Penat..

Penat selepas travel minggu lepas. Sebelum travel tu pula ada kursus, kursus pula siap ada tugasan kena pulun malam-malam. Sebelum kursus ada dateline kena kejar. Jadi blog pun terabailah sekejap.

Memang saya penat, tapi penat ada manfaat. Cuma tu lah, cadang nak rehat sekejap, cukup rehat saya bayar balik ‘hutang’ di blog ini terutama kepada pemenang, peserta contest dan penaja contest disini. Kepada dua orang sahabat blogger yang ingin taja contest di blog ini. Selepas bayar ‘hutang’ barulah saya anjurkan contest tu nanti ya.

Sekarang ni waktu menulis ni pun rasa macam badan nak demam. Memang betul-betul perlu rehat.

Apabila seminggu tidak online

Dunia bergerak pantas terutamanya dunia online. Lajunya lain macam selaju stream twitter yang follow banyak akaun orang lain.

Selepas seminggu tidak online banyak sebenarnya yang berlaku, tak terkejar dan sememangnya tak perlu dikejar kerana internet ini akan terus bergerak pantas akan sentiasa ada peluang. Berikut adalah beberapa perkara yang berkait rapat dengan aktiviti online saya sepanjang tidak online. Saya tulis sedikit sahaja, nak recall semua memang tak larat.

1. Menambahkan bilangan missed opportunities di sponsoredtweets

Pelik juga, setiap kali tidak online mesti ada opportunity dari sponsoredtweets. Waktu tengah aktif online tak berapa kerap pula opportunity dari mereka. Inilah yang dikatakan bukan rezeki.

2. Harga saham dan dividen EmpireAvenue merosot Continue reading

Saya Mahu Lagi Banyak Tips dari Zulseffort.com

Dulu waktu saya baru buat blog, dan menjadikan twitter sebagai niche utama saya, ramai yang minta tips itu dan ini. Mereka mahukan lagi banyak tips yang mantap.

Saya mahu lagi banyak tips dari Zulseffort - kata mereka.

Ada yang mahukan tips duit twitter, ada juga yang nak tips cara-cara guna twitter dengan berkesan,ada yang tanya kaedah marketing. Malulah juga saya untuk menulis tips-tips tersebut. Bukan apa, saya ni bukan terer menulis. Kalau saya sendiri tak puas hati dengan gaya penulisan, dengan ayat yang saya pakai, saya memang tak publish. Saya personally tak kesah sangat pasal typo. Janji isi penting saya sampai. Kalauler penulis sendiri tak faham apa yang dia tulis. Parah tuuuu.  Pernah kena tegur ngan dua orang kawan baik, pasal tulisan saya terlampau kompleks nak difahami. Continue reading