Isu Blog Contest Semata-mata

Blog contest yang dimaksudkan ialah blog yang semata-mata dibuat untuk menyertai contest. Dalam entri ini saya kongsikan pendapat saya mengenai blog contest kenapa buat blog contest berdasarkan pengalaman saya sendiri, dan juga apa kelemahan dan apa solusinya.

Sebenarnya bergantung kepada individu untuk membuat konklusi, jika benar ianya konklusif. Bagi saya saya tidak mahu membuat apa-apa konklusi. Sebabnya senang sahaja, ianya bergantung kepada bagaimana ia digunakan. Bagaimana blogger mengorganisasikan blog mereka.

Kenapa nak ada blog contest

Saya pun ada satu blog contest, saya pernah menyertai contest melalui blog tersebut dan pernah juga menang, tujuannya saya buat blog contest tersebut ialah supaya:

  1. Supaya tidak bercampur aduk dengan post saya yang sedia ada di blog utama. Maklumlah kadang-kadang ada contest style copy and paste. Takkan nak copy and paste kedalam blog utama kan?  Ada juga kes yang kena letak backlink beserta ayat yang  untuk penaja yang sudah tentu mencacatkan sedikit flow penulisan.
  2. Untuk menyenaraikan contest-contest yang dibuat oleh blogger-blogger, bolehlah jadi rujukan kepada blogger yang lain.
  3. Salah satu eksperimen saya (yang kurang berjaya) untuk buat duit dengan adfly
  4. Supaya dapat menang contest sebab waktu tu memang dah banyak merasa duit contest, jadi terfikirlah juga, baik buat satu blog contest dan jana duit melalui contest. Ada yang tidak bersetuju dengan hal ini, dapat duit dengan contest semata-mata, tapi ianya berbalik kepada tujuan sesebuah blog di buat.
Sayangnya blog tersebut tak terlarat saya nak update. Kalau tak tentu masih lagi running. Setakat ini bukan lagi blog prioriti saya. Namun blog tersebut tidak akan didelete. Kalau ada sesiapa terdekat nak sambung nanti sekurang-kurangnya dah ada tapak.

Kelemahan menggunakan blog contest untuk menyertai contest

  1. Blog contest ialah tidak semestinya diterima oleh organizer contest terutamanya bila dah ada blogger-blogger yang utarakan isu ni, jadi tak sesuai lah untuk sertai contest. Tak best sertai contest yang penganjur sendiri tak berapa nak redha kita join contest mereka menggunakan blog contest. (walaupun mereka tak bagitau)
  2. Point 2 dan 3 , saya sependapat dengan kak jie of kujie2.com -  (1) Tujuan masuk contest adalah untuk memperkenalkan diri dalam komuniti blogger tetapi kalau gunakan url blog contest, blogger lain tak berminat untuk mengenai blog seperti itu kerana mereka tahu blog tersebut tiada sentuhan peribadi tuan punya blog.  (2) Backlink yang didapati dari blog yang mengambil bahagian dalam contest tersebut tidak membantu blog utama meningkatkan ranking. Semua backlink pergi ke blog contest bukan blog utama.

Isu enteng

Sebenarnya isu blog contest ni masalah remeh temeh. Ianya boleh diselesaikan dengan mudah jika kita memandang kepada penyelesaian dan bukannya masalah semata-mata. Berikut mungkin idea yang mudah yang boleh dibuat oleh samaada organizer atau peserta contest.

Bagi organizer,
Letakkan syarat tambahan : “Blog yang semata-mata digunakan untuk join contest tidak dibenarkan masuk contest ini” , simple dan straight forward je.
Bagi pemilik blog contest,
Consolidate !!
Anda boleh consolidate blog-blog anda ke blog utama. Mudah sahaja. Bukan susah mana pun. Ramai sebenarnya blogger yang consolidate blog mereka.  Cara mudahnya letak di blogroll, menu blog dan lain-lain lagi.
Contoh consolidation yang mantap ialah seperti:
  1. Blog denaihati.com dan info.denaihati.com iaitu dengan menggunakan subdomain. Memang contoh yang saya bagi ni bukan contoh blog contest, tapi ini adalah contoh bagaimana untuk organisasikan blog anda.
  2. Dengan meletakkan di sidebar atau muka surat khas senarai blog yang ada . Blog ladyjava dengan 9 blognya dan mymariuca.com dengan 4 blog,  anda boleh lihat bagaimana mereka ini mengorganisasikan blog mereka.
Jika anda sudah consolidate blog contest anda dengan blog lain, tentu ianya membawa identiti anda juga kan?  Namun begitu kalau anda taknak consolidate pun takpe. Bergantung kepada anda. Saya belum lagi mahu consolidate blog saya.
Lagipun ada organizer yang tak kesah berkenaan dengan blog contest ni macam eyriqazz,

Tepuk Dada, tanya selera. Pilihan di tangan masing-masing. Blog Contest, Blog Give Away ,or blog sampingan yang dibuka sekadar untuk join contest, itu adalah hak mereka. Bagi saya yang selalu anjurkan Contest/Give Away, saya tak kisah siapa yang join. Kalau entri mereka terbaik or menepati citarasa pemenang, akan tetap saya pilih pemenang.  Tak salah rasanya kalau mereka mahu join contest dan menang hadiah walaupun menggunakan 2nd blog, at least, mereka meramaikan dan memeriahkan contest yang dianjurkan. The more the merrier kan? . Mungkin taknak semakkan main blog dengan banyak contest yang dijoini. Rezeki ni ada banyak cabangkan?

Jadi terpulang kepada anda. Join contest dengan Blog contest  bukan isu besar.  Janganlah pula jadi label melabel pula nanti  melabel ni perkara bahaya.

6 responses

  1. Terimakasih utk sambung diskus isu ini – kita perlu hati2 utk menulis atau menegur seperti menarik benang di dalam tepung apalagi bila membabitkan komuniti online.

    kak jie tak banyak buat contest dan tak banyak join contest jadi bila kak jie sentuh isu ini tak nampak bias ke mana mana pihak..jadi agak selamatlah..hihihihi

    harap2 kedua2 pihak yg menganjur dan yang menyertai akan win win situation – masing2 dpt faedahnya, manfaatnya.
    Kujie´s last blog post ..Melankolik Kekasih Lewat Usia : Bulan Cinta

    • @kujie , kak jie .. biasalah tu dalam blogging ni macam-macam ragam. Sambung diskusi pun sebab ada kena mengena. Pernah juga join contest kak jie dengan blog contest, tapi tak menang =P hehe.

      Setuju dengan kakjir, win-win situation yang perlu dicari.

    • @Juan, hehehe. sekarang ni dah tau isu ini wujud, sebelum ni tak ramai yang buat blog semata-mata nak join contest, tapi sekarang ni dah ramai yang buat itu yang ada timbul isu ni sikit. Takpe isu remeh saja ni. =)

Leave a Reply