Hosting sepaku problem, Komen dan Post hilang

Salam Maaf  Semua!

Post ini untuk memaklumkan para pelawat blog zulseffort.com yang hosting problem – jadi ada 3 post yang hilang dan komen-komen para pelawat blog zulseffort.com banyak yang hilang.

Post berkaitan email spam, niche blogging dan niche twittering hilang begitu sahaja. Penat tau nak tulis banyak-banyak macam tu.

Kepada pelawat-pelawat blog ni, especially kepada yang meninggalkan komen, betul-betul saya minta maaf.

Ini adalah disebabkan server sepaku fail untuk reset dan terpaksa format server. Untuk backup ke server lain tak boleh, kata mereka - MAHAL. Kami bayar MURAH!

Sejujurnya saya cukup terkilan. Bukan sebab server mereka problem dan mahal atau murah, tapi sebab lain.

Ini kata mereka,

(Kamihanya membuat auto backup 4 kali seminggu kerana mengelakkan server load yang tinggi setiap malam)

Disebabkan kami menjual hosting yang murah adalah mustahil kami untuk membuat backup menggunakan server yang berasingan kerana kosnya adalah sangat tinggi.

Kami memohon maaf kerana semua masalah yang berlaku walaupun kami cuba atasi tetapi tetap juga berlaku.

Saya terkilan sebab:

Sebab 1 : Maklumat tidak cukup lengkap

Tak kesahlah kami bayar murah ke apa.  Tapi kurangkanlah loss dari pihak kami. Maklumat dari sepaku memang tak cukup lengkap. Saya ingat kan satu post jer bakal hilang, rupa-rupanya sampai 3 post. Jadi saya dapatlah retrieve post terakhir daripada cache google tadi.  Bagitaulah sekali tarikh terakhir backup.  Senang sikit.  Kalau dah server problem, takkan servis pun nak problem gak.

Sebab 2: Twitter ada, tapi follower dibiarkan

Kan dah ada twitter - maklumkanlah,  140 karakter sahaja bukan susah pun!  Saya follow twitter bukan saja-saja. Saya ada hantar soalan ikut twitter pun tidak berbalas.

Sebenarnya saya rasa ini bukan lagi isu murah atau mahal tapi isu ketelusan, dan servis.

——

zulseffort –  memang nak tukar hosting baru sekarang ni, ada cadangan?  Oh! bagaimana saya nak backup sendiri komen dan post di blog saya? sementara tak tukar hosting lagi ni.

Recent Related Posts

22 thoughts on “Hosting sepaku problem, Komen dan Post hilang

  1. zul,

    wordpress dashboard kan ade tools, dekat tools tu ade export xml files. sume post dan komen akan ade dlm xml files tu. nanti boleh import blik je dlam wordpress dengan hosting baru.

    sedikit ilmu untuk dikongsi :)

    boleh cuba hosting dari ipserverone. Hosting yg sgt reliable walaupun mahal tapi berbaloi.

    Jemput datang notakosong.com
    .-= NK´s last blog ..Website Rapid Penang kena Hack! Cepat tengok! =-.

    • Terima kasih NK. Backup sekarang juga ni. Maklumat yang sangat berguna, komen NK sebelum ni rasanya masih wujud dalam blog ni :D , harap-harapnya :D . Cukup sayang dengan komen-komen dalam blog ni. Isk.. post boleh dikarang, tapi komen-komen yang mantap? memang susah nak cari. Apa-apa pun terima kasih kerana berkongsi.

  2. Salam Zuls,

    Kesian hang, tak pa bawak bersabar. Lepas ni jangan lupa “back-up” selalu macam NK sarankan.

    Tu la, kalau tak silap aku ada 2 entri yang aku tak baca lagi. Aleh2 tetiba hilang pulak entri tu.

    Memula puas aku pergi ke entri sebelum ni carik balik. Atau teringat hang emo padam balik entri tu semua. Haha.

    Kena maklum kat sepuku kata “Losing Data is not SEXY!!”

    hehe
    .-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Hari Kraf Kebangsaan 2010 @ National Craft Day - =-.

    • terima kasih :) , memang selalu backup dah ni.. haha..

      sayang oo entry tu.. entri tu ditulis dengan idea sendiri , tu yang sayang tu..

      “Losing Data memang tak Sexy langsung”!

  3. Untuk rate,

    bergantung kepada berapa kita sanggup spend sebenarnye.

    Jikalau untuk blog sahaja, tak perlu banyak,
    spend bawah rm100 pn dah memadai,

    http://datakl.com/datamini.php
    http://www.ipserverone.com/services/hosting/linux

    boleh tgk hosting mereka yang pling murah tu, pn dah ckup untuk blog.

    NK pakai hosting besar skit, sebab bnyk side project slain dari blog.

    boleh cuba consult helpdesk diaorang dlu untuk details.
    .-= NK´s last blog ..Website Rapid Penang kena Hack! Cepat tengok! =-.

  4. Pingback: Kisah Anarm.Net dan Webhosting Cubiex.com | Anarm.Net

  5. aku buat mcm NK buat tu.. kat tools tu ada export file. boleh save file dlm bentuk xml.. aku hr tu ngade2 pegi tukar domain n setup up database baru. abis ilang sume file. tp dh buat back up. so ok la..

    aku syorkan ko guna serverfreak la. aku beli gn promotion yg khai buat kt justkhai.com. cuba cek entri lepas2. xpun tgk link ni. aku tlg ko carikan je.

    domain dpt free (sepatutnya rm40), hosting dia rm80 stahun. 20GB bandwidth..

    http://justkhai.com/blog/tutorial-membina-blog-part-1-pembelian-hosting-dan-domain/
    .-= Amir´s last blog ..Keyword popular di Malaysia minggu ini =-.

    • terima kasih bro, tengah berkira-kira gak nak pakai serverfreak. Tunggulah bila free-free nanti baru uruskan.. eh thanks for sharing.. :) nice offer yang khai bagi tu.. :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge