Empat Peringkat Buat Salah

Dalam dua tiga hari yang lepas rasanya saya ada terdengar dalam Radio. Mungkin IKIM atau mungkin Radio lain. Saya lupa..
Namun begitu content nya saya rasa masih saya ingat. Ianya menyentuh kepada 4 peringkat bila kita buat dosa. Saya tak nak guna perkataan Dosa kat sini, tetapi saya guna perkataan ‘Salah’. Bab-bab dosa pahala tak berani saya nak hurai.

Kalau kita buat salah ni rupa-rupanya ada level – levelnya.

  1. Pertama – Bila kita buat salah, kita ada rasa bersalah. Hati kita tak bersetuju dengan kesalahan tersebut. Biasanya pada tahap ini kita akan rasa segan malu atau rasa kesal dengan kesalahan tersebut.
  2. Kedua – Bila dah lama-lama buat sesuatu kesalahan tu , kita akan rasa lali dengan kesalahan tersebut.  Macam-macam alasan yang kita boleh gunakan untuk backup kesalahan kita.
  3. Ketiga – Bila kita dah selalu buat salah dan tak kesah apa yang kita buat tu betul atau tidak kita akan masuk peringkat seterusnya iaitu berbangga dengan kesalahan.
  4. Keempat  - Jika tidak dibendung, akan masuk pada peringkat seterusnya yang lagi bahaya iaitu bukan setakat tak kesah, bukan setakat berbangga malah mengajak orang lain juga untuk sama berbuat salah.

Itulah dia empat tahap yang saya ingat . Bahaya kan?

Kita boleh lihat fenomena ni dimana-mana sahaja, kes ponteng sekolah contohnya, kes meniru dalam peperiksaan, kes zina dan macam-macam kes yang negatif lagi. Memang ada follow pattern ni kan?  Tak lupa sama-sama kita tengok diri sendiri. Tentu ada perkara-perkara negatif yang sudah sampai tahap keempat. Contoh senangnya mengumpat, mencela, membuang masa, menipu dan lain-lain lagi.

Walaupun sudah sampai tahap ke empat tidak bermakna kita tidak akan berjaya menghilangkan sifat negatif tersebut. Tapi secara logiknya, lagi tinggi tahap buat salah tu, lagi susahlah hendak bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Kecualilah jika dikurniakan Hidayah.

zuls – saya bukan ustaz, saya cuma kongsi2 sahaja.

Recent Related Posts

14 thoughts on “Empat Peringkat Buat Salah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge