Kenapa Perlu Retweet Blog Post?

Kenapa retweet blog post?

Sila baca cerita imaginasi ini…

Kawan saya denaihati ada buat contest best, kebetulan follower twitter saya banyak yang minat join contest. Saya pun fikir,  “wah! Ini benda baik untuk dikongsi!” . Saya rasa begitu teruja.

Kebetulan pula tengah takde mood untuk berborak di twitter.  Dengan mudah dan rileksnya button retweet di blog post tersebut ditekan.

Saya ada lebih 2000 follower, ada 100 tengah online, 20 orang terbaca tweet yang saya tulis.

“Wah! ini sudah bagus.  Kena join cepat ni!  Tak boleh buang masa , banyaknya duit dan hadiah menarik untuk dimenangi”, fikir mereka yang 20 orang itu.

Secara sedar atau tidak follower yang 20 orang itu tersebut berterima kasih kepada saya. Reputasi saya naik tanpa saya sedari. Begitu juga dengan reputasi penulis blog tersebut.

Haaa! Nampak tak? Nampak kan?

Sambung cerita..

Denaihati pun ada akaun twitter juga.

“Oh! Zulseffort ni ada tweet pasal contest aku”, fikir beliau.

Bila dah ada fikiran begini sahaja sudah cukup! Sama ada denaihati follow balik atau tidak itu cerita lain. Samaada ada ucapan terima kasih atau tidak, itu cerita lain. (Contoh sahaja,  denaihati dan zulseffort sememangnya connect di twitter).

Lagi best bila denaihati pun baca blog zulseffort.com.

“Oh! Ada post menariklah di blog zulseffort.com ni. Saya pun nak retweet jugalah.”  Fikir beliau.

Tengok tu.. best betul saya, naik lagi reputasi.  Dapat lagi trafik dari twitter.

Haa? Nampak?

Okey, ini saya bagi contoh tentang blog post contest. Bagaimana dengan blog post berikut..

Untuk membantu orang yang memerlukan – Bantu adik ammar (kujie)

Info menarik yang jarang kita tahu -  Buat kraftangan ikan paus (talrasha2007)

Game yang fun untuk menghilangkan bosan – idiot game (aenaz)

Dan banyak lagi post yang berguna dan menarik untuk dikongsi.

Tamat cerita Imiginasi.  Mari kita ambil pengajaran cerita pula.

Dengan retweet blog post kita akan dapat:

  1. Kegembiraan berkongsi info di twitter
  2. Kegembiraan memberi penghargaan kepada yang layak mendapatnya
  3. Mengisi ruangan update di twitter
  4. Menambahkan reputasi di twitter
  5. Mempertingkatkan hubungan baik dengan blogger
  6. Menambahkan trafik ke blog bila blog post kita di retweet
  7. (Anda tambah sendiri )

Kebaikan akan bertambah-tambah hanya dengan ada perasaan ingin berkongsi. Manakala cara famous berkongsi blog post ditwitter ialah melalui retweet button.

Jadi, kenapa segan untuk retweet. Kalau jumpa post yang bagus jangan lupa retweet tau, especially kalau yang dalam kategori untuk amal kebajikan.

—-

zulseffort – [1] retweet ialah win-win situation :) [2] Apa-apa pun berkongsilah dengan ikhlas


27 thoughts on “Kenapa Perlu Retweet Blog Post?

  1. Salam Isnin Zul.

    Terima kasih sebab bagi pautan kasih-sayang (linky love – bunyi bm tu macam pelik pulak.. ahaha) dalam entri ini.

    Aku memang setuju. Selalunya, kalau mana yang sempat dan boleh, aku retweet balik entri itu.

    Mundane dan Info itu stail Tweet incik RestNrilekS.

    : )

    p/s : bagi kat aku suku follower hang boleh ? Aha : D
    .-= Incik RestNrilekS´s last blog ..of Incik RestNrileks and Sunday Lunchie =-.

  2. kat oversea dah lama org amalkan ni, even yg bkn blogger pun selalu retweet entri yg menarik & helpful. cuma kat sini kurang amalkan, aku pun tak krg faham knp. maybe lambat skit kot nak sampai budaya ni. lg satu klau retweet pun pastikan info yg menarik & helpful, sbab kdg2 aku tgk benda2 yg tak perlu pun di retweet. ikut suka msg2 la ye? sigh~

    • yerps.. itulah, tapi nampak gaya malaysia ni pun ke arah itu juga, maklumlah kita terima twitter ni lambat daripada diorang. Bab menarik dan helpful ni bergantung kepada individu tu. Mungkin menarik kepada beliau tapi tidak menarik kepada kita :) , mungkin menarik kepad follower beliau yang lain dan bukan kepada kita. Tapi kalau dah asyik retweet benda bukan-bukan tu dah kira lain macam.

  3. Pingback: uberVU - social comments

  4. INsyallah mana-mana je blog yg aku visit dan ada button re tweet pasti aku akan tekan button re tweet.

    Ada yg tak nak re tweet sebab tak ramai follower. Cuba bayangkan kalau A ada 100 follower dan salah sorang dalam 100 tu adalah B yang ada 10k follower. Maka apabila A re tweet kepada 100 follower dan di sambut oleh B yg ada 10K follower makan menjadi tak proses promosi tu. Apa kata C yg ada dalam senarai 100 tu pulak ada 100k follower juga re tweet entri yg sama.

    Bayangkan….
    .-= denaihati´s last blog ..Cadangkan HADIAH untuk contest baru. =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge