HIDUP SEORANG BLOGGER – Bagaimana dengan Mati? ( @denaihati)

Contest HIDUP SEORANG BLOGGER, seperti yang saya bagitau pada awal post, memang tajuk yang saya minat. Macam-macam boleh ditulis. Kalau bukan ada komitmen lain, setiap hari boleh tulis . Bercerita mengenai HIDUP SEORANG BLOGGER memang seronok. Ianya berkaitan dengan impian, berkaitan dengan kehidupan, tambah pula bila 69 peserta lain turut berkongsi. Tahniah bro denaihati kerana tajuk yang memberi inspirasi.

Bercerita mengenai kehidupan blogger, memang banyak point menarik yang ada. Namun pada post ini, post wajib ke dua, saya cuma ingin berkongsi perkara yang saya rasa sangat penting  untuk panduan saya sendiri dan mungkin juga kepada anda yang membaca post ini.

Menulis mengenai kehidupan blogger memanglah menyeronokkan. Trafik yang tinggi, komen yang banyak, gaya hidup yang sempoi, duit masuk – kan seronok tu. Bila seronok kita mudah tenggelam dalam keseronokan. Ibarat percintaan sesetengah remaja, asyik bercinta , halal haram apa peduli, sampai terlanjur pun ada, dah terlanjur, termengandung pula, dah termengandung, malu pula,  bayi yang tak berdosa pula dibuang begitu sahaja. Eh, Apa yang sampai ke situ pulak si Zul ni??

Sebenarnynya sama sahaja walaupun mungkinlah tak seteruk itu. Dengan blogging pun, seronok nak dapat trafik, lupa halal haram, semua main letak kat blog, terlanjur dalam penulisan, dapat duit blog buat beli makanan. Kalau hidup sebagai blogger lupa halal haram macammana dengan mati?

Pastinya blogger terdedah dengan fitnah.  Kalau dulu mesyuarat tingkap dan tangga, sekarang ini pun ada juga. Post sebagai pemula, komen-komen sebagai “a ah la, betul kau cakap, aku sendiri pun ada nampak dia tu…. “. Kalau hidup membawa fitnah macammana dengan mati? Akhirat nanti bila dituntut cukup ke nak bayar?

Namun begitu apa yang kita buat ada peringkat-peringkatnya, buat dosa pun ada peringkat-peringkatnya, mula-mula konon menegur, kemudian mengata, lepas mengata dihebohkan pula, dah heboh bergaduh pula. Saya ada dengar dalam radio IKIM tempohari berkenaan dengan peringkat-peringkat buat salah. Jadi sebagai blogger kalau ada buat salah , kita berhenti sebelum parah.

Anda semua boleh ulas panjang lebar pasal ni,  saya pasti semua orang sudah tau pasal halal haram, baik buruk. Cukuplah pendek sahaja. Biar pendek asal bermakna.

Menulis berhati-hati,

Tulisan lambang peribadi,

Cermin kepada diri,

Tanda buruk budi,

Tanda elok pekerti.

Bukan ustaz  bukan mufti,

Bukan mengajar  cuma berkongsi ,

Sama menjaga hati sendiri,

Yang hidup pasti mati,

Yang mati akan diadili.

Selamat menyambut hari-hari terkahir Ramadhan kali ini. Semoga kita untung tidak rugi. Sama-sama mencari Redha Ilahi.

* ini adalah scheduled post , ada @denaihati kat topik tu adalah sebagai cara untuk memberitahu beliau di twitter, yang post wajib ini sudah di publish.


18 thoughts on “HIDUP SEORANG BLOGGER – Bagaimana dengan Mati? ( @denaihati)

  1. Pingback: Tweets that mention Hidup Seorang Blogger , Jangan lupa Mati | zulseffort.com -- Topsy.com

  2. artikel yang kita terbitkan dkt blog pastikan kita tahu apa yg sebnrnya kita nk smpaikan..supaya nnti tidak terkial2 nk jawab persoalan pembaca..nak2 lg entri yg berbetuik fakta atau ilmiah dr segi agama..

    • terima kasih kongsi, kalau yang entry kearah agama elok ambil yang orang dah sedia maklum.. :) , yang semua orang sudah tahu.. bab-bab Hadis & Quran biarlah yang pakar bercerita.. lagipun pendapat orang awam macam kita bukan pendapat yang muktabar

  3. Salam Ramadhan Incik Zuls,

    p/s : Ehh aku perasan hang pun dah “trademark” diri hang dengan “zuls” ada “s”. hehehe.

    Wah, kata sibuk bercuti, tapi sempat lagi tu siap ada entri berjadual. Syabas.

    Apa-apa pun, aku suka baca entri ni, sebab satu kandungan isi dia, 2. sebab nampak satu gaya penulisan dan kupasan yang bukan zuls. Hehe, bagus la nampak gaya hang dah mula ceburi satu lagi bidang.

    Salam Ramadhan : )

    p/s : Dapat rezeki dari twitter jangan lupa pos kat aku kueh raya sepaket kecil ye : D
    Incik RestNrilekS´s last [type] ..It is not bad to slow things down –

    • Salam Ramadhan Rizal,

      kebetulan waktu tu ada idea nak menulis, bukan satu entry tapi sampai 3 entry sempena contest HIDUP SEORANG BLOGGER

      p/s InsyaAllah akan dapat rezeki sikit dari adly. Tapi duit paypal.. takde kad debit untuk cashout..

  4. Pingback: HIDUP SEORANG BLOGGER entri wajib 2 | Denaihati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge