Dalam bulan Ramadhan ni ada dengan kejadian Ribut di Jasin, Kejadian Ribut di Kuantan dan Ribut di Tg Malim. Ribut yang anehnya menyerang Bazar Ramadhan. Mungkin banyak hikmah disitu. Ada yang kata sebab peniaga cekik darah, ada yang kaitkan dengan kemungkaran dan maksiat, dan mungkin ada juga yang berpendapat ini hanyalah kejadian disebabkan perbezaan suhu dan dikaitkan dengan fenomena pemanasan global. Wallahualam.
Berbalik kepada ribut, ada juga satu lagi kejadian ribut, bukan ribut di Bazar Ramadhan, tetapi ribut di Internet, di blog dan you tube. Bikin ribut saja. Tentu anda semua tahu kan? Isu Iklan Raya TV3 ala krismas. Saya memang tak tengok Tv sangat dan jarang melayari internet dalam 2 minggu terakhir puasa ni, jadi tak tahu sangat lah cerita pasal ni. Tetapi pada satu malam tu saya tengoklah berita TV3, ada iklan yang di tarik balik. Iklan mana? Iklan ala krismas tu lah!
Tapi apa yang tak kena dengan iklan tersebut?
Saya yang kononnya busy cepat-cepat ke youtube, cari iklan tersebut takut tak sempat tengok. Jangkaan saya tepat, ada iklan tersebut yang telah dibuang dari youtube atas alasan copyright oleh Grand Brilliance. Walaupun begitu sempat jugaklah tengok bila cari lebih-lebih sikit. MasyaAllah bukan Iklan raya macam tu! Oh! Link nya saya tak ingat, pandai-pandailah cari ye tentu ada lagi tu
.
Okay, apa yang tak kena dengan iklan raya TV3 2010 tersebut ?
- Ada orang kata iklan tersebut kononnya nak menyokong 1Malaysia, tetapi dicampur adukkan pulak Agama Islam dengan agama lain nak di ONE kan jugak agama.
- Tapi ada satu lagi yang menarik pasal Iklan ni, iaitu pengaruh freemason, Illuminati. Saya kadang-kadang kalau bosan biasa pegi gak ke website website oversea yang decode symbol Illuminati macam yang dalam video klip LadyGagaga tu. Kali ini Iklan raya pun orang decode juga.
- Apa simbol-simbolnya? Rumah atap rumbia yang buruk, huruf jawi terbalik, sangkar burung, pokok krismas, beca terbang, bintang, lokasi tempat dan banyak lagi. Saya rasa kalau anda nak baca rujuklah blog ni. Kebenaran di sebalik penipuan dan kebetulan. (shared)
Dan apa kaitan simbol-simbol dalam iklan ni dengan umat Islam Malaysia. Besar kaitannya! Sebab ada sesetengahnya melibatkan Akidah!
Nasib baik Pihak TV3 tarik Iklan tu, kalau tak tentu bikin ‘ribut besar’. Harap juga pihak TV3 menapis dulu iklan-iklan lepas ni terutamanya iklan berkaitan agama.
Ribut juga di internet ni sebab ada yang menentang iklan dan ada yang kata takpe, tak rosak akidah pun, yang menentang tu fanatik dan banyak lagi. Apa-apa lah. Untuk mengelakkan lagi fanatik pasal ni, yang paling layak memberi penerangan ialah pihak TV3 sendiri.

Pening juga dibuatnya..kalau boleh, jadilah lebih sensitif selepas ini..tidak dinafikan kita adalah 1Malaysia..tapi, agama Islam adalah ad-Deen. Tidak boleh dipermainkan.
Bukan apa, kepekaan mengenai perkara sebegini perlu dipertingkatkan agar tiada hati yang terluka. Wallahua’lam…
Lee´s last [type] ..Biar Betul Dah Nak Raya!!
memang pening, tu lah konsep 1Malaysia yang disalahertikan
bagus lah kalau sudah di tarik., untung saya tak sempat liat., ^_^ kalo liat juga tak papa.,
ichan rizkan´s last [type] ..Cara Beriklan di Internet