Contest Twitter Duit Raya USD1

Assalamualaikum wbt.

Terlebih dahulu selamat hari raya aidilfitri diucapkan dan saya memohon maaf zahir dan batin atas segala kesilapan. Bulan puasa yang lepas adalah bulan yang betul-betul sibuk. Pergi kerja pagi dan balik kadang-kadang sudah dekat waktu berbuka. Malamnya pula macam biasa lah bulan Ramadhan, macam orang lain juga, solat sunat tarawih dan tidur lebih awal supaya dapat bangun sahur. Masa untuk perkara lain sangatlah kurang, kalau nak ke buffet Ramadhan, memang tiada dalam perancangan langsung.

Waktu bulan Ramadhan yang lepas juga akaun twitter saya yang asal di curi orang dan ditukar kepada nama yang lain. Jadi saya buat akaun twitter yang baru dengan twitter handle yang sama @zulseffort. Macam bermula dari kosong balik. Apa yang menyedihkan ialah akaun twitter tersebut associated dengan banyak juga program pengiklanan twitter. Sesetengah program masih lagi berdasarkan bilangan follower dan follower twitter pada waktu itu adalah berjumlah lebih 4000.

Walaupun begitu, Alhamdulillah dalam tak sempat berbuat banyak benda tu, pendapatan daripada adfly semakin stabil dan kerja yang ditanggungjawabkan juga banyak siap. Pasal adfly, kalau ada rezeki setiap bulan dapat cashout adfly. InsyaAllah.

(Panjang pulakk… )

CONTEST

baiklah saya sebenarnya nak adakan contest twitter duit raya. Hadiahnya ialah Duit Raya USD1 untuk 5 orang pemenang. Caranya mudah sahaja.

1. Mesti ada akaun twitter dan facebook/email (untuk login ke RaffleCopter)
2. Follow akaun twitter baru @zulseffort(Wajib)
3. Retweet. Anda boleh retweet sekali sehari untuk tambah peluang kemenangan.
4. Pemenang akan dipilih oleh sistem Giveaway RaffleCopter
5. Anda juga perlu ada akaun paypal untuk tujuan penyampaian hadiah USD1 tersebut.

a Rafflecopter giveaway

Giveaway ini dikuasakan oleh RaffleCopter dan ditaja oleh blog Eyriqazz Vs Denaihati.

*Utk sebarang pengumuman sila rujuk bahagian komen

Sekali lagi saya ucapkan selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.


18 thoughts on “Contest Twitter Duit Raya USD1

  1. Pingback: Pemenang Hadiah Contest Twitter Duit Raya USD1 | Zulseffort dot com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge