Simbah Asid – Guna twitter, facebook sebar maklumat terkini suspek

Sekarang ini heboh tentang simbah asid. Kalau tengok di twitter sekarang ni, Honda EX5 trending di twitter malaysia. Memandangkan rakyat Malaysia memang banyak menggunakan facebook dan twitter, jom sebarkan apa-apa maklumat berkaitan dengan perkara ini mengguna social media yang powerful ni untuk sebarkan maklumat. Tak juga lupa blog.

Dari blog kujie


Kepada semua harap berhati-hati. Semoga tidak menjadi mangsa seterusnya. Untuk mendapat update terkini di twitter bolehlah gunakan twitter search , atau boleh lihat di trending Malaysia di twitter. Ini kerana twitter lebih pantas daripada blog, blog ambil masa juga untuk diindex, dan post yang berada diatas tak semestinya paling update.

  • Klik untuk lihat tweet terkini  Twitter Search Simbah Asid
  • Dan ini pula maklumat  yang baru dapat dari twitter berdasarkan twitter trending Malaysia.

Maklumat daripada top tweet untuk Honda Ex5

Perhatian!!!Motor Honda EX5 WPV 4963 suspect simbah acid,information through Balai Tun Razak.Please alert everyone!Fri May 13 15:16:15 via ÜberSocial

Update: Mengikut Kujie maklumat mengikut tweet diatas adalah tidak betul.

Walaupun twitter, facebook cepat mendapat information tetapo haruslah juga  memastikan kesahihan maklumat. Alangkah bagusnya jika info yang sahih dapat disebarkan melalui akaun twitter , facebook atau blog rasmi pihak berwajib.

kredit juga kepada : Denaihati dan Yanmie

 

 

Krisis Mesir, Powernya Twitter, Blog dan Facebook

Krisis mesir yang terbaru ini membuka mata banyak pihak akan pentingnya blog , twitter , facebook dalam penyebaran maklumat dikala kecemasan. Saya betul-betul kagum dengan tindakan pantas pelajar-pelajar mesir untuk mewujudkan blog krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/ dengan kadar segera.

Begitu juga dengan kawan twitter saya @DyyaDizarchyang begitu cepat mengambil tindakan untuk membuat facebook page, menghubungi ‘web-web selebriti’ khususnya blogger-blogger yang prominent di Malaysia. Blog Post dari @ariffshahcontohnya mendapat retweet yang banyak dan menyebabkan informasi tersebar dengan cepatnya.

Celebrity & Influencer Tweets

Saya juga kagum dengan selebriti seperti @ImranAjmaindan @HanisZalikhadan lain-lain yang membantu menyebarkan maklumat. Ramai lagi selebriti lain yang saya percaya turut sama dalam penyebaran maklumat. Sebelum ini dalam kes Haiti contohnya , saya cuma melihat barat begitu cepat menggunakan teknologi untuk tujuan kebaikan seperti ini. Namun kali ini saya begitu terharu dan teruja melihat perkara sama berlaku dalam dunia internet tempatan.

Sejujurnya saya juga rasa sedikit terkilan kerana tidak dapat menulis dalam blog post lebih awal, tetapi terus terang cakap, nasih baik ada twitter. Bolehlah tolong sebarkan maklumat yang ada.  Namun begitu saya ini hanya orang kecil, bukan orang follow tweet saya. Less Impact bak kata orang. Dalam kes-kes sebegini sebenarnya adalah lebih berkesan para social media influencer terutamanya para artis dan para pimpinan politik kerajaan mahupun pembangkang , yang sudah tentu ramai pengikut setia bersama-sama menyampaikan maklumat dengan aktif. Satu tweet daripada mereka ini tidak akan sama dengan berpuluh-puluh tweet daripada orang kecil macam saya.

Akan tetapi, Walaubagaimanapun kecil pun pengaruh akaun twitter seseorang , tweet yang nampak biasa mungkin juga boleh tersebar luas disebabkan adanya rakan twitter yang retweet.

 

 

[Gambar] Twitter In Stream Ads di Hootsuite

Hari ni dah nampak twitter in stream ads di hootsuite. In Stream Ads ni dari pihak twitter, jadi sefaham saya, kita sebagai user tidak dapat buat duit dari sini. Okey layan gambar ini.

Iklan ini adalah dalam fasa testing dan hanya melibatkan hootsuite. Pihak twitter dalam blogpost mereka memberitahu:

During this testing period with HootSuite, we will experiment with where and when Promoted Tweets are shown in the timeline. Not all HootSuite users will see Promoted Tweets and those who do may see different Promoted Tweets in different places in their timeline. As with Promoted Tweets in search, we will display Promoted Tweets in the timeline when they are relevant. Similar to our Promoted Account recommendations, we use several signals to determine a Promoted Tweet’s relevance to a user, including the public list of whom they follow. We will expand the rollout only when we feel we’re delivering a high-quality user experience.

nota : Sudah tentu perkembangan ini akan memberi kesan kepada third party twitter advertising. Kesan positif dan kesan negatif.  Sama-sama kita tunggukan :)