Post ini dibuat kerana pada akhir-akhir ni saya dapati ramai yang tidak kisah tentang privasi. Bukan sahaja orang perseorangan tetapi juga daripada syarikat yang menjalankan customer service di twitter. Contoh-contoh perkongsian maklumat yang kurang bijak adalah seperti berikut:
- Tweet nombor telefon sendiri atau nombor telefon kawan-kawan di twitter.
- Tweet nombor akaun bank atau akaun paypal
- Tweet maklumat customer seperti dalam kes ini
Memanglah menggunakan fungsi reply dan mention di twitter adalah lebih cepat. Namun apa yang para pengguna twitter perlu sedar ialah banyak bahanya berkongsi perkara yang rahsia di twitter. Akaun paypal contohnya, pun boleh kena hack juga tau?
Tweet yang ditulis boleh dibaca oleh semua follower untuk account twitter yang private dan boleh dibaca oleh semua orang untuk akaun twitter yang public.Bukan setakat baca sahaja sebenarnya, follower juga boleh retweet untuk sebarkan kepada follower mereka pula.
Untuk berkongsi perkara-perkara rahsia, eloklah gunakan fungsi direct message. Direct message cuma boleh dibaca oleh orang yang menerima sahaja.Untuk menggunakan direct message untuk komunikasi dua hala, kedua-dua pihak mestilah saling follow antara satu sama lain kerana direct message cuma boleh dihantar kepada orang yang follow sahaja.
ohh kejap kejap, kalau email paypal tu rahsia tak ye? sorry, noobies
azri´s last [type] ..Memperkenalkan Proton Inspira YES 4G
kalau saya saya rahsiakan… bagi pada orang yang perlu untuk berurusan je.
zuls´s last [type] ..Gunakan Fungsi Direct Message Untuk Perkara Rahsia
email utk mana2 akaun sekalipun kalau boleh MESTI dirahsiakan.. utk elak sebarang penyalahgunaan dan takut kalau ada mereka2 yang tak bertanggungjawab buat apa2 yg tak patut..
Anarm´s last [type] ..Ubah Kedudukan Footer Iklan Nuffnang
betul tu abang anarm, MESTI dirahsiakan… elak sebarang urusan tak bertanggungjawab. COntoh mudah, spam. Tapi tentu ada yang lagi teruk dari tu.
zuls´s last [type] ..10 Perkara Tentang Menyertai Contest Gadget Impian Denaihati
ooohhh macam tu ke… thanks info
azri´s last [type] ..Ruz Aziluz di Hack !!
kadang2 ramai yang tak ambil kisah sangat hal2 macam ni..
Anarm´s last [type] ..Ubah Kedudukan Footer Iklan Nuffnang
itulah pasal.. especially culture online rakyat malaysia yang tak kesah sangat pasal privacy.
zuls´s last [type] ..Gunakan Fungsi Direct Message Untuk Perkara Rahsia
walopun akk jarang online di twitter tu , tp akk tau jugak fungsi DM tu , ada org tk tahu ye ..ishish
Puanbee, hehehe.. mereka bukan tak tau pasal Direct Message sebenarnya, tetapi mereka kurang peka tentang sekuriti akaun mereka. Nak message PnBee kat facebook camne ya?
zuls´s last [type] ..Gunakan Fungsi Direct Message Untuk Perkara Rahsia