Jumaat Cuti Umum, Harimau Malaya Menang, Meriah di Twitter

Jumaat 31 Disember 2010 Cuti Umum

Tengok heboh di twitter pasal cuti umum. Ingatkan ada diumumkan di twitter PM kita @NajibRazak. Bila check takde. Bila tengok utusan Malaysia baru tahu rupanya Jumaat ni cuti umum. Best. Terima kasih PM.

Ini kata utusan:

Jumaat cuti umum

29/12/2010 11:38pm

Kuala Lumpur Dis. 29 – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010. – Utusan Malaysia

Tahniah kepada pasukan Malaysia atas kemenangan ini. Kalau ada masa nak gak saya mengarang panjang-panjang. Tapi takpe blogger lain pun dah memeriahkan suasana dengan pelbagai post menarik.

Twibbon Harimau Malaya

Sebagai menyambut kemenangan Harimau Malaya. Saya akan kekalkan avatar twitter saya dengan Logo Harimau Malaya. Twibbon yang dibuat oleh en @tekong.Sebagai penambah semangat  daripada kejayaan Malaysia. Malaysia Boleh! :)

Meriah di Twitter

Macam biasa di twitter tentu sekali meriah pasal kemenanga ni, dan juga meriah dengan para twitter berterimakasih kepada PM @NajibRazak. Jom kita tengok screenshot sikit2.

Congratulation Malaysia Trending di Twitter

Twitterer berterima kasih kepada PM sebab bagi cuti.

Hashtag #HarimauMalaya

Congratulation Malaysia is from Indonesia? Ada juga tweet2 yang masih menunjukkan ketidak puas hatian, tapi takmau lah letak.

Apa-apa pun saya ucapkan tahniah kepada semua.Harimau dan Garuda!

Kepada para twitterer Indon dan Malaysia pun saya ucapkan tahniah juga.

Tahniah kepada Indonesia kerana kekuatan Social Media mereka. Tahniah kepada Malaysia kerana korang semua sangat cool di twitter! :)

Agak-agaknya lepas ni ada lagi tak perang di twitter.

Last but not least Layan Avatar ni!


2 thoughts on “Jumaat Cuti Umum, Harimau Malaya Menang, Meriah di Twitter

  1. Pingback: Tweets that mention Jumaat Cuti Umum, Harimau Malaya Menang, Meriah di Twitter | Tip Twitter dan Buat Duit Twitter -- Topsy.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge