Demam Lelaki Kacak Sudah Berakhir, tahniah kepada pemenang

Kurang sihat dua tiga hari ni. Dua hari lepas saya dan anak lelaki saya kena food poisoning, semalam pun dapat cuti sakit dari doktor panel. Hari ini baru rasa sedikit sihat. Alhamdulillah.

Oh ya! Demam lelaki kacak sudahpun berakhir dan pemenang cabaran SEO lelaki kacak telah pun di umumkan oleh penganjur titan. Blog zulseffort tidak termasuk dalam senarai pemenang. Tidak cukup kacak skill SEO yang dipamerkan.

Zulseffort ingin mengucapkan tahniah kepada para pemenang, anda semua memang hebat. Kalau dah menang SEO ini, saya percaya anda sebenarnya telahpun mempunyai pengalaman yang hebat dalam bermain SEO.

Tahniah kepada pemenang dan terima kasih tips-tips yang dikongsikan ya.

LelakiKacak.com memberi penekanan akan pentingnya nama domain yang sama dengan nama keyword.  Jomkongsistory.com ,  Yastro.blogspot.com dan  Aidanatasya.com mempamerkan akan pentingnya bekerjasama dan sangat penting juga mempunyai guru yang hebat seperti forblogger.net

Azri.my pula menggunakan teknik contest untuk dapatkan backlink dicampur dengan teknik-teknik yang lain untuk berada kukuh dalam senarai pemenang.

Respek dengan azyani.com yang bermain SEO dalam keadaan sibuk belajar.

Korang semua memang terbaik.

Ramai juga yang hebat dalam SEO tapi tak berjaya berada didepan mungkin kerana kesibukan kerja dan belajar.

Bagi yang baru belajar SEO dan menyertai contest SEO tempohari, tahniah diucapkan juga, walau tak menang tentu banyak sekali yang kita pelajari kan. Percayalah dengan teknik SEO yang berkesan (Tidak kisah teknik blackhat, grayhat, atau whitehat ) , kita sebenarnya sudahpun mempunyai pengalaman yang sangat berharga untuk menjana pendapatan online. Tambah pula dengan menyertai contest SEO seperti contest SEO lelaki kacak ini, anda belajar untuk mendapatkan targeted traffic. Semua orang yang bergiat dalam buat duit online tahu yang targeted traffic bermakna duit! :)

Zulseffort.com juga mengucapkan tahniah kepada titan kerana contest yang hebat ini. Dan tahniah juga kepada para penaja contest. Anda semua memang kacak.


4 thoughts on “Demam Lelaki Kacak Sudah Berakhir, tahniah kepada pemenang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge