Kena Writer's Block

Pernahkah anda kena writer’s block?

Saya selalu kena writer’s Block.

Kebelakangan ni agak teruk.

Untuk salah satu kerja menyiapkan report, saya cuma mampu menulis tidak sampai satu mukasurat dalam masa 3 hari.

Microsoft word selalu sahaja dibiarkan terbuka.

Masa pula dirasakan berlalu begitu pantas.

Lagi kelakar – dapat 2 job dari sponsored tweets. Mengarang satu tweet bersaiz 140 karakter pun dah ambil masa setengah jam!

Biasanya saya dapat atasi masalah ini dengan kaedah mind mapping, kali ini agak parah – waktu buat mind mapping pun idea tak mari.

Saya merasa sangat tidak produktif.

Mujurlah ada twitter. Kebetulan semalam twitterer yang saya follow @sashahalima berkongsi tulisan beliau berkenaan Writer’s Block.  Memang menarik sekali!

Tajuknya Writing with writers’ block

Ibarat orang mengantuk disarungkan bantal, orang dahaga dihulurkan air.  Saya tanpa berlengah terus sahaja membaca post tersebut.  Saya merasai kejujuran dalam tulisan ini.

If you couldn’t guess already, I’m writing this post with writer’s block. It’s way past my bedtime, but that’s the life you lead when you are dedicated to something and you love it. Well, that’s me and the Pink Book.  But like you – I get writer’s block and I’m not going to lie about it – it sucks…majorly.

I don’t know about you but I love to write, but I absolutely hate it, and get so irritated with myself, when this happens to me. You sit down, you know what you want to say, but the words just don’t come out.

Saya rasa tulisan beliau sungguh bererti. Kalau waktu biasa tentu saya rasa apa yang ditulis tidaklah bermakna sangat. Tetapi pada waktu itu, saya rasakan yang apa yang ditulis memberi impak yang cukup besar.

Tip-tip yang diberikan saya baca satu persatu. Make sense dan helpful.  Tapi sebenarnya bukan tips itu yang betul-betul membantu tetapi motivasi disebalik tulisan ini:

It’s like this suffocating, frustrating whirlwind that stifles your system until you just become angry and walk away.

Well, I’m here to tell you, don’t walk away.

Writing is a beautiful thing, it allows for expression, the communication of ideas and, most of all, it is the place where your thoughts are free.

Saya ringkaskan kata-kata tersebut menjadi  Writing is beautiful , so don’t back off

Saya juga belajar satu perkara penting. Kalau dah sampai berhari-hari kena writer’s block, berhentilah menulis sekejap. Cepat-cepat sedar dan cepat-cepat cari artikel yang boleh membantu!

——–

zulseffort – tidak dapat menulis apa yang nak ditulis, tetapi rasa best sebab dapat siapkan entry ni.


14 thoughts on “Kena Writer's Block

  1. Writer block??xpenah kena..kalau kena pon 5 minit jer..haha..sebab kebanyakan entri yang aku tulis ikot perasaan dan kebanyakan mengarot jer ape yang aku tulis..aku jugak jarang kene writer block sebab aku pikir dulu idea-idea apa yang hendak dipostkan dan fokus kat idea tue jer..kalau pendek,pendeklah entri,kalau panjang,panjanglah entri..yang penting,kita puas hati.hihi
    .-= apiih´s last blog ..Tengok Youtube tanpa Connection Internet.. =-.

  2. Salam Zul,

    aha, hang tak pa lagi sebab kena “writer’s block” aje.

    La ni, cam aku dah kena dua sindrom sekaligus.

    Satu “Writer’s Block”, yang ni aku rasa boleh tahan lagi.. Yang Ke dua tahap lagi akut ialah”Diligent Block” aka “Procarstinator”.

    Camne tu Zul? : D
    .-= Incik RestNrilekS´s last blog ..of Incik RestNrileks and Doodle =-.

  3. [Saya ringkaskan kata-kata tersebut menjadi “Writing is beautiful , so don’t back off ”] – Aku suka dengan ayat ni. Betul lah juga —- > Yang ini pun kira satu inspirasi untuk aku juga Zul. Whoaho!!

    Menulis tu memang indah dah syiok – Tapi menulis itu semakin tidak indah bila fikirkan tentang trafik dll.

    Yang pasti, semua orang boleh membuat blog, semua orang boleh bercerita, semua orang boleh meyampaikan, TETAPI BUKAN SEMUA ORANG BOLEH MENULIS. : ) kerana sesuatu penulisan itu memerlukan latihan dan juga kemahiran.

    Termasuk lah aku juga zul, yang masih bertatih menulis.

    Salam Damai Zuls.. Whoossshh!!

    Wokeh! Salam Jumaat.
    .-= Incik RestNrilekS´s last blog ..of Incik RestNrileks and Doodle =-.

    • salam damai juga dan salam jumaat juga!

      menulis memang tak indah kalau fikirkan hasil segera, tapi kalau menulis saja-saja takde orang baca pun rasa tak indah juga.. :)

      ada rasa sedikit menyesal, dulu taknak belajar menulis betul-betul…

    • wah.. bagus lah kalau macam tu… saya idea memang banyak.. saya tahu apa nak ditulis , tapi bila nak ditulis jer.. tak dapat.. tu yang sekarang ni dah ada dekat 15 draft topik lain-lain…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge