Waktu kecil-kecil dulu kita pernah beli buku melukis yang ada sambung-sambung titik. Titik tu pula ada nombor. Jadi kita sambung nombor satu ke nombor dua. Nombor dua ke nombor tiga ke nombor empat dan seterusnya sehinggalah ke nombor terakhir.
Hidup kita juga begitu, tetapi lebih kompleks, kita sebenarnya sedang melalui banyak titik-titik dalam kehidupan kita. Titik titik tersebut, boleh jadi dalam bentuk pengalaman, pengetahuan, atau boleh jadi dalam bentuk yang tidak kita sedari dan fahami.
Dalam membangunkan bisnes online ramai yang kecewa apabila projek tidak menjadi, ada yang berhenti separuh jalan dan takut untuk bangkit dari kegagalan sedangkan ianya hanyalah satu titik.
Dalam kehidupan kita, bergantung bagaimana kita ingin menyambung titik-titik tersebut, kerana ianya tiada bernombor. Titik yang banyak tersebut boleh menjadi lukisan yang cantik atau buruk bergantung kepada pelukis.
Sambung titik jadi garisan,
Sambung garisan jadi bentuk,
Gabung semua, jadi lakaran,
Isi warna, jadi lukisan.
Satu lukisan, beribu makna.
…
kegagalan, kejayaan, hanyalah titik-titik kehidupan… teruskan berusaha dalam hidup dan bertawakkal yakinlah kita ada lukisan yang unik yang akan siap juga akhirnya.
wahhhh, seriously i like this post… memang mengena. thumbs up!
kalau silap sambung titik tu, boleh padam tak ye? hehe
azriMy´s last [type] ..Muaz Faris dan Google Adsense
hehe. kalau silap sambung.. ? bukan ke silap tu salah satu dari titik.. =P
Titik-titik kehidupan yang akan menjadi lukisan atau gambar kebahagian bila kita pandai menyambungkannya….terima kasih atas kongsinya
Dadan´s last [type] ..BEASISWA BCA FINANCE PEDULI 2012
Ia. itulah maksudnya.
, sama-sama ya bro Dadan.
Bezanya masa kita kecik,kita tahu mana titik penghujungnya…di alam realiti,kita tak tahu di mana titik penghujung..
Hairul Azni´s last [type] ..Blogger Kanak-Kanak Diusik Hantu
betul tu, kita tidak tahu kecuali bila sampai masanya.. kita juga tidak tahu berapa banyak lukisan terhasil, namun kita mampu berusaha, dan sentiasa bersangka baik bahawa setiap titik ada fungsinya tersendiri.
Memang menarik post entri ni. Hidup kita ni ibarat berjuta-juta titik. Kita sendiri yang menyambung dan membentuknya macam mana yang kita nak.
Hazmin Hamudin´s last [type] ..Keputusan Peperiksaan Pengesahan Jawatan Kumpulan Sokongan I