Klout Score – Ukuran Pengaruh Anda di twitter?

Tolong button dibawah untuk bantu Zuls menang Galaxy Tab 10.1 ^_^




Klout Score Yang Tak Seberapa

Dalam dunia online especially untuk tujuan marketing, influence memang penting. Di twitter contohnya jika anda betul-betul ingin buat duit di twitter, anda perlulah ada pengaruh. Sebab itulah agensi pengiklanan seperti ad.ly contohnya menggunakan celebrity endorsement. Ianya disebabkan satu faktor utama iaitu influence.

Klout Score dan Advertising

Salah satu ukuran kegemaran saya ialah Klout Score.  Klout score merupakan indicator utama saya sewaktu advertising ataupun untuk buat duit melalui program pengiklanan di twitter.

Saya pernah advertise di twitter melalui be-a-magpie. Be-a-magpie menyenaraikan publisher yang ada keyword yang saya mahu setiap hari. Kemudian secara manual saya check Klout Score akaun twitter mereka satu persatu dan memilih hanya mereka yang layak. Ini kerana bilangan follower semata-mata tidak cukup untuk menilai prestasi akaun twitter. Selaku advertiser, sudah tentu saya mahukan hanya yang berpengaruh mengiklankan iklan saya. Hasilnya. Cukup memberangsangkan. Tapi kerja penat sikitlah.

Begitu juga sebagai publisher , seboleh mungkin saya kawal klout score supaya lebih daripada 40. Saya percaya itu adalah salah satu faktor saya cashout dari sponsoredtweets (Sekarang sponsoredtweets agak kurang opportunity berbanding akhir 2009).

Influentialkah anda?

Klout score diukur berasaskan teori yang cukup mudah iaitu jika tweet atau update anda menyebabkan orang mengambil aksi. Maknanya, anda dikira ada pengaruh. Jika salah satu daripada perkara ini berlaku:

  1. Ada orang reply tweet anda
  2. Ada orang retweet tweet anda
  3. Ada orang komen update facebook anda
  4. Makin ramai follow anda
  5. Orang berklout score tinggi turut menegur sapa anda di twitter

… Itu kira influencelah tu. Klout score ambil kira sampai 35 parameter kalau tak silap. Banyak tu. Tapi kalau 5 yang kat atas tu pun dah kira mantap tu.

Ukuran Klout Score

Klout Score diukur dari 0 – 100. Kalau dapat 100 tu kira influential sangatlah. Biasanya kebanyakan mereka yang influential mempunyai klout score dalam lingkungan 70 dan ke atas. Twitterer yang betul-betul aktif selalunya dalam lingkungan 60. Bagi yang jarang aktif macam saya biasanya dalam lingkungan 40-50.   Bagi yang stail feed, main posting jer tapi takde influence biasanya bawah 30.  Pemerhatian ini hanyalah anggaran berdasarkan pengalaman melihat klout score publisher.

Influence Matrix – Your Style!

Yang best dengan klout ni ialah ianya juga boleh mengenalpasti personaliti. Berdasarkan akaun twitter kita , boleh ditentukan influence matrix kita ni jenis macammana. Contohnya pada ketika post ini ditulis ini ialah influnce Matrix saya:

Zul I is a Specialist

You may not be a celebrity, but within your area of expertise your opinion is second to none. Your content is likely focused around a specific topic or industry with a focused, highly-engaged audience.

 

Petanda aras marketing dan advertising

Okay. Untuk Tujuan Marketing Blog, buat duit twitter dan yang sebagainya lagi , berikut adalah kriteria penting yang turut di kira oleh Klout. Kalau betul-betul serius nak advertise di twitter, tengoklah perkara-perkara berikut.

1. True Reach – True Reach ni menggambarkan keadaan sebenar berapa sebenarnya yang betul-betul tweet kita reach. Kita mungkin ada sampai beribu-ribu follower, tapi kalau true reach rendah maknanya banyak follower tapi tak semua engage.  Zulseffort punya true reach ialah dalam 279. Ini bermakna walaupun lebih 4000 follower yang betul-betul take action cuma 279 sahaja. Banyak ke sikit? tak pasti sebab kalau ikut biasanya dalam advertising di twitter, 5% response adalah dikira cukup bagus. Kalau 10% kira excellent dah tu macam petua orang-orang MLM. True Reach biasa saya gunakan untuk menetapkan berapa harga pertweet untuk sesetengah program buat duit di twitter seperti sponsoredtweets.

2. Retweets – Lagi ramai retweet lagi banyak orang menerima message kita. Retweet juga sesuai untuk menentukan nilai kita di twitter. Lagi ramai retweet, lagi banyak reach dan lagi banyak klik. Saya pernah mendapat trafik yang lebih tinggi daripada biasa gara-gara retweet. Saya percaya anda pun pernah kan? Kalau nak tau power tak power retweet ni silalah baca kajian kes oleh ariffshah .

Bagaimana dengan bilangan click?

Klout tidak mengira bilangan klik. Namun begitu, dalam pengalaman saya yang lepas, bilangan click dengan klout score ni memang ada kaitan. Lagi tinggi klout, lagi banyak klik. Untuk mengira klik, elok digunakan tool-tool link shortener yang sedia ada seperti bit.ly dan adf.ly.

Improve klout score

Jom sama-sama improve klout score. Yang paling penting improve true reach. InsyaAllah kalau ada sesiapa ada tips untuk improve klout score, sila-silalah kongsi di bahagian komen. Boleh saya belajar lagi banyak. Kalau ada masa boleh buat post pasal klout score – cara nak tambah influence pula.

p/s Terhad: kalau klout score lebih 35 dan follower lebih 101, mungkin USD5 akan jadi milik anda.

 

22 thoughts on “Klout Score – Ukuran Pengaruh Anda di twitter?

  1. score Kak Jie 52 , memang tak aktif pun
    true reach – 279 – follower 791
    sebab jarang aktif, sesekali bagi respon dpt feedback, agaknyalah teori ni.

    kujie is an Explorer

    You actively engage in the social web, constantly trying out new ways to interact and network. You’re exploring the ecosystem and making it work for you. Your level of activity and engagement shows that you “get it”, we predict you’ll be moving up.
    Kujie´s last [type] ..Bila Awak Buat Baik- Awak Jangan Ingat Orang Lain Jahat

    • bukan setiap tweet.. 930 response, tapi lebih kurang 930 yang response atau actively engaged. Bukan sahaja disebabkan tweet, mungkin juga di campur sekali dengan facebook update. Sebab ada register facebook dengan klout kan? Pengaruh di facebook dan twitter di gabung sekali. Tapi 930 tu memang nilai yang sangat cool! Mesti banyak trafik dapat kalau promo link.

  2. kurang faham pasal klout score ni, kena study hard lagi. skg ni tgh pk mcm mana nak kasi followers byk dan kualiti tweet. aku baru belajar sesuatu dari ariff shah. retweet entri org dengan ayat sendiri bukan dengan tajuk entri sahaja. maybe itu dapat membantu macam ayat retweet aku utk artikel ini. terbaik bro. :)
    Mohd Isa´s last [type] ..Selamat Tinggal Nuffnang

  3. Pingback: Ada apa dengan Syarat Contest Retweet dan Menang USD5 | Tip Twitter dan Buat Duit Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge