Twitter trending adalah peluang untuk dapatkan trafik bagi sesiapa yang pandai mengambil peluang. Tidak perlukan kepandaian dan kebijaksanaan yang tinggi sebab kaedahnya mudah sahaja.
- Karang post berkaitan twitter trending tersebut dengan cepat, pastikan fakta berasas dan publish
- Tweet di twitter menggunakan keyword yang keluar di twitter trending
- Buat sedikit promosi berkenaan isu dalam twitter trending tersebut, cara yang paling mudah ialah gunakan twitter search untuk cari sesiapa yang bertanya, kemudian jawab soalan mereka. Boleh juga balas top tweet yang berkaitan dengan isu tersebut.
- Lihat Hasilnya – Viral Marketing in Action! Ramai yang akan melawat post anda.
Awal tahun, ada berita palsu berkenaan facebook bakal ditutup dan berita ini trending di twitter. Saya buat post yang mengatakan itu adalah hoax di blog saya yang lain. Dengan mengikuti teknik di atas langkah demi langkah, saya mendapat trafik yang tinggi untuk post tersebut. Cemerlang.
Semalam ada Twitter Trending TABOK SELENA di Twitter. Saya log masuk ke wordpress, tulis satu dua perenggan berkaitan tajuk. Cari maksud Tabok di kamus online indonesia. Baru sahaja ingin menekan butang publish. Tiba-tiba , dalam fikiran bertanya. “What is the value ?” Siap berfikir dalam Bahasa Inggeris lagi.
Jikalau setakat ingin menerangkan maksud tabok selena, satu tweet sahaja sudah mencukupi. Tidak perlu ulas panjang dalam satu post.
Memang boleh dapat banyak trafik dengan twitter trending, tetapi mesti juga fikir, nilai yang kita berikan kepada diri kita sendiri dan juga para pembaca. Tambahan pula, kalau memang betul-betul inginkan trafik dari twitter trending, lebih baiklah buat blog berkenaan dengan twitter trending sahaja. Tidak mungkin kering idea untuk menulis.