Eizil nak bagi hadiah hebat

Baru jenguk blog eizil. Tertarik dengan giveaway yang beliau bakal buat. Hadiahnya pun hebat.

Kata eizil:

Aku bercadang untuk mengadakan peraduan semperna “_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _”. Biarlah tujuan aku mengadakan giveaway atau peraduan ini menjadi rahsia setakat ini. Antara hadiah yang akan ditawarkan adalah seperti tema khusus (dibina dari kosong mengikut citara pemenang) untuk platform WordPress ataupun blogspot, perkhidmatan pemantauan dan pengurusan blog selama 3 bulan,kemaskini keselamatan untuk blog menggunakan platform WordPess, hosting dan domain, dan beberapa lagi yang dalam perancangan. 

Memandangkan hadiahnya cukup hebat saya sarankan anda semua sertai. Untuk pengetahuan semua, eizil ialah ‘technical guy’ yang merekabentuk blog popular denaihati, dan juga menjadi rujukan beberapa blogger hebat tanah air. Eizil seorang yang faham tentang sekuriti blog. Saya pernah hadiri pembentangan beliau mengenai sekuriti wordpress. Memang terbaik.

Kalau sesiapa yang baru berblog mungkin tidak semua tahu berkenaan berharganya hadiah yang eizil nak bagi tu, tapi sebenarnya memang sangat berbaloi. Bukan senang nak bagi orang yang pakar untuk bina blog dan jaga blog kita selama 3 bulan tau?

Eizil, hadiah tu memang hebatlah, yang tak hebatnya ialah giveaway USD1 yang selalu blog zulseffort ni buat!

 


8 thoughts on “Eizil nak bagi hadiah hebat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge