Post Ikan kecil untuk Ikan Besar ini dibuat kerana saya tertarik dengan komen dari Naziman untuk post saya yang bertajuk: Tip Blogging Terbaik Cara Orang Malas.
Ini adalah komen beliau tentang tips “malas” yang saya kongsikan:
“Ok juga tips tu tapi sayang semua tu kena ada duit juga. Kena ada modal nak jadi writer, webmaster semua tu. ” – naziman.com
Betul komen bro baziman tu. Jadi pada hari ini, saya akan berkongsi satu cerita motivasi yang mula-mula saya dapat sewaktu menceburi bidang internet ni. Ianya satu cerita yang menarik. Jom baca!
Kisah Atan dan Ikan Kecil Untuk Ikan Besar
Ada seorang mamat ni, nama dia Atan. Satu hari, Atan ingin pergi memancing di sebuah lubuk yang terkenal dengan saiz ikan yang besar-besar. Namun, Atan, tidak mempunyai umpan yang sesuai untuk ikan-ikan besar itu. Dia hanya ada cacing sahaja sebagai umpan. Itu pun dia korek daripada tanah di belakang rumahnya. Nak dijadikan cerita, Atan memasang 3 joran berumpankan cacing tu. Dekat 1 jam menunggu, ketiga-tiga joran tadi mengena. Dapatlah anak ikan. Atan bersyukur. Nampaknya, bolehlah dia teruskan strateginya. Dengan anak ikan tadi, dia kemudiannya BERJAYA menangkap ayah ikan (lagi besarlah). Kemudian, dia gunakan ayah ikan itu untuk menangkap datuk ikan (super besar). Tersenyum Atan. Siapa sangka dengan berumpankan cacing, boleh bawa balik datuk ikan?
Pengajaran?
Siapa yang membaca kisah ini tentu faham kan?
Ianya bermula step by step.
Oh ya. Kisah Atan dan Ikan Kecil dan Ikan besar tersebut adalah antara ebook percuma terawal daripada Raja Kamil.
Kalau nak tahu apa lagi pengajaran kisah ini?
kenapa Atan tak tunggu nenek moyang ikan?
Bagaimana nak aplikasikan konsep Ikan Kecil kecil dan Ikan besar ini?
Download ebook tersebut di sini percuma.
Terbaik ni bro…..
hehe …..mengimbau kenangan silam dah ni.
hehe
Perniagaan Internet Raja Kamil´s last [type] ..Jika esok bisnes anda UNTUNG RM10,000, apa anda akan buat dengan duit tu?
hehe RK.. ni antara ebook yang kekal dalam koleksi.
Terima kasih Zul. Sangat-sangat appreciate apabila Otai Blogger cakap macam tu.
Perniagaan Internet Raja Kamil´s last [type] ..Jika esok bisnes anda UNTUNG RM10,000, apa anda akan buat dengan duit tu?
Saya suka gelarkan ia sebagai proses kejayaan. Ia seperti menaiki basikal. Kita cuba naik, kita imbang dan kita kayuh.
Firdaus Latib´s last [type] ..Mindset Penting Untuk Buat Duit Dengan Blog Di Malaysia
pandangan yang menarik.. =)
hanya orang yang pernah rasa je yang akan betul2 faham dengan cerita kiasan ikan kecil untuk ikan besar ni
azriMy´s last [type] ..Infografik Lengkap iPhone 4S vs iPhone 5 vs Galaxy S3
betul tu, nak kena merasa dulu.. baru betul-betul faham.
Ramai di antara kita ingin menjadi seperti mereka yg sudah berjaya tetapi tsemua nak sort cut tak nak ikut cara yg telah dibuat oleh mereka yg sudah berjaya.
Denaihati´s last [type] ..Antara Iklan Pop-Up Ataupun Tidak
Betul tu bro, kalau asyik nak shortcut, yang mengajar pun malas nak mengajar. Buang masa.
Tak sangka komen saya menarik perhatian bro. Betul juga tu. Tapi saya lebih suka dengan pengajaran budak dan sebuah epal tu. Saya pun lupa jalan cerita dia. Kalau tak silap, mula-mula dia tiada duit, tiada modal, tiada apa-apa. Dia jumpa jumpa satu epal, dia jual, Dapat modal. Beli dua epal, jual. Kenapa saya lebih suka cerita ni, sebab budak tu tiada modal untuk mendapat yang lebih besar tapi usaha dengan benda di sekeliling dia.
Naziman´s last [type] ..22 tips jimat bateri blackberry smartphone
menarik kisah tu, saya pernah pakai teknik macam teknik epal tu. Bezanya saya masih ada modal kecil. Kongsilah kat blog tentu ramai yang dapat manfaat.
Kalau bro belum baca ebook Ikan Kecil Untuk Ikan Besar bro boleh baca juga melalui link download tu. Ada persoalan menarik dalam kisah Atan tu. Kenapa Atan tak tunggu sampai dapat moyang ikan?
zuls´s last [type] ..Ikan kecil Untuk Ikan Besar
hehe. baru nak download. nanti ada masa saya baca juga . untuk motivasi. tapi hidup sekarang ni susah nak mula tanpa modal. Nak mula tanpa modal tu boleh tapi lambat naik. Contoh nak mula blogging tanpa modal. Mungkin kita boleh guna platform percuma, internet, bukan free. kalau ada laptop, p kedai, kena bayar juga nak internet percuma. Tapi orang kata, semuanya tak mustahil, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. betul tak bro?
Naziman´s last [type] ..Review jana pendapatan melalui adf.ly
hehe. sangat betul tu. Belum ada masa nak kongsi pasal tanpa modal ni. Ada masa nanti saya kongsikan sedikit sebanyak.
zuls´s last [type] ..Ikan kecil Untuk Ikan Besar
eBook RK ni pun antara koleksi yg masih ada dalam simpanan aku.. eBook yang sangat bagus..
Anarm´s last [type] ..Dulu Bujang Sekarang Dah Kahwin
yerps. Ebook ringkas bersahaja tapi bernas.
Uishh…terbaik arhhh…siap ado kisah tauladan lagi nih…
Yas´s last [type] ..Hina Nabi Muhammad, Majalah Peranchis Ambil Kesempatan
kisah tauladan copy and paste (with proper credit) .. semoga bermanfaat
benar seperti dikatakan… bukan mudah untuk berjaya… cuma ramai melihat secara zahir sahaja, tetapi tidak melihat secara batin dan perjalannya… trima kasih berkongsikan bahan bacaan relevan. semoga menjadi iktibar kepada readers…
irsah´s last [type] ..1ST Giveaways BudakFelda.Com : Disiasat Alexa Pun Lumayan
memang bukan mudah untuk berjaya. Sebab itulah banyak tips kejayaan telah diberikan tetapi tidaklah semua orang sanggup. Ada yang kurang sabar dan sering ambil jalan short cut.
zuls´s last [type] ..Dari titik menjadi lukisan
Pingback: Modal Promosi Cuma USD1 Sebulan?
atan tak nak tunggu moyang ikan sebab moyang ikan dah meninggal dunia barangkali.. (gurauan je)
yang pertama tu yang penting..ada yang terlalu terkejar dunia sampai terlupa pada yang memberi peluang rezeki tu..
betul tu pipoq, jangan selalu terkejar-kejar, dunia dikejar tak habis.
hik3.. moyang ikan memang tak muncul2 kalau
tak guna buyut ikan..
nurmisnan´s last [type] ..Wordless Wednesday #66
buyut tu apa ek? hehe. first time dengar.