Bangun Pagi 1 Januari 2012 dan Tanam Azam

Salam semua. Semoga sihat sejahtera. Hari ini hari pertama tahun 2012. Salah satu deklarasi untuk berubah ialah apabila kita cuba bangun pada awal pagi. Mulakan berfikir perkara yang positif dan memulakan langkah pertama untuk menunaikan azam tahun baru.

Langkah Pertama Biar Positif

Mulakan langkah pertama dengan apa sahaja, mungkin dengan menyegerakan mandi pagi, mungkin dengan makan makanana berkhasiat, mungkin dengan mengucapkan selamat kepada suami atau isteri. Apa-apa sahaja yang positif!

Kalau ada azam yang lama yang belum tercapai. Tidak mengapa. Cari sebab mengapa azam tidak tercapai, tentu ada rahsia disebaliknya. Lagipun manusia merancang selaku hamba, Allah Taala jua yang menentukan. Perancangan Allah itu adalah lebih baik. Cari rahsia yang tersembunyi.

Tanam Azam Jangan Serik

Jangan serik untuk tanam azam baru atau perbaharui azam. Mempunyai azam adalah jauh lebih baik daripada tiada apa-apa azam.

Dalam menanam azam, biarlah tanam azam untuk keluarga, untuk agama untuk kewangan, untuk pembangunan diri dan juga kesihatan.

Tukarkan Azam Kepada Objektif yang SMART

Daripada azam yang ada, bolehlah di terjemahkan kedalam bentuk objektif atau goal yang SMART.

Tukarkan

“aku ingin kurus kepada, aku ingin turun _______ kg dalam masa _____ . ”
“aku ingin jadi blogger hebat kepada aku ingin dapat trafik ______ setiap hari” Aku ingin dapat ________ retweet untuk setiap post” ” Aku ingin menulis sebanyak______ post setiap _________ ”

dan lain-lain lagi.

Azam biarlah diterjemahkan kedalam bentuk tujuan yang Specific , Measurable, Achievable, Realistic dan Timely.

 

Semoga apa yang ingin dicapai pada tahun 2012 dipermudahkan. Kalau belum tanam azam, cepat tanam segera, kemudian barulah boleh dibaja dan disiram supaya tumbuh subur dan mencapai target yang dikehendaki.

Memandang Ke Belakang

Jangan pandang belakang tu cerita hantu, tiada kaitan dengan entri ini. Entri ini entri personal. Tiada kaitan juga dengan buat duit twitter.

Entri ini bertajuk melihat kebelakang. Entri ini menggunakan kanta ganti nama aku dan lebih bersifat keakuan.

Aku memandang kebelakang dengan lebih kerap apabila seorang sifu (dalam programming) , berkongsi perkara yang menarik.  Katanya jangan sia-siakan usaha. Sebenarnya banyak yang kita dah tahu tapi kita rasa kita belum tahu. Katanya-katanya walaupun ringkas, menyebabkan aku terfikir- betul juga, dan aku dalam masa sunyi memandang kebelakang mencari ilmu yang hilang.

Bila melihat kebelakang banyak yang aku nampak, melihat balik kerja-kerja atau contoh program yang telas aku tulis pada masa lapang samaada secara suka-suka atau untuk menyiapkan project final year. Terdetik dihati, “Ish rupanya banyak juga yang aku tahu, tapi aku tak guna betul-betul skill ni” . Aku ni rupa-rupanya tak sedar yang aku tak bersyukur. Banyak dah tau tapi tak digunakan balik.

Aku cuba lihat segala pencapaian yang telah dicapai. Dalam kelas, dalam pergaulan dengan rakan-rakan, dengan ahli keluarga. Banyak yang telah dicapai yang mungkin ada pada ketikanya dulu aku tak percaya boleh mencapainya. Pelik tapi benar. Sebenarnya aku mempunyai potensi untuk berjaya. Bukan kecil , tapi sangat besar. Tekniknya sama sahaja macam dulu, tapi aku dah lupa tekniknya.

Antara yang menarik perhatianku ialah bila aku belajar matematik pantas dulu, tingkatan tiga, kawan yang ajar . 25 x25 = 625, 95×95 = 1025 dan banyak lagi , semuanya dengan pantas. Oh, banyak teknik yang aku dah lupa. Aku juga dah lupa bahasa isyarat  tangan yang aku belajar dulu. Sayang sekali.

Aku memandang kebelakang, aku tengok ada banyak peristiwa buruk yang berlaku tetapi hasilnya baik. Aku pernah dituduh hisap rokok, menyebabkan aku meninggalkan sekolah tersebut ke sekolah lain kerana aku malas nak melawan.  Sekolah baruku pula lebih baik dari sekolah lama. Pelik, tapi sebenarnya tiada yang pelik.

Dengan memandang kebelakang, aku lihat semuanya bagai diatur-atur, pengetahuan yang aku ada, jalan hidup susah senang yang aku lalui semuanya memang diatur-atur. Siapakah yang mengatur?

Aku pandang kebelakang dan aku dapati banyak yang boleh aku lihat.  Kalau boleh aku nak tulis semua, tetapi fikir-fikir balik tak perlulah kot, kerana setiap orang pun boleh memandang kebelakang. Aku boleh, kamu pun boleh, dan kamu akan lihat ada baik dan ada buruk, tengoklah pada yang baik kerana ada manfaatnya disitu, tengoklah yang buruk kerana ada pengajaran berharga disitu.

Memandang  kebelakang menyebabkan aku ingin memandang kedepan dengan penuh harapan, kerana aku tahu ada jalan yang telah disediakan.

Ah! sampai kesini pula, padahal sifu aku ajar hal berkaitan programming.  Dan konsep yang paling sesuai dengan programming ialah reusability dan Dokumentasi. Reusability – panggil sahaja code yang dah ada untuk digunakan dalam program lain. Dokumentasi – dokumenkan program dengan komen dan format sesuai supaya boleh guna lagi pada masa akan datang.

note: Semalam aku tengok anak buahku yang baru belajar berjalan. Setapak demi setapak, jatuh bangun lagi, menangis jarang-jarang. Membuatkan aku kembali sedar, yang sama macam dulu aku kena buat step by step.  Biarlah orang ketawakan kalau aku merangkak, kerana aku tahu pada sedikit masa lagi aku akan bertatih, berjalan, kemudian aku akan berlari!