Lelaki Kacak: Ulasan Teknik Contest Azri.My Untuk Dapat Back Link

Entri ini cuma untuk menjawab persoalan daripada kawan saya dan pembaca setia blog zulseffort.com  Azri Johan untuk contest Lelaki Kacak. Saya bukan pakar SEO. Terus terang saya katakan. Namun begitu disebabkan orang bertanya maka saya cuba menjawab. Mana yang salah tolonglah betulkan ya.

Kelebihan Buat Contest Untuk Contest SEO

1. Backlink dan Trafik

Kelebihan buat contest ialah kita dapat backlink dan trafik. Backlink dan trafik sangat penting untuk menaikkan ranking di google Search Engine Result Page.

2. Leverage

Buat backlink sendiri dan dapatkan trafik memang penat, dengan buat contest kita dapatkan ‘beli masa’ dengan menawarkan sedikit wang kepada peserta. Kita jimat masa, pada masa sama blogger lain ‘bekerja’ untuk kita dan mereka ada peluang dapat wang. Win-win!

Pemerhatian terhadap keputusan

1. Ranking di SERP untuk keyword lelaki kacak

Saya perhatikan juga blog Azri.my berada di page pertama. Sewaktu post ini ditulis post lelaki kacak Azri berada di tangga ke-8. Namun begitu masih belum dapat melawan, blog-blog pemain SEO yang mungkin menggunakan teknik kacak mendapatkan backlink yang banyak dan juga post lelaki kacak dari blog zulseffort.net yang berada di tangga ke -6 carian Google Malaysia.

 2. Jumlah Backlink Lelaki Kacak Daripada Contest

Jumlah peserta yang menyertai contest tersebut ialah 51 orang, iaitu 51 backlink sekurang-kurangnya, berkenaan dengan trafik tersebut saya tidak pasti bagaimana pula kerana pemilik blog sahaja yang dapat tengok.

Return of Investment

Bagi contest ini Azri memperuntukkan RM100. RM100 bukanlah besar sangat jika dibandingkan dengan hadiah yang bakal diperolehi kalau menang.

Namun begitu, dengan RM100 sepatutnya Azri boleh dapat lebih daripada itu jika kena gayanya. Contoh: Upah orang buat video letak gambar lelaki kacak korea ke, upload di youtube / 1tube.my dan tunggu hasilnya :) . Ada blog yang pakai kaedah 1tube, dan sudah tentu blog tersebut mendahului.

Namun begitu dengan buat contest, sebenarnya blog kita membuat satu jenama, jika difikir dari segi penjenamaan, RM100 tersebut memang berbaloi.

Cadangan dan Komen Lanjut

Contest sudah pun berjaya dibuat, bagaimana nak improve ROI daripada contest tersebut dari segi ranking.

Salah satu yang saya faham ialah, untuk improve kan ranking. Backlink sahaja tidak cukup, kita kena ‘push’ backlink lelaki kacak tersebut. Sewaktu contest berlangsung, pastikan para peserta bookmark dan promote entri mereka supaya mendapat banyak referral traffik dari post mereka ke post lelaki kacak Azri.my. Kita kena faham kerana tidak semua blog yang sertai giveaway tersebut ‘kuat’. Ada yang tidak gunakan blog utama mereka.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, saya lihat Giveaway Lelaki Kacak tersebut membantu untuk menaikkan ranking post lelaki kacak Azri.My namun begitu masih ada ruang untuk diperbaiki.

P.s. Ulasan ini bagaimanapun dibuat oleh saya yang bukan pakar SEO. Mana yang salah harap dimaafkan. Err.. Dah baca post denaihati pasal branding dan backlink?


19 thoughts on “Lelaki Kacak: Ulasan Teknik Contest Azri.My Untuk Dapat Back Link

    • huhu, kadang-kadang tak faham juga kenapa boleh ke atas. Mungkin sebab blog tu dari zaman blogspot lagi, dah ada backlink dari blogroll kot.

      Top 5 dalam muka depan google Malaysia tu memang semuanya power-power. Belum berjaya digugat sesiapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge