Post kali ini adalah berkenaan dengan hidup berpasukan. Zulseffort.com tertarik berbicara dalam topik ini setelah membaca buku “Khalifah Ganti Superman” yang merupakan cenderahati dari denaihati.com. Buku ini memang terbaik! anda patut beli satu.
Antara yang menjadi masalah dalam masyarakat kita hari ini ialah apabila kita tidak bergerak sebagai satu pasukan, sebaliknya ingin menjadi seperti Superman. Benar seperti kata buku tersebut, kita semakin hari semakin ingin menjadi terbaik dengan cara bersikap individualistik. Ibarat Superman, dialah hero, satu-satunya yang disanjung sebab dia mempunyai power yang luar biasa. Matanya mengeluarkan laser , boleh terbang diudara lebih laju dari burung dan kapal terbang.
Superman dalam dunia blogging pula macam tu juga. Dialah hero blogger, dialah blogger hebat orang lain tidak mampu menandingi dia. Sebagai hero dia tidak memerlukan pertolongan kecuali bila terkena Kriptonite. Hebatnya ibarat Superman. Semuanya dia buat sendiri tanpa pertolongan sesiapa.
Hidup Berpasukan lebih baik
Tapi betulkah ini cara terbaik? Sebenarnya hidup berpasukan adalah lebih baik. Berpasukan ini tidak semestinya berada dalam satu organisasi rasmi. Tetapi mungkin dalam bentuk kerjasama strategik.
Blogger-blogger hebat mementingkan kerjasama berpasukan. Sebagai contohnya:
- Denaihati.com mempunyai pasukan sendiri yang beliau panggil sebagai Team Denaihati. Dengan adanya ahli pasukan seperti web programmer, eizil , widget Waktu Solat dan juga versi beta plugin top retweeter dapat dihasilkan. Kerjasama dengan anarm pula memudahkan urusan header design.
- Ariffshah.com juga mempunyai team rakan-rakan sendiri yang membantu beliau dan perkembangan blog beliau contohnya dalam membantu beliau proofread entry untuk contest Famous Blogger dulu . Beliau yang merupakan salah seorang dari Rakan Strategik Denaihati juga kelihatan mempunyai kerjasama yang erat dengan blogger pelaburan Abang Ensem.
- Kujie2.com contohnya mempunyai network yang besar. Contohnya dalam post terbaru beliau, beliau ada ceritakan kepantasan response rakan blogging beliau dalam menyelesaikan masalah theme blog kujie2.com. Itu cuma salah satu contoh, boleh layari blog beliau untuk tengok kekuatan network blog kujie2.com.
- Zulseffort sendiri baru-baru ini berjaya terpilih ke final contest Gadget Impian Denaihati bukan kerana Zulseffort ni hebat, tapi lebih kepada kerja berpasukan. Entri penyertaan Zulseffort berjaya mendapat jumlah like dan komen yang banyak hasil kerjasama dengan YanmieOnline.com , mendapat jumlah retweet yang agak banyak hasil kerjasama dengan Paihujey.com dan Yiedpozi.com. Mendapat Google Plus count yang agak tinggi pun hasil bantuan orang lain juga.
Kalau nak bagi contoh yang lagi hebat, boleh tengok Nabi Muhammad dan para Sahabat. Kaum Muhajirin dan Ansar.
Sebenarnya kita manusia ini lemah bukan tau semua benda. Kalau pun kita tau banyak benda, kita cuma ada masa 24 jam sehari. Tolak masa tidur, tolak masa ibadat, makan, minum berapa sangatlah masa tinggal. Larat nak buat semua? Kalau larat tahniah! Anda seorang Superman! Saya pula lebih memilih untuk berpasukan.
yup berpasukan lebih baik ..
saya memang suka sangat .. tapi saya baru ada seorang ahli pasukan .. nak cari lebih ..tp tu lah agak susah nak melamar ..
puanbee´s last [type] ..Maybank Visa Debit Kad Untuk Paypal ?
@puanbee, hehe.. InsyaAllah blog hebat macam puanbee.com tidak ada masalah tu. Ramai nak kerjasama tu.
Assalaamu`alaikum Zul,
saya setuju dengan pendapat saudara, dan kalau boleh saya juga ingin menubuhkan pasukan seperti mereka. Masalahnya bagaimana dengan orang lain, adakah mereka juga ingin berkongsi dengan kita. Dan bagaimana pula dengan kita, sanggupkah kita membuat hal yang sama untuk kepentingan bersama.
Saya rasa banyak cabaran yang perlu ditempuhi sebelum team itu berjaya. Melainkan kita saling mengenali secara rapat di antara satu sama lain.
Mama Murai´s last [type] ..kenaikan gaji anggota tentera
@MamaMurai ,
Sebenarnya memang banyak cabaran untuk bekerjasama. Untuk mencari team bukan perkara senang tu. Cara yang paling mudah ialah buat team dengan orag terdekat dengan kita dahulu. Dengan suami, adik beradik dan lain-lain lagi. Bahkan kalau ikut pengalaman saya nak minta tolog adik beradik pun susah sebenarnya. Banyak perkara yang menghalang kerjasama terutama sikap tamak,dengki, tidak mahu memberi dan banyak lagi yang lain.
kerja berpasukan memang lebih baik dari sorang2.
kimmie´s last [type] ..Santai: Percutian di Kota Kinabalu – 3
@kimmie, hehe.. nak kena set mentaliti macam ni, tapi kena ingat berpasukan bukan senang tu..
zuls´s last [type] ..Ilmu Social Media di Malaysia Social Media Week 2012 Conference
Setuju. Maklumat yang bermanfaat untuk blogger baru seperti saya. Apapun perlukan masa untuk mencari rakan-rakan sepasukan yang kurang lebih sama wavelength.
InsyAllah, semoga dapat cari geng sekepala.. baru seronok bekerja..
zuls´s last [type] ..Subscribe dan dapat hadiah
Salam Zul, ye betul tu berpasukan dan bermuafakat insyaallah boleh berjaya, kena saling tolong membantu dan hasilnya sama2 rasa. good luck untuk pusingan seterusnya, ok serius berdebar tak tahu bleh buat yang terbaik ataupun tidak, tapi kena teruskan juga, mudahan ada rezeki untuk kita, amin
yanmie´s last [type] ..(Lagu Tema) OST Vanilla Coklat TV3 – Tapi Bagaimana Nyanyian Tam Spider
@yanmie, insyaAllah kita tengok mana-mana yang boleh kita improve… semoga kita sama-sama berjaya
zuls´s last [type] ..Ilmu Social Media di Malaysia Social Media Week 2012 Conference