.  Google PR atau Goojje PR?

Tadi ada borak-borak dengan kawan-kawan ofis pasal Goojje ni.  Seorang kawan bagi pendapat , “China memanglah  kuat bro, jumlah penduduk kat China pun dah separuh dari planet ni, China dah dikira satu panet lain dah! ”

zulseffort – [1] Ada sesiapa boleh translate tagline yang ada kat bawah logo Goojje?